17.09.2021
Kategori: people

MDEC Kerjasama dengan CEDAR untuk Menyediakan Bantuan Pendigitalan ke Arah Pemulihan Ekonomi kepada PKS

 

  • Program Pemacu Digital PKS MDEC ialah program transformasi berstruktur yang membolehkan perniagaan mengadaptasi digital dengan pencapaian berdasarkan hasil
  • Direka untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), ia menawarkan latihan dan perkhidmatan padanan percuma dengan penyedia teknologi untuk memangkinkan pendigitalan

 

CYBERJAYA, 17 SEPTEMBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, hari ini telah bekerjasama dengan Centre of Entrepreneur Development And Research (CEDAR) iaitu anak syarikat SME Bank, untuk mengumumkan kerjasama bagi membantu PKS mengadaptasi pendigitalan yang akan memainkan peranan penting ketika negara sedang bergerak menuju ke arah pemulihan ekonomi pasca pandemik.  

CEDAR telah dilantik sebagai rakan kongsi dalam SME Digital Accelerator Programme (Program Pemacu Digital PKS) MDEC, di mana ia bermatlamat untuk melatih 1,000 perniagaan dan memadankan mereka dengan penyelesaian digital dan kemudahan insentif jika diperlukan. Program transformasi perniagaan ini menyediakan PKS dengan pendekatan berstruktur untuk mereka memulakan pengadaptasian digital dan memastikan pelaksanaannya dengan pencapaian berdasarkan hasil.

“PKS terkesan teruk disebabkan pandemik dan mereka perlu melihat semula pelbagai aspek dalam perniagaan mereka merentasi pemasaran digital. Operasi perlu dioptimumkan dan teknologi digital merupakan pendorong utama. Banyak PKS masih tidak menyedari tentang bagaimana untuk memulakan pengadaptasian digital, oleh itu, Program Pemacu Digital PKS berperanan untuk membantu mereka untuk mengatasi halangan dalam mengadaptasi digital dan melonjakkan lagi perniagaan mereka selaras dengan usaha kita untuk bergerak ke arah pemulihan ekonomi.

“MDEC akan terus menekankan kepentingan pendigitalan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara digital yang progresif, memajukan ekonomi digital secara inklusif dan menjunjung kedaulatan digital, selaras dengan visi kami serta matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL),” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

PKS yang layak dan berdaftar akan menyertai bengkel latihan maya selama tiga hari di mana mereka akan didedahkan kepada modul ‘Lean Model Canvas’ dan ‘Design Thinking’, selain teknologi padanan dengan pilihan lebih 400 Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSPs). Matlamat program ini ialah untuk membantu PKS meningkatkan pendapatan, mengurangkan jam kerja atau mengurangkan masa proses pusingan.

CEDAR akan menyediakan platform diagnostik baharu dan menarik kepada PKS untuk mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk mereka, sama ada keperluan kewangan, teknologi atau perniagaan. Platform ini dikenali sebagai Enterprise Lifecycle Scoring Assessment atau ELSA yang dibangunkan secara bersama dengan Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC). Ia berperanan menghasilkan laporan kepada setiap PKS yang akan menamatkan program ini, meliputi bahagian penambahbaikan dalam keseluruhan operasi perniagaan dan jangka hayat perniagaan.

“SME Bank menerusi anak syarikatnya, CEDAR, menyediakan pembangunan penyelesaian merentasi kewangan dalam membantu PKS berdepan dengan impak COVID-19 dan menuju ke arah pemulihan. Alat ELSA dan pembangunan latihan kami menyediakan peluang ini kepada PKS, di mana laporan yang dijana oleh ELSA akan membantu PKS mengenal pasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan oleh mereka. Inisiatif bersama MDEC ini, membantu PKS memasuki persekitaran digital seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan dan turut melibatkan lebih 400 TSPs termasuk rakan kongsi seperti Unifi serta TM ONE,” kata Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank.

Kemudahan untuk PKS mengadaptasi penyelesaian digital termasuklah Geran Pendigitalan PKS yang diumumkan oleh Kerajaan bersama dengan Dana Transformasi Teknologi PKS (SFTF) yang dibiayai oleh SME Bank.

Kemudahan lain yang disediakan oleh CEDAR termasuklah ScoreXcess, iaitu platform yang membolehkan usahawan memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian, merangkumi pelbagai agensi pembiayaan atau institusi secara serentak menerusi satu aplikasi sahaja; dan ODELA, iaitu platform eDagang B2B layan diri yang memanfaatkan teknologi baharu dan direka khas untuk membolehkan usahawan melakukan transaksi digital, memudahkan pertukaran bekalan dan permintaan, menghubungkan Internet untuk Tindakan (IoB) dan kerjasama merentasi ekosistem yang luas.

PKS yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar di laman sesawang CEDAR di (www.cedar.my) atau laman sesawang MDEC’s di ( https://mdec.my/smedigitalaccelerator ).

Muat Turun PDF

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mewujudkan negara digital yang progresif, memajukan ekonomi digital secara inklusif dan menjunjung kedaulatan digital.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]

 

About SME Bank 

SME Bank, established in 2005 is an agency under the supervision of the Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development (MEDAC). We aspire to be the leader in Development Financial Institutions (DFIs) by providing the best services that go beyond the concept of financing to the SME sector.

In line with the National Entrepreneurship Policy (DKN) 2030, SME Bank aims to contribute to the country’s economic growth through high-impact initiatives such as the adoption of digital technology and the Industrial Revolution (IR 4.0). For more information, please visit: www.smebank.com.my.

For media queries, kindly contact:

Abdul Latiff Puteh – [email protected]

 

About CEDAR 

The Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) is a wholly-owned subsidiary of SME Bank. Established in 2013 to complement the developmental role of SME Bank, CEDAR aspires to be the centre of excellence for entrepreneur development and transformation. Its mission is to continuously develop the capability of entrepreneurs to sustain their growth in support of the national economic agenda.

Today, SME Bank stands out as the only Malaysian development financial institution with a subsidiary like CEDAR. Applying concept of business coaching and engagement, the centre conducts research-based coaching, function-based facilitation and entrepreneur-focused mentoring. Entrepreneur programmes undertaken by CEDAR are unique, with an identity that define the Group’s slogan of ‘beyond financing’ that is championed by the Bank.

For more information, please visit: www.cedar.my.

For media queries, kindly contact:

Ezran Kamal – [email protected]