31.05.2021
Kategori: 2021, industry

MDEC Melancarkan Alat Penilaian Kesediaan Data, Analitik dan Kecerdasan Buatan (AI) Percuma

  • Penilaian percuma akan membolehkan organisasi perniagaan memahami data, analitik dan kesediaan AI dan mendapatkan pandangan mengenai cabaran umum yang dihadapi
  • Organisasi akan menerima laporan yang mencadangkan kaedah untuk meningkat ke tahap seterusnya dan membantu mengharungi Revolusi Perindustrian 4.0

CYBERJAYA, 31 MEI 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama dalam memacu transformasi ekonomi digital negera mengumumkan kerjasama dengan firma penyelidik pasaran, International Data Corporation (IDC) bagi melancarkan alat penilaian kesediaan untuk Data, Analitik dan Kecerdasan Buatan (AI) oleh syarikat -syarikat tempatan.

Menerusi inisiatif ini, ia akan membolehkan perniagaan dan organisasi mendapat sokongan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bagi meningkatkan operasi, taktikal dan strategi di samping mengembangkan aset perniagaan dengan lebih luas dan seterusnya berdepan cabaran pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

“Untuk menerima pelbagai manfaat IR4.0, organisasi perlu mempercepatkan penggunaan teknologi data. Menerusi kajian terbaharu Adoption Artificial Intelligence (AI) yang dilakukan oleh IDC mendapati lebih daripada 52 peratus syarikat dan perniagaan di Asia Pasifik masih berada pada peringkat awal penggunaan AI. Sehubungan itu, alat penilaian yang dikembangkan oleh MDEC bersama IDC ini akan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dalam perjalanan operasi mereka dan seterusnya bersedia mengharungi IR4.0 selaras dengan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) bagi meningkatkan daya saing ekonomi menerusi pendigitalan,”kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Alat Penilaian Kesediaan Data, Analisis dan Kecerdasan Buatan ini ‘terhasil’ berdasarkan pengalaman luas IDC dalam penyelidikan.Kerangka kerja telah dikembangkan untuk membantu dalam menilai data organisasi, analisis dan kesediaan AI serta untuk mengenal pasti kekuatan bidang – bidang yang boleh dipertingkatkan untuk memaksimumkan kemampuan organisasi. Penilaian ini disasarkan untuk pengurusan tertinggi dalam perniagaan, operasi dan teknlogi maklumat di semua industri. Ia seterusnya membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk menilai semula strategi digital masing -masing atau berdepan risiko ketinggalan kepada pesaingnya.

“Penilaian kesediaan ini akan membantu syarikat di Malaysia untuk menilai kedudukan dan kesediaan mereka untuk menjadi organisasi berdasarkan data dan terlibat dalam IR4.0. Walaupun terdapat peningkatan minat terhadap AI dan analitik, penting untuk menilai kesediaan syarikat untuk
membuktikan bahawa teknologi mempunyai nilai untuk mencapai matlamat perniagaan organisasi pada masa depan. Menjadi satu penghormatan kepada IDC untuk bekerjasama dengan MDEC dalam menyumbang kepada pengembangan alat penting ini. Kami akan terus bekerjasama dengan MDEC untuk memacu digital ke hadapan,”kata Sudev Bangah, Pengarah Urusan, IDC ASEAN.

Penggunaan teknologi data akan membolehkan organisasi mempunyai pemahaman yang baik mengenai kematangan dan kesediaan penggunaan teknologi data. Penilaian ini bertujuan untuk memberikan cadangan sebagai panduan bagi perusahaan perniagaan untuk mengatasi kelemahan (dan / atau mengenal pasti peluang perniagaan baharu) dengan padanan teknologi data dan perkhidmatan profesional yang terbaik yang disediakan oleh Rakan Teknologi Data MDEC.

Alat penilaian ini menerima maklum balas positif daripada persatuan- persatuan industri utama tempatan termasuk Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM) , Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) dan Malaysian Alliance of Corporate Directors

(MACD). Ini akan membolehkan ahli – ahli persatuan berkenaan memahami dan mempunyai pengetahuan berdasarkan data untuk manfaat syarikat yang diwakili.

Penilaian yang mudah dan mesra pengguna dapat dilakukan mengikut keselesaan organisasi (dapat disimpan dan dikaji semula). Secara keseluruhan, terdapat enam dimensi untuk penilaian iaitu Organisasi, Tenaga Kerja, Proses, Teknologi, Data dan Kes Penggunaan. Walaupun hanya terdapat tiga dimensi wajib (Organisasi, Tenaga Kerja dan Dimensi Proses), langkah melengkapkan baki tiga lagi dimensi akan membantu organisasi mendapat pemahaman yang menyeluruh dan jelas mengenai tahap kesediaan masing -masing. Setelah menyelesaikan penilaian, laporan penting akan dihasilkan, merangkum kemampuan organisasi pada setiap dimensi dan mendedahkan bagaimana organisasi dapat membawa kesediaan berdasarkan data ke tahap berikutnya.

Penilaian Kesediaan Data, Analitik dan AI merupakan perkhidmatan oleh program perniagaan didorong data oleh MDEC yang bertujuan untuk memberikan pendekatan berstruktur dan mempercepatkan perniagaan memperoleh nilai dari usaha transformasi digital dan bergerak lebih pantas ke arah menjadi produktiviti, inovatif dan berdaya tahan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini dan menjadi sebahagian daripada bahagian penilaian, sila layari www.mdec.my/dde

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]