12.08.2021
Kategori: 2021, indsy, industry, mdec, people, sme, SME Guide Book

MDEC Lancar Buku Panduan Digital PKS untuk Memperkasa Pendigitalan Industri F&B dan Peruncitan

  • Buku Panduan Digital PKS berfungsi sebagai rujukan utama kepada PKS yang berminat mengadaptasi pendigitalan
  • Buku berkenaan menyediakan panduan lengkap untuk menambah baik keupayaan perniagaan dalam digital dan juga trend terkini yang boleh memberi kesan kepada PKS dalam ekonomi digital
  • Didatangkan dalam dua bentuk: Panduan Pantas untuk rujukan aras tinggi berkenaan kaedah dan alat yang tersedia, dan Buku Panduan Digital komprehensif yang menyediakan pendekatan yang lebih teratur dan terperinci

CYBERJAYA, 12 OGOS 2021: Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC), agensi  utama  yang  menerajui  agenda  transformasi  digital negara, telah melancarkan Buku Panduan Digital dan Panduan Pantas untuk industri Makanan & Minuman (F&B) dan peruncitan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Digital 100 Go Digital MDEC, matlamat utama Buku Panduan Digital Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam sektor F&B dan peruncitan adalah untuk menilai semula peluang dan kesediaan mereka dalam digital menerusi panduan lengkap untuk menambah baik keupayaan digital semasa dan memulakan perjalanan transformasi digital.

“Teknologi digital merupakan transformasi besar untuk setiap sektor. Walaupun proses ini bakal mendatangkan pelbagai cabaran getir kepada PKS, terutamanya bagi perniagaan tradisional, namun ianya mampu mencipta peluang baharu yang lebih besar kepada mereka. Malaysia mungkin mendapat penarafan tinggi dalam kedudukan kesediaan digital, tetapi penerimaan digital oleh PKS dan perniagaan tradisional masih rendah disebabkan oleh tiada kesedaran, kesediaan, pengetahuan dan penghayatan manfaat daripada pendigitalan; begitu juga salah faham mengenai kos yang tinggi perlu ditanggung untuk melaksanakan teknologi baharu.

“Tujuan MDEC menerbitkan buku panduan penting ini adalah untuk membantu perniagaan dan PKS dalam usaha mempercepatkan penerimaan digital dengan teratur dan menyediakan faedah yang mudah. Ini akan memperkasakan perniagaan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan selain memastikan mereka kekal kukuh dalam mendepani cabaran COVID-19 dan secara langsung membawa kita ke arah pemulihan ekonomi negara,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Buku Panduan Digital PKS berfungsi sebagai rujukan utama kepada PKS yang berminat untuk penerimaan digital. Selain itu ia juga turut menyediakan panduan kepada PKS untuk memulakan perjalanan mereka. Buku berkenaan juga menyenaraikan trend terbaharu yang akan memberi faedah kepada PKS dengan meletakkan kepentingan pendigitalan dan juga menunjukkan pelbagai inisiatif yang terdapat di Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh PKS.

Selain menyasarkan kepada PKS, buku panduan ini juga memberi fokus untuk membantu perniagaan tradisional untuk memulakan perjalanan mereka dalam penerimaan digital. Perniagaan yang sedang merancang untuk menambah baik perniagaan mereka menerusi digital boleh memanfaatkan buku panduan ini untuk memperoleh idea dan cadangan.

Ketika ini, Buku Panduan Digital PKS fokus kepada F&B dan peruncintan serta didatangkan dalam dua panduan rujukan untuk setiap sektor. Buku Panduan Digital Pantas menawarkan maklumat yang mudah difahami untuk rujukan segera dengan menyediakan pandangan aras tinggi dalam perniagaan.

Kelebihan lain Buku Panduan Digital PKS adalah mempunyai maklumat yang lengkap dengan pendekatan yang lebih teratur dalam memaparkan keperluan digital, teknologi, matlamat perniagaan dan amalan terbaik dalam membantu PKS meningkatkan keupayaan digital mereka.

Buku Panduan Digital PKS ini dibangunkan bersama dengan International Data Corporation (IDC), di mana mereka menyediakan analisis pasaran dan teknologi secara terperinci.

“Menjadi organisasi yang mengutamakan digital bukan lagi pilihan tetapi sudah menjadi keperluan penting kepada semua PKS untuk beroperasi dalam keadaan pasaran semasa dan pada masa depan. Pendemik telah mengubah amalan pengguna dan perniagaan secara kekal – dan kesan perubahan ini telah merentasi semua sektor ekonomi; dengan sektor F&B dan peruncitan adalah antara yang paling terkesan.

“Bagi mempercepatkan proses Ekonomi Digital, sangat penting untuk PKS memanfaatkan segala platform yang ada dan mentransformasikan cara lama kepada cara berasaskan digital. Pelancaran Buku Panduan Digital PKS untuk sektor F&B dan Peruncitan menyediakan langkah awal kepada PKS, begitu juga pengetahun untuk mengatasi cabaran dan menetapkan arah tuju yang betul dalam menuju pendigitalan,” kata Sudev Bangah, Pengarah Urusan, IDC ASEAN.

Buku Panduan Digital PKS dan Panduan Pantas boleh diakses dan dimuat turun menerusi https://mdec.my/100-godigital/

Buku Panduan Digital PKS telah dilancarkan semasa Tech Month 2021 (MTM’21), yang merupakan program maya yang berlangsung selama sebulan menampilkan kandungan digital dan teknologi yang diadakan bukan sahaja bertujuan menunjukkan Malaysia sebagai hab pelaburan digital tetapi juga memberi pendedahan kepada perniagaan dengan topik, penyelesaian dan alat yang akan membantu mereka menuju ke arah transformasi digital.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Malaysia Tech Month 2021 boleh layari mdec.my/mtm2021. Pengunjung dan peserta boleh mengetahui pelbagai program MTM’21 seperti perbincangan dan juga mewujudkan rangkaian perhubungan dengan rakan-rakan lain yang hadir menerusi Hubilo Events app, yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store.

Muat Turun PDF

#Tamat#

Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021.

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]