03.06.2021
Kategori: 100 Go Digital, 2021, Aiza Azreen, industry

MDEC Mulakan 100 Go Digital Coaching Bantu Perniagaan Ke Arah Pendigitalan

  • 100 Go Digital Coaching merupakan siri sesi bengkel yang akan membantu perniagaanuntuk memperoleh pengetahuan untuk perjalanan penggunaan digital yang praktikal
  • Langkah ini juga dilaksanakan untuk memastikan perniagaan kekal kompetitif, lestari dan menguntungkan semasa dan selepas wabak

CYBERJAYA, 3 JUN 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama yang memacu transformasi ekonomi digital negara hari ini mengumumkan pelancaran program 100 Go Digital Coaching edisi 2021. Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan perniagaan di sektor utama
bergerak ke arah pendigitalan supaya terus berdaya saing, lestari dan mencatatkan keuntungan ketika
pandemik global.

Program tahun ini akan menggabungkan komponen secara hands-on dalam memimpin peserta untuk memastikan keberkesanan maksimum.Pada masa sama, ia juga akan menyokong ekosistem yang kondusif bagi mempercepatkan proses digitalisasi sehingga perniagaan dapat mengembangkan operasi, meningkatkan pendapatan dan seterusnya memanfaatkan platform digital yang luas untuk menjana pendapatan.

“Sebelum pandemik, MDEC telah menekankan kepentingan pendigitalan di kalangan perniagaan tempatan. Menerusi komponen baharu yang dimasukkan dalam 100 Go Digital Coaching, MDEC yakin kelebihan digital seperti amalan dan teknologi terkini boleh dimanfaatkan oleh perniagaan untuk bertahan dan berkembang maju.Usaha ini selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan untuk menyokong kira – kira 875 000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro ke platform digital menjelang 2025,”kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

100 Go Digital Coaching secara keseluruhan merangkumi tiga komponen yang membabitkan kursus digitalisasi perniagaan. Komponen pertama melibatkan sesi coaching yang akan memberikangambaran menyeluruh bagi memastikan pemahaman berkenaan faedah dan peluang yang ada. Cabaran sukar juga akan dikenal pasti dan panduan praktikal akan diberikan oleh jurulatih dari syarikat terkenal yang sesuai. Bengkel bimbingan akan diadakan oleh MDEC sepanjang tahun.

Kedua, perniagaan terlibat akan diberikan cadangan penyelesaian dan strategi digital untuk dimasukkan ke dalam rancangan perniagaan masing-masing dalam usaha meningkatkan rantai nilai teknologi. Seterusnya, MDEC juga akan mengesan dan memantau perkembangan peserta untuk memastikan mereka berada di landasan betul dan akan diberikan bantuan yang diperlukan. Perniagaan juga akan diperkenalkan kepada program lain yang akan dapat membantu pengembangan ketika berkembang menerusi adaptasi digital.

“MDEC berkemampuan melakukannya dan akan memberikan segalanya untuk memastikan perniagaan berjaya pada masa yang sukar ini. Apabila keperluan dan cabaran berkembang, program 100 Go Digital Coaching terus berjalan untuk memastikan perniagaan tempatan tetap berdaya maju dan mencatatkan keuntungan dengan menggunakan amalan digital terbaik yang ditawarkan,” kata Aiza Azreen Ahmad, Ketua Pegawai Perniagaan Digital MDEC.

100 Go Digital Coaching menyasarkan untuk menyokong sektor perniagaan runcit, syarikat makanan dan minuman (F&B) logistik dan perkhidmatan profesional.

Para jurulatih yang terlibat dengan program ini pula mempunyai rekod prestasi cemerlang dari lapan syarikat yang kukuh iaitu AutoCount, Deepsky, Estream Software, iBizzCloud, Innergia Labs, Locus-T, Million Software dan Smart-Acc Solutions. Senarai ini merupakan kumpulan pelatih digital pertama dengan lebih banyak para jurulatih yang akan ditambahkan pada masa terdekat.

Selain dari sesi latihan, syarikat-syarikat ini juga akan menyediakan bahan latihan dalam talian dan pasukan sokongan program yang berdedikasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar ke 100 Go Digital Coaching, sila kunjungi: https://mdec.my/100godigital

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi danMultimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau
ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]