30.09.2021
Kategori: industry, people

DataKITA MDEC Memperkasa Ekonomi Digital dalam Era Baharu Dunia

  • DataKITA menyaksikan MDEC bekerjasama dengan industri untuk menyediakan dorongan kepada perniagaan untuk memulakan perjalanan transformasi data mereka
  • Pada 25-29 Oktober, MDEC akan menganjurkan AIDW (Minggu AI & Data) 2021 yang akan berlangsung selama seminggu untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam Data, AI dan IoT

 

CYBERJAYA, 30 SEPTEMBER 2021: Kemajuan pantas dalam pengadaptasian digital telah menjadi kejutan kepada komuniti perniagaan. Dalam persekitaran baharu ini, data menjadi komoditi berharga yang membuka banyak peluang dengan munculnya pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan mesin pembelajaran (machine learning).

Menurut laporan International Data Corporation (IDC), jumlah data yang dijana pada tahun lalu sahaja dianggarkan sebanyak 64.2 zettabait  (1 zettabait: satu trilion gigabait). Jumlah data yang amat besar ini dijana dari setiap aspek kehidupan manusia.

“Dengan pelbagai maklumat baharu dijana setiap saat, data boleh dianggap sebagai ‘oksigen’ bagi ekonomi digital yang perlu dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama serta inovasi nilai dalam menjadi sumber pertumbuhan baharu.

“Perniagaan yang menggunakan data cenderung untuk lebih tangkas dan berinovatif khususnya dalam waktu-waktu sukar seperti sekarang. Kami perhatikan perniagaan tersebut berkembang maju kerana berlandaskan model perniagaan kreatif berbanding perniagaan lain yang menghadapi kesukaran untuk bertahan serta bangkit semula. Di peringkat nasional, keputusan yang dipacu oleh data memberi manfaat kepada negara secara keseluruhannya, sama ada daripada segi ekonomi atau dalam pengurusan wabak COVID-19,” kata Aiza Azreen Ahmad, Ketua Pegawai Perniagaan Digital (CDBO), MDEC.

Sebagai respons terhadap evolusi digital kini, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), selaku peneraju ekonomi digital negara, telah memperkenalkan inisiatif DataKITA untuk mempersiapkan ekosistem digital dalam era baharu dunia yang menggunakan data, terutamanya bagi memacu teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

Dilancarkan pada November 2020, inisiatif DataKITA telah menyaksikan MDEC bekerjasama dengan industri untuk memberi dorongan kepada perniagaan bagi memulakan perjalanan transformasi data mereka menerusi pendekatan yang lebih tersusun serta memanfaatkan asas data, analitik data , tadbir urus, perkongsian data dan AI.

Diasaskan dengan tujuan untuk meningkatkan ketersediaan, kebolehcapaian dan kegunaan data di kalangan rakyat Malaysia, inisiatif DataKITA dipacu empat teras strategik:

 

  • Pengetahuan (Knowledge): Mempromosikan Literasi Data
  • Infrastruktur (Infrastructure): Memupuk Persekitaran Berteraskan Data
  • Bakat (Talent): Memupuk Pembangunan Profesional Data
  • Tindakan (Action): Memecut Penerapan Berteraskan Data dan AI di Kalangan Perniagaan

 

Keempat-empat teras berkenaan memastikan penerima manfaat inisiatif ini akan menjadi pemangkin ekosistem data yang berkembang pesat.

Bermatlamat untuk merangsang perubahan minda sambil mendorong perkongsian ilmu dalam adaptasi teknologi, DataKITA menjadi aspirasi kepada Malaysia dalam memperkukuhkan usaha untuk memenuhi standard 4IR dan juga perubahan pantas teknologi kejutan yang telah terbukti mengubah landskap ekonomi global secara eksponen, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Nasional Keempat (4IR).

Sebagai tambahan, DataKITA mempersiapkan Malaysia untuk memanfaatkan ekonomi digital yang bernilai tinggi, yang dijangkakan mencapat nilai US$1.9 bilion menjelang 2025 berbanding US$1.1 bilion pada 2021, menurut IDC. Dengan mengawal masa depan data, Malaysia akan menjunjung kedaulatan digital negara dan menerajui ekonomi digital yang inovatif, selaras dengan misi MDEC iaitu mengintegrasikan masyarakat secara digital yang dipacu oleh ekonomi digital yang mapan dan inklusif.

Sementara pandemik COVID-19 telah menunjukkan dengan jelas bagaimana pemahaman dan asas data dapat menyelamatkan nyawa dan membolehkan perniagaan terus beroperasi, MDEC berusaha untuk mempersiapkan perintis tempatan dengan rujukan digital yang sesuai untuk terus bertahan dalam norma baharu.

Sebahagian daripada inisiatif DataKITA, MDEC akan menganjurkan Minggu AI dan Data (AIDW) 2021. Bermula dari 25 Oktober 2021, AIDW 2021 ialah acara maya selama seminggu yang bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam hab digital serantau untuk data, AI dan Internet Benda (IoT).

Matlamat AIDW 2021 ialah untuk membantu memangkinkan pemikiran, integrasi dan adaptasi data, AI dan IoT di kalangan peserta menerusi pelbagai acara yang akan dianjurkan sepanjang minggu berkenaan.

Acara maya berkenaan mengalu-alukan kehadiran penggiat industri, komuniti-komuniti data dan pemula teknologi untuk melakukan libat urus dengan entiti kerajaan, syarikat besar dan rakyat.

Acara utama yang berlangsung pada 26 Oktober 2021, akan menampilkan tetamu yang pakar dan berpengalaman dalam kecerdasan buatan (AI) dan data seperti Nikolai Dobberstein, (Rakan Kongsi dan Ketua Asia Pasifik, Komunikasi, Media, dan Teknologi, Kearney), Carl Ward (Amazon Web Services) dan Laurence Liew (AI Singapore).

Untuk maklumat lanjut mengenai DataKITA, sila layari mdec.my.

Muat Turun PDF

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

 

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]