05.10.2021
Kategori: people

MDEC bekerjasama dengan UKM dan KPM untuk tawar haluan pendidikan bagi lahirkan penginovasi muda berbakat

  • Program Penginovasi Digital adalah aliran teknologi digital baharu yang diperkenalkan di Kolej GENIUS @ Pintar Negara, UKM yang fokus kepada teknologi digital dan kurikulum Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) untuk pembangunan bakat teknologi
  • Murid yang cekap dalam inovasi dan kreativiti digital akan berpeluang melanjutkan minat mereka dalam program pendidikan menengah untuk murid pintar
  • MDEC akan bekerjasama dengan KPM dan sektor swasta untuk mewujudkan program berterusan; berdasarkan kejayaan Program Digital Ninja

 

CYBERJAYA, 5 OKTOBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi penerajui ekonomi digital, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini mengumumkan pelancaran Program Inovator Digital (DIP), program pendidikan menengah pertama untuk penginovasi muda yang berbakat.

Pelancaran program in telah dirasmikan secara maya oleh Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. Program ini fokus kepada pembangunan penginovasi masa depan menerusi kurikulum Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang akan memastikan pembangunan bakat teknologi yang konsisten untuk memenuhi keperluan ekonomi digital.

Pembangunan DIP merupakan hasil daripada kejayaan program Digital Ninja MDEC, inisiatif kulikurar tambahan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5, yang diadakan semasa cuti sekolah dan program ini telah berjaya melahirkan 515 penginovasi muda berpotensi tinggi sejak lima tahun lalu.

“DIP adalah inisiatif penting yang berperanan merealisasikan matlamat dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) iaitu untuk melahirkan pencipta dan penginovasi digital. Pelaksanaan program pendidikan menengah untuk murid pintar, yang mengguna pakai faktor utama kejayaan program Digital Ninja, tambahan kepada libat urus mampan antara murid, guru dan mentor industri, akan membantu untuk memupuk lebih ramai penginovasi di negara ini,” Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Sebahagian daripada usaha berterusan MDEC untuk mendorong peningkatan asas, kemahiran dan pengetahuan digital, DIP merupakan program penting dalam usaha untuk memperkenalkan arah tuju teknologi digital ke dalam kurikulum pendidikan, selaras dengan Gerakan #SayaDigital.

Gerakan #SayaDigital bertujuan untuk menambah baik kemahiran rakyat Malaysia untuk berjaya dalam ekonomi digital dengan mewujudkan kesedaran mengenai gaya hidup pintar, peluang sama rata dan teknologi digital kepada komuniti bandar dan luar bandar.

Laporan terbaharu oleh Bank Dunia yang bertajuk ‘Aiming High: Navigating Next Stage of Malaysia’s Development menjelaskan bahawa syarikat Malaysia yang melabur dalam inovasi teknikal telah mencapai kadar produktiviti yang lebih tinggi berbanding yang tidak melaksanakannya. Oleh itu, inisiatif seperti DIP sangat diperlukan untuk memupuk generasi penginovasi teknologi masa depan.

Dilengkapi dengan Ruang Pencipta Digital (Digital Maker Space) yang canggih, DIP dapat memupuk kreativiti para murid untuk menyelesaikan masalah terkini melalui teknologi digital dengan menyediakan lebih banyak peluang PBL dan bimbingan untuk memupuk kemahiran keusahawanan.

Selain itu, para murid juga didedahkan dengan program terkini dan kemahiran berkaitan lain yang menyentuh berkenaan Sains Data, Kecerdasan Buatan (AI), Kelesamatan Siber dan Pembangunan Aplikasi Mudah Alih menerusi perjalanan pembelajaran di Kolej [email protected] Negara, UKM.

“DIP merupakan kerjasama antara UKM dan industri, seperti MDEC dalam usaha untuk mengukuhkan budaya digital berdasarkan lima nilai teras UKM. Budaya digital ini akan menggunakan pendidikan futuristik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ia menekankan terhapam ekosistem pendidikan yang dilengkapi dengan robot dan teknologi penciptaan dron, realiti terimbuh (augmented) dan maya, dan peralatan yang mendorong UKM menjadi peneraju pendidikan tinggi global.

“Saya berharap kerjasama ini akan menyumbang kepada transformasi pendidikan nasional. UKM akan menyokong hasrat ini dengan mengasah bakat berkualiti bagi menyediakan pakar ICT untuk pembangunan ekonomi digital negara pada masa hadapan,” kata Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pusat GENIUS @ Pintar Negara, UKM adalah institusi pendidikan untuk murid-murid berbakat yang berumur 12  hingga 17 tahun. Sebelum ini, program ini merangkumi hanya Aliran Sains untuk murid-murid yang berbakat.

“KPM sentiasa memainkan peranan aktif dalam menyediakan sistem pendidikan yang spesifik, mencabar dan holistik untuk memelihara para murid berbakat agar mereka dapat mencapai potensi optimum sehingga menjadi aset negara yang berharga.

“KPM sangat percaya bahawa kerjasama kukuh bersama UKM dan MDEC akan meningkatkan lagi matlamat KPM untuk mengembangkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi, mahir dan terkenal terutamanya dalam teknologi digital, ” ujar KPM menerusi satu kenyataan.

Untuk mengetahui dengan labor lanjut mengenai DIP, sila layari https://mdec.my/mydigitalmaker/future-innovators-school/ dan untuk memohon, para murid perlu melengkapkan penilaian dalam talian UKM1 di http://ukm1.permatapintar.edu.my/.

Muat Turun PDF

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]