16.03.2021
Kategori: 2021

MDEC Lantik Pengarah Jabatan Undang-Undang Untuk Pacu Misi ‘Mencipta Semula’

Jawatan baharu ini menunjukkan komitmen MDEC untuk memperkukuhkan pematuhan dan tadbir urus korporat

Cyberjaya, 16 Mac 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan pelantikan Shanti Ramu sebagai Pengarah Jabatan Perundangannya yang baharu bagi meneruskan misi ‘Mencipta Semula” yang dilancarkan baru – baru ini.

Susulan penyertaannya ke dalam MDEC, Shanti akan bertanggungjawab mengurus dan aspek undang-undang di agensi ini, mendorong kepatuhan dengan memberikan panduan perundangan, analisis mendalam dan mengesyorkan kaedah penyelesaian. Beliau juga dijangka akan mengembangkan, memimpin dan menerapkan amalan terbaik untuk jabatannya serta memberikan khidmat nasihat strategik dan komersial membabitkan semua bidang.

Perkembangan ini menandakan satu lagi komitmen penting dalam misi ‘Mencipta Semula’ MDEC serta merupakan langkah ke arah menjadi organisasi berprestasi serta berimpak tinggi. Agensi ini telah memulakan perubahan secara meluas di seluruh organisasi untuk memastikan prestasi optimum bersandarkan struktur baharunya.

“Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran Shanti.Beliau merupakan profesional yang berpengalaman dan mempunyai reputasi baik, seterusnya akan memainkan peranan penting ke arah memastikan pematuhan terhadap piawaian dan tadbir urus berdasakran prinsip ketelusan yang disasarkan MDEC untuk memacu industri.Saya gembira MDEC kini memiliki satu lagi bakat yang akan memantapkan usaha berterusan ke arah Malaysia 5.0 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat terintegrasi dengan teknologi, ditadbir oleh prinsip dan amalan inklusif dan adil, “kata Pengerusi MDEC, YBhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff.

Shanti memiliki pengalaman selama 27 tahun sebelum ini iaitu pernah berkhidmat selama 13 tahun di Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Kesetiausahaan Munchy Food Industries Sdn. Bhd. selain pernah berkhidmat di SMH Rail Sdn. Bhd. sebelum menyertai MDEC.

“Shanti akan menjadi bahagian penting di MDEC. Dalam situasi dunia hari ini yang semakin rumit, pengalaman dan pengetahuan luas yang dimilikinya akan membolehkan agensi memiliki kemampuan undang-undang yang menyeluruh serta meliputi pelbagai bidang. Shanti sesuai untuk memikul tanggjungjawab ini bagi menghadapi cabaran. Saya berharap dapat menggunakan kepakaran beliau ketika agensi sedang mengatur langkah untuk mencapai matlamat seperti disasarkan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL),” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

“Saya berbangga kerana dapat berkhidmat untuk negara menerusi MDEC dan yakin dengan pengalaman yang dimiliki akan membantu tugas untuk memantapkan lagi Jabatan Undang – undang sedia ada. Saya berharap dapat menyumbang kepada misi ‘Mencipta Semula’ MDEC dan menyokong erat usaha barisan kepimpinan yang mengutamakan kepatuhan dan tadbir urus korporat terbaik,” kata Shanti.

berdasarkan anggaran sumbangan 19.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Bank Dunia pula meramalkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.7 peratus untuk tahun ini. Berikutan pelancaran MyDIGITAL, jangkaan sumbangan ekonomi digital terhadap KDNK dianggarkan 22.6 peratus menjelang 2025.

MDEC dengan sokongan padu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan terus memimpin ekonomi digital ke hadapan bagi memastikan kemakmuran bersama untuk semua golongan rakyat dan ke arah mewujudkan Malaysia 5.0. Agensi ini akan memberi tumpuan kepada tiga teras strategiknya iaitu rakyat Malaysia berkemahiran digital, perniagaan diperkasa secara digital dan menarik pelaburan digital. MDEC komited untuk membantu menjayakan inisiatif MyDIGITAL untuk memastikan rakyat dapat memanfaatkan teknologi pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

Muat Turun PDF

-Tamat-

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diberi kepercayaan untuk meneraju ekonomi digital Malaysia untuk masa depan. Ditubuhkan pada 1996 untuk mengawalselia perkembangan inisiatif MSC Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan pelaburan digital di Malaysia.

MDEC fokus untuk mewujudkan pertumbuhan inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif pendigitalan di di seluruh negara yang sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Kerajaan 2030 dan dengan memantapkan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#LetsBuildTogether #DigitalMalaysiaForward

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Ekonomi Digital MDEC, sila layari laman web
https://mdec.my/ atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan, sila hubungi;
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]