26.08.2021
Kategori: 2021, Global Tech Grant, GTG, industry, investors, mdec, people

MDEC Lancar Geran Teknologi Global untuk Memupuk Juara Global dengan Memperkasa R&D dan Inovasi

  • Geran berkenaan menyediakan pembiayaan sehingga RM2 juta kepada syarikat teknologi dan pemacu teknologi untuk mengembangkan kehadiran pasaran global mereka menerusi inovasi dan pengkomersialan produk dipacu-pasaran, termasuk juga mewujudkan Pusat Kecemerlangan.
  • Matlamatnya adalah untuk menyokong peningkatan syarikat teknologi ke dalam arena global dengan memperkasa inovasi, pembangunan dan pengkomersialan produk dan perkhidmatan.
  • Terbuka kepada syarikat teknologi tempatan dan pemilikan asing yang ditubuhkan di Malaysia.

 

CYBERJAYA, 26 OGOS 2021: Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC), agensi  utama  yang  menerajui  agenda  transformasi  digital negara, mengumumkan Geran Teknologi Global (GTG) iaitu inisiatif yang bermatlamat untuk memupuk juara global, mendorong pelaburan dan pemangkin ekosistem inovasi digital menerusi pembangunan dan pengkomersialan produk serta perkhidmatan dipacu-pasaran.

Objektif GTG adalah unyuk menyokong peningkatan syarikat teknologi ke dalam arena global dengan cara memperkasa inovasi, pembangunan dan pengkomersialan pengganggu atau inovasi produk dan perkhidmatan.

Geran berkenaan berfungsi untuk membantu penyelidikan dan pembangunan (R&D), meningkatkan peruntukan perkhidmatan R&D, pembangunan teknologi baharu, penubuhan Pusat Kecemerlangan dan mencipta produk dan perkhidmatan dipacu-pasaran baharu ke pasaran global.

GTG juga berperanan menyokong inisiatif pembangunan ekosistem berimpak tinggi, termasuk pembangunan ekosistem penggiat yang secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital seperti mewujudkan pekerjaan baharu, pengembangan eksport dan pelaburan serta pembangunan bakat yang kesemuanya berada di bawah fokus MDEC.

Geran berkenaan menawarkan dua jenis insentif; Jenis 1, menjurus kepada Syarikat Teknologi dan Jenis 2, untuk PemacuTeknologi.

Bagi Jenis 1, GTG menyasar untuk membantu meningkatkan keupayaan syarikat teknologi tempatan yang telah bersedia untuk menerokai pasaran global buat pertama kali atau mengembangkan kehadiran ke pasaran global sedia ada menerusi inovasi teknologi dan pengkomersialan produk dan perkhidmatan dipacu-pasaran. Tujuan utamanya adalah untuk memacu potensi unicorn Malaysia yang sedang dalam pembikinan.

Geran Jenis 1 membiayai sehingga 50% daripada keseluruhan kos projek atau sehingga RM2 juta, yang mana terendah, untuk syarikat milik tempatan. Bagi syarikat milikan asing, geran berkenaan membiayai sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek atau sehingga RM2 juta.

Di bawah Jenis 2, GTG menyasarkan syarikat teknologi asing untuk membuka Pusat Kecemerlangan bagi menjalankan inovasi teknologi bernilai tinggi dan aktiviti R&D yang menerajui pembangunan dan pengkomersialan produk dan perkhidmatan dipacu-pasaran untuk pasaran global, selain menyumbang kepada pembangunan ekosistem. Jenis 2 pula membiayai sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek, yang mana terendah.

Geran Teknologi Global terbuka kepada syarikat tempatan dan milikan asing. Bagi melayakkan diri untuk memohon GTG, syarikat mesti ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016; memiliki modal terbitan dan berbayar minimum sebanyak RM20,000; dan minimum 51% ekuiti dipegang oleh rakyat Malaysia. Bagi syarikat yang kepentingannya dipegang oleh syarikat lain, peraturan sama tetap terpakai.

Kelayakan untuk syarikat milikan asing adalah syarikat mestilah ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat dengan modal terbitan dan berbayar minimum sebanyak RM500,000. Syarikat mestilah beroperasi sekurang-kurangnya setahun.

Geran Teknologi Global dibuka untuk permohonan pada 27 Ogos 2021, bermula dengan sesi penerangan maya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2021, dengan penilaian dan kelulusan akan selesai pada Oktober. Fasa pelaksanaan projek dijangka bermula pada November dan Disember.

“Dalam usaha untuk bersaing dalam pasaran global yang semakin berkembang, syarikat teknologi Malaysia perlu memiliki inovasi, idea dan produk yang relevan di peringkat global. Satu cara untuk melakukannya adalah mewujudkan ekosistem yang menyokong R&D dan inovasi. Malaysia memiliki persekitaran R&D yang rancak – kita berada di kedudukan kelapan untuk Negara Paling Berinovasi di kalangan Ekonomi Asia dalam Indeks Inovasi Global 2020 oleh World Intellectual Property Organisation (WIPO).

“Oleh itu, amat penting untuk kita terus mengekalkan kerancakkan ekosistem ini. Geran Teknologi Global menyasarkan untuk memupuk juara global dalam kalangan pemain inovasi tempatan dengan membolehkan mereka membangun dan mengkomersialkan inovasi produk atau perkhidmatan dipacu-pasaran. Ini akan memberi impak berkesinambungan iaitu membawa kepada peningkatan pendapatan eksport, meningkatkan kemahiran pengasas dan bakat tempatan, dan melonjakkan pelaburan digital yang menyumbang kepada matlamat yang telah ditetapkan dalam Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan visi Malaysia untuk menjadi Nadi Digital ASEAN,” kata Gopi Ganesalingam, Naib Presiden, Teknologi Ekosistem dan Globalisasi, MDEC.

Maklumat lanjut mengenai Geran Teknologi Global dan proses permohonannya sila layari www.mdec.my/gtg.

Geran Teknologi Global MDEC telah diumumkan semasa Minggu Keempat, Malaysia Tech Month 2021, merupakan program digital dan teknologi secara maya yang dianjurkan selama sebulan bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai hab pelaburan. Minggu keempat bertemakan Digital Disruptors Week, minggu keempat ini akan menerokai pengganggu digital masa kini, dari Teknologi Kewangan Islam dan mata wang kripto hingga perdangangan mudah alih, bank digital dan eSport mudah alih.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Malaysia Tech Month 2021 boleh layari https://malaysiatechmonth.hubilo.com/.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021   

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mengintegrasikan negara dengan teknologi, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan sama rata kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan, selaras dengan agenda Malaysia 5.0.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec