10.02.2022
Kategori: industry

MDEC Lantik Agensi Rekod Pemasaran untuk 2022

  • Syarikat kreatif dan media, Invictus Blue dan M&C Saatchi Malaysia, telah dipilih sebagai AOR 2022 MDEC berdasarkan proses tender terbuka.
  • Kedua-dua syarikat akan menjalankan kempen MDEC iaitu bagi segmen rakyat dan perniagaan (M&C Saatchi Malaysia) dan pelaburan digital (Invictus Blue)

 

CYBERJAYA, 10 FEBRUARI 2022: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa M&C Saatchi Malaysia dan Invictus Blue telah dipilih sebagai Agensi Rekod Pemasaran (AOR) MDEC bagi tempoh 12 bulan.

Pelantikan kedua-dua agensi berkenaan adalah hasil daripada proses tender terbuka untuk perkhidmatan periklanan (media dan kreatif) yang telah dilaksanakan oleh MDEC pada Jun 2021. Semua permohonan telah melalui proses penilaian dan keputusan tender telah diselesaikan baru-baru ini, di mana M&C Saatchi Malaysia telah dianugerahkan AOR untuk segmen “rakyat dan perniagaan” manakala Invictus Blue untuk segmen “pelaburan digital” MDEC.

Agensi berkenaan akan mengetuai pelaksanaan kreatif untuk semua kempen pemasaran yang dirancang serta menyediakan pelan strategik perancangan dan pembelian media untuk mempromosikan program dan inisiatif MDEC dalam kedua-dua segmen tersebut.

M&C Saatchi Malaysia akan membantu dalam pelaksanaan program MDEC di bawah kemahiran dan pekerjaan digital serta teras ekosistem penerimaan digital, yang secara khusus menyasarkan segmen rakyat dan perniagaan. Program ini menyasarkan untuk membangunkan kemahiran digital rakyat Malaysia, meningkatkan serta melatih semula bakat tempatan dan memacu penerimaan digital di kalangan rakyat serta perniagaan.

Sementara itu, Invictus Blue akan menjalankan kempen pemasaran secara menyeluruh untuk teras pelaburan digital MDEC, yang menyasarkan untuk meletakkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital ASEAN serta menarik dan membangunkan keyakinan di kalangan pelabur tempatan dan antarabangsa.

MDEC gembira dengan pelantikan M&C Saatchi Malaysia dan Invictus Blue berikutan ini merupakan antara usaha ke arah ekonomi digital yang progresif dan dipacu digital. Kedua-dua agensi berkenaan akan memainkan peranan penting dalam memastikan program dan inisiatif MDEC berjaya dikomunikasikan kepada rakyat, perniagaan dan pelabur.

M&C Saatchi Malaysia adalah sebahagian daripada M&C Saatchi Group. Syarikat kreatif yang pernah memperoleh anugerah berkenaan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada awal 2003 dan ketika ini memiliki 90 orang bakat terbaik dalam industri.

Invictus Blue (sebelum ini dikenali sebagai Zenith Malaysia, pejabat pertama Zenith di Asia) ialah syarikat media yang menawarkan penyelesaian pemasaran berintegrasi penuh. Syarikat berkenaan ketika ini berjaya memperoleh anugerah Media Agency of The Year 2021 dari Media Specialist Association dan APPIES Advertising Agency of the Year 2021, yang telah membuktikan kewibawaan mereka dalam mengintegrasikan digital, data, rekaan dan keputusan dalam operasi mereka.

Agensi-agensi berkenaan telah dianugerahkan AOR menerusi proses tender terbuka dan ini menjadi bukti komitmen MDEC ke arah standard integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pengendalian operasinya. MDEC akan sentiasa berusaha untuk memutuskan rantaian rasuah dan berharap untuk bekerjasama dengan lebih banyak entiti melalui proses yang adil dan terbuka.

 

#TAMAT#

 

About Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ialah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi ekonomi digitak sejak 25 tahun lalu. Kami menyasarkan untuk membolehkan ekonomi digital yang progresif dan dipacu inovasi.

MDEC juga akan terus menerajui Malaysia ke arah menjadi negara digital yang kompetitif di peringkat global menerusi pembangunan dan pelaksanaan Malaysia Digital yang bermatlamat untuk mewujudkan limpahan ekonomi digital yang bernilai tinggi menerusi akses yang saksama kepada alatan, pengetahuan dan peluang pendapatan digital.

Berdasarkan rangka kerja baharu yang dibina di atas tiga komponen utama – Ketangkasan, Fleksibiliti dan Relevan – Malaysia Digital dirangka untuk meningkatkan cadangan nilai Malaysia bagi menarik pelaburan digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN

.#SayaDigital #MalaysiaDigital

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaa media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]

Hazel Hassan – [email protected]