01.04.2021
Kategori: 2021, industry, investors

MDEC Lantik Razif Abdul Aziz Sebagai Naib Presiden Bahagian Pelaburan dan Geran

  • Mantan Ketua Pegawai Operasi Cradle tersebut akan memantau strategi pelaburan dan kerangka kerja geran
  • Berpengalaman lebih 25 tahun merentasi pelbagai jawatan dalam kepimpinan korporat di sektor awam dan swasta, Razif bukan satu nama asing dalam ekosistem syarikat pemula teknologi

Cyberjaya, 1 April 2021: Mengekalkan momentum untuk misi ‘Mencipta Semula’, Malaysia Digital
Economy Corporation (MDEC) hari ini mengumumkan pelantikan Razif Abdul Razak sebagai Naib
Presiden bahagian Pelaburan dan Geran. Razif akan menguruskan inisiatif sedia ada dan yang bakal
dilancarkan, bagi menggalakkan pelaburan dalam ekonomi digital Malaysia serta bertanggungjawab
untuk menguruskan peruntukan geran bagi kesemua program MDEC. Beliau akan bekerjasama rapat
dengan Raymond Siva, Naib Presiden Kanan bagi Pelaburan dan Jenama, juga Ketua Pegawai
Pemasaran (CMO) MDEC.

Dengan peranan baharu ini, Razif akan menerajui usaha pengukuhan integriti kerangka kerja geran
dan menyanjung tinggi amalan terbaik dalam penilaian, pembahagian dan pemantauan segala jenis
geran yang diuruskan oleh MDEC demi memastikan ia selari dengan objektif untuk menarik pelaburan.

“Misi Mencipta Semula MDEC telah berjaya menarik bakat-bakat kerja berprestasi tinggi dan pemimpin
berpandangan jauh dengan pengalaman luas dari sektor awam dan swasta untuk menyertai kami.
Dengan pelantikan ini, salah satu fungsi teras MDEC dapat dijajarkan semula untuk jabatan berprestasi
cemerlang ini, demi memastikan proses sering ditambah baik seperti pendigitalan pengurusan dan
pentadbiran geran. Pengalaman luas beliau akan memastikan cara kerja yang diterapkan akan lebih
telus. Ini sekaligus mengukuhkan peranan MDEC sebagai sebuah Agensi Promosi Pelaburan (IPA).

Bergerak ke hadapan, MDEC pastinya akan mengambil kesempatan dalam peluang baru dengan
agenda mengutamakan rakyat, pemikiran yang didorong masyarakat, sekaligus memacu agenda digital
negara ke hadapan,” kata Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi MDEC.

Sebelum menyertai MDEC, Razif merupakan Ketua Pegawai Operasi di Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle).
Sepanjang 5 tahun di sana, peranan beliau meliputi perundangan, sumber manusia, pentadbiran dan
IT, pemasaran, perkongsian strategik dan kewangan. Beliau berjaya melakukan transformasi termasuk
mengemaskini prosedur operasi standard, yang telah menambah baik operasi sumber manusia dan
menarik kerjasama strategik yang bernilai tambah. Pada 2018, beliau telah mengambil peranan
sebagai Pemangku CEO Kumpulan Cradle dan memperkenalkan Pelan Kesinambungan.

“Dengan meningkatkan keupayaan kepimpinan kami, MDEC mampu melonjakkan negara ke arah
Revolusi Industri Keempat (4IR) dengan lebih maju dan mengembleng usaha bagi mencapai jangkauan
digital berimpak tinggi. Dengan perlantikan Razif, fungsi pelaburan utama dan geran akan diselarikan
demi memastikan kecekapan operasi jabatan yang berpencapaian tinggi ini ditingkatkan. Kehadiran
beliau membawa pengalaman luas– dari syarikat pemula (start-up) kepada pembangunan teknologi,
perundangan dan pengawalseliaan, pembangunan sumber manusia serta pelaburan – semua ini
penting untuk MDEC memenuhi visi negara iaitu digital sebagai satu keutamaan, malahan sejajar
dengan matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysa (MyDIGITAL),” kata Surina Shukri, Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) MDEC.

Antara pengalaman lain; Razif pernah memangku pelbagai jawatan sebagai ahli lembaga dan
kepimpinan di unit pelaburan dan agensi kerajaan. Ramai yang mengenali Razif sebagai Pengarah
Eksekutif di Malaysian Business Angel Network (MBAN), Ketua Pegawai Operasi untuk Malaysian
Genomics Resource Centre Berhad dan Naib Presiden Kanan untuk Malaysia Biotechnology
Corporation.

Sebelum terlibat dalam kepimpinan korporat, beliau bertugas sebagai penasihat perundangan,
kerajaan dan hal ehwal regulatori dan perdagangan asing. Ketika ini, beliau memegang jawatan
sebagai Panel Penasihat Industri untuk Jabatan Perniagaan di KDU University College (dijenamakan
semula sebagai University of Wollongong) dan Taylor’s University. Beliau sebelum ini juga pernah memangku jawatan penasihat di lembaga pihak berkuasa industri seperti UM Capital Berhad,
Malaysian Venture Capital and Private Equity Development Council.

“Sudah pastinya jawatan ini hadir dengan tanggungjawab yang sangat besar. Saya sudah bersedia
untuk menyumbang dan tidak sabar untuk menyertai pasukan yang dinamik kerana MDEC adalah
peneraju ekonomi digital negara serta semakin mengukuhkan peranannya dalam menjadikan Malaysia
sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Razif.

Muat Turun PDF

– Tamat –

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan
ekonomi digital negara ke hadapan.

Ditubuhkan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang
mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan menarik pelaburan digital di Malaysia. MDEC
fokus untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di
seluruh negara yang selaras dengan Wawasan Kemakmuran 2030 dan dengan tegas menjadikan
Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKehadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC
sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi;
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]