28.07.2021
Kategori: 2021, Let's Learn Digital, people, rakyat

MDEC lancar semula program ‘Let’s Learn Digital’ dengan pengumuman kerjasama di antara Facebook, Google dan LinkedIn

  • Pensijilan dan lencana percuma bagi kursus Pemasaran Digital ditawarkan untuk rakyat Malaysia
  • Para peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik!

CYBERJAYA, 28 JULAI 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama meneraju transformasi ekonomi digital negara melancarkan edisi kedua program Let’s Learn Digital.

Dilancarkan di bawah inisiatif #mydigitalworkforce, program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia agar mereka lebih bersedia dalam suasana pekerjaan yang menuntut kemahiran digital buat masa kini.

Berdasarkan kejayaan program Let’s Learn Digital pada tahun lepas di mana menyaksikan kerjasama di antara Coursera menerusi Coursera Workforce Recovery Initiative yang diaktifkan akibat pandemik COVID-19, MDEC memperkenalkan semula program ini demi memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital yang sangat diperlukan ketika ini.

Program tahun ini akan bermula dengan kursus Pemasaran Digital percuma dan pensijilan yang ditawarkan oleh LinkedIn, Facebook dan Google dengan kerjasama MDEC. Kursus-kursus tersebut akan ditawarkan sehingga 31 Oktober 2021 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kemahiran merupakan satu kepentingan yang dituntut dalam alam pekerjaan. Banyak organisasi di Asia Pasifik cenderung menggajikan para pekerja yang berkemahiran bukan sahaja berdasarkan pengalaman mahupun kelayakan akademik semata-mata. Para pekerja juga diharapkan dapat mengadaptasi pemikiran berkembang untuk bergerak ke hadapan dan sentiasa berusaha untuk memantapkan kemahiran mereka. Ini dapat memastikan kebolehpasaran mereka terutama bagi jawatan yang mendapat permintaan tinggi dalam industri-industri berkembang maju. 

Di Malaysia, salah satu daripada tiga pekerjaan yang mendapat perhatian adalah ‘Eksekutif Pemasaran’ dan ‘Strategi Pemasaran’ merupakan kemahiran yang semakin dituntut. Di peringkat global, ‘Pemasar Digital’ merupakan di antara 10 pekerjaan yang banyak ditawarkan — trend ini telah berkembang secara konsisten bagi empat tahun kebelakangan ini dengan tawaran gaji agak lumayan serta kemahiran yang diperlukan, boleh dipelajari secara dalam talian. Linkedin sangat berbesar hati untuk menyokong usaha MDEC dalam kempen Let’s Learn Digital ini buat dua tahun berturut-turut, demi membantu rakyat Malaysia dalam memperkukuhkan kemahiran pemasaran digital mereka,” menurut Frank Koo, Ketua Bakat dan Solusi Pembelajaran, LinkedIn Asia.

Menerusi kerjasama ini, rakyat Malaysia boleh mengakses pelbagai kursus pilihan mereka dan mendapatkan lencana dan/atau pensijilan setelah berjaya melengkapkan kursus tersebut. Pensijilan atau lencana tersebut boleh dikongsi pada profail Linkedin mereka.

“Kami berasa sangat bangga dengan pencapaian rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi secara produktif. Menerusi kerjasama penuh bermakna ini, kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia — yang sedang bekerja atau akan memasuki alam pekerjaan — untuk mendapatkan akses kepada kursus dan peralatan Google demi memastikan kemahiran dan kerjaya mereka lebih bersinar di masa hadapan, “kata Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia.

“Sejajar dengan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) untuk menghasilkan tenaga kerja digital berkemahiran tinggi, kami teruja untuk bekerjasama dengan MDEC bagi meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia demi mengembangkan bakat dan kerjaya mereka menerusi latihan dan pensijilan Facebook Blueprint,” tambah Justin Murugaya, Pemangku Pengarah, Facebook Malaysia.

Kerjasama dengan Facebook, Google dan LinkedIn ini menyasarkan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran penting tanpa sebarang syarat mahupun had umur. Mereka yang telah melengkapkan kesemua modul adalah digalakkan untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #MDECLLD.

“Dengan penggunaan digital yang semakin memacu perniagaan dan pengguna, permintaan terhadap kemahiran pemasaran digital semakin mendapat perhatian. Selari dengan komitmen MDEC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran digital, kami sangat mengalu-alukan kerjasama dengan Google, LinkedIn dan Facebook untuk melancarkan program Let’s Learn Digital tahun ini dengan menawarkan kursus-kursus pemasaran digital secara percuma.

“Inisiatif ini mencerminkan visi Malaysia 5.0 di MDEC; memastikan masyarakat kita terangkum dengan teknologi, dan disemai dengan peluang digital yang sama rata kepada rakyat dan perniagaan, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Para peserta yang telah berjaya melengkapkan kursus mereka, boleh menerokai peluang pekerjaan dalam bidang pemasaran digital menerusi platform carian kerja Linkedin mahupun melalui inisiatif MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) oleh MDEC. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditaja oleh rakan kerjasama program tersebut.

Pendaftaran untuk program Let’s Learn Digital boleh dibuat di www.mdec.my/letslearndigital.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Let’s Learn Digital, rakan-rakan kerjasama program tersebut akan berkongsi maklumat menerusi webinar bersempena Malaysia Tech Month 2021, anda boleh menyertainya di www.mdec.my/mtm2021.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:

Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]