05.02.2021
Kategori: people

Anugerah [email protected] MDEC Iktiraf Bakat Muda Pembangunan Animasi dan Permainan

  • Program [email protected] meletakkan asas kukuh di kalangan pelajar sekolah untuk memupuk minat dan kemahiran berkaitan dengan bidang kandungan kreatif digital.
  • Lebih 700 peserta mempamerkan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh semasa program [email protected]

KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2021 – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) baru-baru ini berjaya menganjurkan Anugerah Kreativiti @ Sekolah, sekaligus menandakan berakhirnya program berkenaan bagi tahun lepas yang bertujuan untuk mengembangkan kemahiran dan bakat dalam bidang kandungan kreatif digital di kalangan pelajar sekolah.

Pertandingan edisi 2020 menyaksikan lebih daripada 700 peserta dari 40 sekolah di seluruh negara bersaing untuk menunjukkan bakat masing -masing dalam pembangunan animasi dan permainan.

Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu animasi dan permainan. Bagi kategori animasi atau dikenali sebagai Anugerah Animasi Kre8tif @ Sekolah menyaksikan Adam Auza’i Mohamad Zaper dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi, Perlis muncul sebagai pemenang manakala Airil Hariz Zolkefli dari SMK Seksyen 5 , Wangsa Maju, Kuala Lumpur mengungguli kategori permainan atau LEVEL UP @ Schools Game Awards.

Kedua-dua pemenang membawa pulang wang tunai tunai sebanyak RM3,000 serta sijil manaka sekolah mereka masing-masing menerima 5 tablet Wacom.

“Saya merasa gembira kerana berjaya muncul juara LEVEL UP @ Schools Award. Saya berharap dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari dalam LEVEL [email protected] kerana ia mengajar pelbagai kemahiran seperti muka pengguna (user interface), teknologi user experience dan rekaan bunyi. Pertandingan ini juga memberi pendedahakan kepada saya mengenai idea dalam membangunkan perisian permainan. Ini mungkin akan menjadi bidang yang ingin dipelajari secara serius pada masa hadapan,”kata Airil Hariz.

“Pengetahuan dan kemahiran dalam produksi animasi yang dipelajari semasa program Kre8tif @Sekolah sangat membantu untuk mendalami aspek penghasilan dalam bidang animasi 3D, rendering dan pembinaan karakter. Ini juga telah meningkatkan minat saya dan kejayaan dalam pertandingan ini dianggap sebagai bonus jika dibandingkan dengan pendedahan yang diperolehi,” kata Adam Auza’i.

[email protected] Sekolah merupakan pertandingan tahunan dianjurkan MDEC. Program ini diperkenalkan untuk memberi inspirasi dan memupuk kreativiti di kalangan anak muda tempatan dalam animasi, kesan visual dan reka bentuk permainan. Ini seterusnya akan meningkatan kemasukan pelajar ke peringkat pengajian tinggi membabitkan kursus kandungan kreatif serta menyediakan tenaga kerja untuk generasi IP baharu. Kreativiti @Sekolah memperkenalkan dua program utama iaitu LEVEL UP @ Sekolah dan Kre8tif! @ Sekolah.

LEVEL UP @Sekolah adalah program pengembangan permainan untuk memberi kesedaran dan minat terhadap ekosistem pembangunan permainan. Ia diperkenalkan pada 2016 untuk memupuk bakat masa depan dan mendorong pendaftaran dalam bidang pengembangan permainan di peringkat universiti.

Kre8tif! @ Sekolah pula merupakan program animasi untuk memberi inspirasi serta memupuk kreativiti di kalangan anak muda Malaysia telah mula diperkenalkan pada 2019. Program ini mendidik dan memupuk minat dalam animasi sambil mendorong pendaftaran dalam kursus berkaitan di peringkat pengajian tinggi.

“Program Kreativiti @ Sekolah sangat penting dalam menjelaskan usaha MDEC untuk mengembangkan bakat dan minat terhadap bidang kreatif digital di kalangan pelajar. Saya ingin menekankan kepentingan untuk meletakkan asas bermula peringkat awal bagi memastikan Malaysia mempunyai bakat yang relevan untuk menyokong industri kandungan kreatif digital. Ini selari dengan inisiatif seperti pemberian Dana Kandungan Digital yang memberi sumbangan bermakna dalam usaha mengembangkan industri kandungan digital tempatan yang mana ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi digital MDEC,” kata Naib Presiden Perniagaan Digital, MDEC, Gopi Ganesalingam.

“Menerusi asas dan minat kukuh yang dipupuk pada fasa awal terhadap pelajar dalam bidang kandungan kreatif digital, MDEC akan dapat membangunkan kumpulan bakat secara berterusan untuk meningkatkan dan mengembangkan industri ini dan seterusnya membantu Malaysia
menjadi hab kandungan kreatif digital dan mencapai hasrat Malaysia Nadi Digital ASEAN,” tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai [email protected] dan anugerah yang diberikan MDEC termasuk senarai lengkap pemenang boleh didapati dengan melayari laman web http://mdec.my/kre8tif/creativity-at-schools-animation-award-winners-list/

Dalam usaha berterusan untuk memelihara dan mengembangkan industri Kandungan Kreatif Digital tempatan, MDEC meningkatkan usahanya dengan menyediakan peluang, peralatan, sumber kemahiran serta bantuan kewangan untuk membantu perniagaan industri ini berkembang dan menjadi pemimpin industri yang kompetitif. Salah satunya ialah Geran Kandungan Digital yang merupakan inisiatif di bawah Program Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk menyokong syarikat kreatif digital tempatan terus berkembang, menghasilkan, memproduksi secara bersama dan memasarkan kandungan digital mereka.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://mdec.my/digital-economy-initiatives/for-the-industry/entrepreneurs/digital-creative-content/

Muat turun PDF

-Tamat-

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara. Ditubuhkan pada 1996, mandat MDEC termasuk memacu penerapan mengguna pakai teknologi digital di kalangan rakyat, pembangunan bakat yang mampu memenuhi kehendak industri, merangka dasar-dasar ekonomi digital serta mewujudkan juara dalam bidang ekonomi digital di peringkat global.

Untuk memastikan masa depan Malaysia menghadapi era digital terjamin, MDEC akan bersandarkan rekod prestasinya yang kukuh, kredibiliti di kalangan industri dan kepimpinan yang berpengalaman untuk mengaitkan, memangkinkan dan mengkomersialkan inisiatif- inisiatif digital yang bertujuan untuk menggiatkan kemajuan ekonomi digital yang sedang berkembang dengan pesat dan mampan serta menjadikan kepelbagaian dan keterangkuman sebagai terasnya.

MDEC juga akan terus memacu pertumbuhan ekonomi digital berimpak tinggi selaras dengan Wawasan Kemakmuran Negara 2030 dan mengukuhkan reputasi negara sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysia #DigitalvsCovid

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:

Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

For media enquiries, please contact:

Dashika Gnaneswaran
Brand & Strategic Partnerships
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Email: [email protected]

Nigel Yap
Brand & Strategic Partnerships
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Email: [email protected]
Mobile: +60(16) 263 7167