19.04.2021
Kategori: 2021, industry, investors, mdec

MDEC lantik Pakar Strategi Industri Terkemuka Datuk Fadzli Abdul Wahit sebagai Ketua Pegawai Strategi (CSO)

  • Datuk Fadzli berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam perunding transformasi untuk sektor awam dan swasta
  • CSO baharu ini ditugaskan untuk mengukuhkan strategi korporat MDEC agar selari dengan MyDIGITAL dan ekonomi digital yang sedang pesat berkembang

Cyberjaya, 19 April 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan pelantikan Datuk Fadzli Abdul Wahit sebagai Ketua Pegawai Strategi baharunya berkuatkuasa 16 Mei depan bagi menggantikan Dato’ Fadzli Shah Anuar. Beliau akan bertanggungjawab untuk memimpin unit strategi, transformasi dan pengurusan ke arah perubahan MDEC dalam memacu ekonomi digital ke hadapan.

Susulan perlantikan ini, Datuk Fadzli akan bekerjasama rapat dengan Majlis Operasi MDEC (MOC), Ahli – Ahli Pengurusan Kanan serta Ahli – Ahli Lembaga Pengarah dalam menentukan strategi korporat yang berkesan untuk agensi bagi memenuhi misinya melahirkan masyarakat Malaysia yang inovatif serta terintegrasi dengan teknologi seperti yang digariskan dalam Malaysia 5.0.

“Saya begitu teruja apabila Datuk Fadzli menyahut cabaran untuk berkhidmat kepada negara dengan menyertai MDEC bagi memacu ekonomi digital negara. Pelantikan ini adalah sejajar dengan aspirasi agensi ini yang sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam perancangan strategik serta pencapaian membabitkan transformasi sektor awam dan swasta semestinya akan memberi nilai tambah kepada MDEC dan meningkatkan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Ybhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi MDEC.

Datuk Fadzli sebelum ini berkhidmat selama lebih 20 tahun di KPMG dengan jawatan terakhirnya mengetuai sektor kerajaan di KPMG Malaysia dan memimpin pembangunan perniagaan untuk sektor kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Beliau telah berjaya melancarkan pelbagai projek dalam bidang teknologi maklumat, pengurusan strategi dan proses perniagaan serta inisiatif berkaitan sumber manusia.

“Datuk Fadzli merupakan pakar strategi dan rakan perniagaan yang terkemuka serta berpengalaman luas. Ini diharapkan dapat meningkatkan keupayaan MDEC dalam memimpin agenda transformasi digital Malaysia. Menerusi pelantikan beliau, ini telah menandakan satu lagi tonggak dicapai dalam misi ‘Mencipta Semula’ MDEC. Saya yakin beliau merupakan aset yang sangat berharga bagi MDEC serta negara kita, “kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Datuk Fadzli akan mengetuai strategi makro untuk ekonomi digital dan pembangunan pelan strategik perniagaan termasuk peluang penjanaan pendapatan yang mampan. Salah satu fungsi utama dalam jawatan ini adalah membina hubungan rapat dengan kementerian-kementerian utama dan pemegang taruh sektor kerajaan serta pemain industri.

“Sepanjang kerjaya, saya amat menitikberatkan sifat saling menghormati dan kerjasama strategik berimpak tinggi. Saya sangat teruja untuk meneruskan perjalanan baharu bersama MDEC dalam menjadikan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) sebagai satu kenyataan. Kita harus berusaha dalam mencipta semula strategi bagi memacu transformasi digital negara. Saya sudah bersedia, berkhidmat untuk Malaysia dan rakyat,” kata Datuk Fadzli Abdul Wahit.

Muat Turun PDF

– TAMAT –

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara ke hadapan.

Ditubuhkan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan menarik pelaburan digital di Malaysia. MDEC fokus untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di seluruh negara yang selaras dengan Wawasan Kemakmuran 2030 dan dengan tegas menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKehadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]