30.09.2021
Kategori: people

MDEC NAFI TAWAR BAUCAR UNTUK TUNAI KEPADA PERNIAGAAN

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), nafi mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan tawaran baucar yang boleh ditebus untuk tunai kepada syarikat yang berdaftar di bawah SSM.

MDEC menyedari terdapat banyak percubaan termasuk maklumat terbaharu ini, yang telah menggunakan namanya di media sosial dan Whats App untuk menipu orang ramai. MDEC ingin menegaskan bahawa maklumat atau hantaran berkenaan adalah palsu dan telah memberi persepsi negatif kepada program sokongan pendigitalan perniagaan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk para peniaga.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan sebarang penyebaran maklumat tidak sah atau palsu dan sebaiknya merujuk perkara berkenaan di laman sesawang atau saluran media sosial rasmi MDEC untuk mendapat maklumat tepat serta terkini.

Untuk berita dan pengumuman terkini, sila layari http://mdec.my

Muat Turun PDF                               

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]