29.07.2021
Kategori: 2021, industry, investors, MTM 2021

MDEC Lancar Malaysia Tech Month 2021, kukuhkan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN

  • MTM21 merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan demi mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital
  • Kandungan dan acara sampingan sepanjang bulan diadakan menerusi empat tema mingguan berdasarkan teras NADI Digital MDEC – Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments)
  • MTM21 sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5), bermatlamat menarik pelaburan digital berkualiti tinggi demi memacu pertumbuhan ekonomi digital

CYBERJAYA, 29 JULY 2021: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini melancarkan Malaysia Tech Month 2021 (MTM21), merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), demi mempromosikan pelaburan dalam ekonomi digital dan mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN.

MTM21 dirangka sejajar dengan Strategi Pelaburan Future 5 MDEC (DIF5) yang dilancarkan baru-baru ini – sebuah pelan lima tahun yang memfokuskan kepada lima teras utama dalam menarik pelaburan dan memajukan ekonomi digital Malaysia sepertimana matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital atau MyDIGITAL. Inisiatif selama lima tahun tersebut, akan berjalan dari 2021 hingga 2025 mengikut Rancangan Malaysia ke-12, menyasarkan pelaburan digital berkualiti tinggi demi memacu pertumbuhan baru dalam ekonomi digital.

Antara jemputan yang mendapat perhatian adalah seperti Profesor Dr. Michio Kaku, Ahli Fizik Teori, Penulis Terkemuka, Jurucakap Awam dan Pakar Masa Hadapan Terkemuka serta Populis dalam bidang Sains; Dr Luc Julia, Ketua Pegawai Saintifik Kumpulan Renault dan Pencipta bersama Siri Apple; Michael Tchong, Pakar Masa Hadapan dan Penulis Ubertrends, USA. Barisan pakar-pakar dan tetamu ini juga akan dilengkapi oleh nama-nama besar Malaysia (Digital Doyens) seperti Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia; Patrick Grove, Taikun internet dan media terkemuka; Eric Cheng, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome — Unicorn pertama Malaysia. Jemputan lain termasuklah Muhamad Fajrin Rasyid, Pengasas bersama, Bukalapak; Kamarul A Muhamed, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Aerodyne serta ramai lagi.

“Lanskap hari ini berubah dengan sangat pantas. Namun demikian, inilah masanya yang terbaik untuk teknologi mengemudi kita dalam suasana tidak menentu dan norma baharu sosio-ekonomi serta gangguan radikal terhadap perniagaan dan kehidupan. Sementara kita bergerak ke hadapan dalam ekonomi digital, diharapkan kita sentiasa fokus dalam matlamat utama kita, iaitu meningkatkan kualiti hidup Rakyat.

“Kami sedar dan prihatin mengenai permasalahan itu dan akan terus berusaha keras untuk memastikan teknologi dapat dimanfaatkan oleh rakyat dan memberi peluang sama rata kepada semua. Kami bina tapak asas, kami menghubungkan rakyat, kami memudahcarakan serta kami menjayakannya. Ini dapat dilihat menerusi kejayaan pelancaran edisi kedua Malaysia Tech Month, tahun ini,” menurut YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Berlangsung dari 29 Julai hingga 30 Ogos 2021, MTM21 bakal menampilkan 40 acara dan lebih daripada 300 tetamu jemputan dan pelabur tempatan serta antarabangsa. Sepanjang bulan ini, pakar inovasi teknologi dan perintis industri akan berkongsi pendapat dan pengalaman mereka menerusi pelbagai sidang ucap tama, bengkel, sesi panel dan padanan perniagaan.

“Dengan menerajui perbincangan bersama sektor industri utama seperti Teknologi Kewangan dan Ekonomi Digital Islam, serta meningkatkan kerjasama di antara pemain-pemain serantau dan global menerusi padanan perniagaan dan pemudahcara pelaburan, MTM21 akan membawa kita ke hadapan untuk mencapai matlamat DIF5. Ia juga menjadi pemangkin dalam usaha kita merealisasikan visi Malaysia 5.0 sebagai sebuah negara yang terangkum dengan teknologi dan menyemai peluang sama rata kepada rakyat dan perniagaan,” kata Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi MDEC.

Kandungan dan acara sampingan sepanjang bulan diadakan menerusi empat tema mingguan berdasarkan teras NADI Digital MDEC – Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments).

  • Minggu Pertama (2 to 6 Ogos 2021) – Pelaburan Digital
    Memberi fokus kepada Nadi Pelaburan Digital. Para peserta akan berinteraksi dengan pakar dan pelabur sedia ada dalam lanskap Pelaburan Digital Malaysia, bagaimana mereka dapat memulakan pelaburan dan berkembang dalam negara dengan pandangan menyeluruh mengenai pelaburan serantau.
  • Minggu Kedua (9 to 13 Ogos 2021) – Ekosistem Digital
    Memacu ekosistem perniagaan menerusi pendigitalan, memanfaatkan teknologi 4IR dan memahami aspek penting dalam keselamatan siber.
  • Minggu Ketiga (16 to 20 Ogos 2021) – Kemahiran Digital
    Menyemai tenaga kerja di masa hadapan untuk pasaran global. Minggu tersebut akan menerokai topik seperti kerjaya di era ekonomi digital, peralatan digital yang boleh menambahbaik tenaga kerja serta masa hadapan pekerjaan.
  • Minggu Keempat (23 to 27 Ogos 2021) – Penggangu Digital
    Menyelami topik gangguan digital masa kini, daripada Teknologi Kewangan Islam dan matawang kripto sehingga perdagangan mudah alih, bank digital dan e-sukan mudah alih.

“Menerusi MTM21, para pelabur disediakan dengan platform yang tepat demi mencari peluang perniagaan, mendapatkan akses pasaran dan bakat tenaga kerja digital yang berharga dalam industri teknologi tempatan serta menjalankan kerjasama yang lebih berkesan untuk meningkatkan inovasi.

Ini juga merupakan satu medan tepat kepada kami untuk menujukkan kekuatan Malaysia di peringkat serantau dan global mengenai keupayaan Malaysia sebagai hab pelaburan digital pilihan utama, sepertimana yang dinyatakan dalam strategi DIF5.

“Dengan MTM21, kami akan memastikan acara ini mendemokrasikan perkongsian kandungan, pengetahuan dan idea kepada rakyat tanpa mengira latar belakang. Diharapkan dengan kebersamaan ini, kita mampu membina ekosistem yang berkembang maju untuk menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang bermatlamat menjadikan Malaysia, sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Tech Month 2021, sila layari mdec.my/mtm2021. Para peserta dapat mengikuti pelbagai acara MTM21 dan berhubung dengan peserta lain menerusi aplikasi Hubilo Events, yang boleh dimuat turun di Google Play dan di  Apple App Store.

Muat Turun PDF

                                                                                #TAMAT#

 Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021.

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]