18.08.2021
Kategori: 2021, Founders Grindstone, Founders Grindstone Bootcamp, industry, people

MDEC Kerjasama dengan Draper Startup House untuk Lancar Founders Grindstone Bootcamp

  • Kelangsungan daripada program pembangunan keupayaan MDEC, Founders Grindstone Bootcamp adalah siri bengkel fokus untuk membantu meningkatkan kelayakan kepada pelabur
  • Bootcamp selama tujuh minggu berkenaan akan merangkumi topik dari pengawalseliaan, perundangan sehinggalah scabiliti teknologi dan produk
  • Dianjurkan sempena pelancaran Draper Startup House pertama di Malaysia bertempat di Pulau Pinang

CYBERJAYA, 18 OGOS 2021: Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC), agensi  utama  yang  menerajui  agenda  transformasi  digital negara telah mengumumkan program Founders Grindstone Bootcamp.

Dianjurkan dengan kerjasama Draper Startup House, Founders Grindstone Bootcamp adalah kelangsungan daripada program pembangunan keupayaan terbaik MDEC iaitu Founders Grindstone.

Bermula sejak 2020, program ini telah memperkasa usahawan teknologi untuk memaksimakan potensi dan fokus mereka dalam perjalanan meraih dana menerusi pelbagai siri bengkel intensif dengan rakan professional iaitu modal teroka (VC), pembangunan usaha niaga dan firma guaman.

Sebagai kelangsungan kepada Founders Grindstone, program bootcamp selama tujuh minggu ini akan menempatkan usahawan dalam pelbagai siri bengkel fokus untuk meningkatkan kelayakan mereka kepada pelabur dan kesediaannya dalam pelaburan. Peserta juga akan memperoleh akses kepada mentor secara peribadi daripada program rakan pelaburan serta mentor

Permohonan Founders Grindstone Bootcamp terbuka kepada semua pemula, terhad kepada maksima 30 syarikat. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang mematuhi kriteria berikut:

  • Syarikat yang berpusat di Malaysia
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu pusingan dana
  • Syarikat yang sudah berada di tahap menjana pendapatan

Permohonan akan disaring menerusi penyerahan pembentangan dek oleh ahli panel merangkumi wakil VC dan MDEC. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk menyatakan maklumat di atas untuk pengesahan. Selain daripada tiga kriteria berkenaan, ahli panel juga akan memilih syarikat yang memiliki jurang di mana-mana bidang dalam kesediaan pelaburan mereka.

Berlangsung dari 8 September hingga 5 November 2021, bengkel di bawah bootcamp ini akan menerokai topik yang berbeza setiap minggu, seperti:

  • Minggu 1: Penetapan dan Perancangan Perjalanan Pertumbuhan Anda (oleh Draper Startup House)
  • Minggu 2: Bersedia untuk Meraih Dana dari Perspektif Perundangan
  • Minggu 3: Unjuran dan Ramalan Kewangan (oleh RHL Ventures dan Iris Capital Partners)
  • Minggu 4: Penilaian: Mencari Kelebihan (oleh ScaleUp)
  • Minggu 5: Scabiliti Technologi dan Produk (oleh Amazon Web Services)
  • Minggu 6: Pembentangan dan Penceritaan (oleh Wavemaker Partners/Cocoon Capital)
  • Minggu 7: Mentor peribadi dengan rakan pelabur

Selepas selesai menjalani bengkel pada awal November nanti, 10 buah syarikat akan dipilih untuk menyertai Hari Penerangan Founders Grindstone di Draper Startup House, Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh rangkaian pelabur MDEC.

“Founders Grindstone Bootcamp merupakan platform yang amat diperlukan oleh usahawan teknologi yang berpusat di Malaysia untuk berhubung dengan pelabur tempatan serta global dan berpotensi untuk meraih dana yang sangat diperlukan semasa persekitaran perniagaan yang sukar ketika ini. Menerusi kerjasama dengan Draper Startup House, telah membolehkan kami menyediakan pemula tempatan dengan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian yang perlu bagi menjadikan syarikat mereka kukuh semasa berdepan dengan persekitan digital yang sangat mengganggu; dan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Gopi Ganesalingam, Naib Presiden Ekosistem Teknologi & Globalisasi MDEC.

”Pelaburan dan akses kepada modal merupakan antara komponen yang sangat penting dalam membina perniagaan global. Akses kepada aliran modal global memerlukan syarikat membuktikan kepada pelabur bahawa pelaburan di dalam perniagaan mereka akan memberi kesan positif dengan mempertimbangkan apa yang diinginkan oleh pelabur dalam perniagaan dan jangkaan mereka daripada pelaburan berkenaan. Kami harap Founders Grindstone Bootcamp akan mempersiapkan peserta dengan alatan dan nasihat yang diperlukan untuk mencari pelabur global untuk perniagaan mereka dan menjadi contoh yang terbaik kepada mereka,” kata Vikram Bharati, Pengasas Draper Startup House.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Founders Grindstone Bootcamp, sila layari https://gainmdec.awardsplatform.com/. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 26 Ogos 2021.

Hari Penerangan Founders Grindstone Bootcamp akan dianjurkan sempena pelancaran Draper Startup House pertama di Malaysia bertempat di Pulau Pinang. Draper Startup House adalah platform perniagaan global dengan matlamat untuk memupuk dan melahirkan sejuta pemula di seluruh dunia dalam tempoh sedekad, menerusi ekosistem merangkumi hab fizikal, pelaburan pendidikan dan perkhidmatan perniagaan.

“Dengan pelancaran di Malaysia, Draper Startup House harap dapat menghubungkan ekosistem perniagaan Draper yang besar dengan pemula di Malaysia dan sekali gus memudahkan perdagangan global dan rentas sempadan,” tambah Vikram. 

Bermula sejak 2020, Founders Grindstone telah membantu ramai pemula Malaysia dalam perjalanan mereka meraih dana.

“Program Founders Grindstone menyediakan alatan dan pandangan yang betul bagi mendedahkan cabaran besar yang bakal dihadapi pemula. Ianya akan membantu mereka mengelakkan banyak cabaran dan memacu mereka ke tempat sepatutnya dengan pantas,” kata Sharma Lachu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Accendo Technologies, yang merupakan peserta program sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, program ini telah membantu saya memahami setiap keperluan untuk berkembang dan bagaimana situasi sebenar pasaran pelaburan. Program ini juga telah  membolehkan saya memahami apa yang dilihat oleh VC dan mengurangkan jurang dalam mendekati pelabur berpotensi.”

Fumiko Inada, Pengasas Bersama dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Entribition, berkata program ini telah membantu mereka untuk mendapat pandangan yang lebih terperinci mengenai ekosistem pemula termasuklah VC, perundangan dan rangka kerja kawal selia.

“Pengetahuan dan maklumat yang saya peroleh daripada Founders Grindstone telah mempersiapkan saya untuk medekati pelabur. Salain itu, kami juga berjaya memperoleh sesi bersama Wavemaker Partners dan Captii Ventures. Kami ketika ini sedang dalam usaha untuk meraih dana pusingan kedua dan kami telah bersedia sepenuhnya serta telah sedar tentang amalan terbaik ketika berkomunikasi dengan VC. Terima kasih kepada Founders Grindstone,” kata Fumiko.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]