18.08.2021
Kategori: 2021, CSR, industry, mdec, people

MDEC Hulur Bantuan Kepada Masyarakat Terkesan Akibat Pandemik

  • Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) #MDEC4Good diperluaskan lagi bagi mengurangkan impak COVID-19
  • Bantuan diberi dalam bentuk ‘food bank’, komputer riba untuk sekolah dan promosi pertanian bandar menggunakan AgTech

CYBERJAYA, 18 AUGUST 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi yang menerajui transformasi digital, hari ini mengumumkan pelbagai inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), program #MDEC4Good untuk membantu masyarakat setempat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Program CSR tersebut merangkumi beberapa inisiatif, iaitu Kempen Food Bank, program Pengaktifan Digital dan program Digital AgTech.

Kempen Food Bank

Kempen Food Bank tersebut telah mengagihkan bakul makanan kepada lebih 300 keluarga di beberapa penempatan yang memerlukan bantuan. Ini termasuk 255 keluarga di Desa Temuan, 17 keluarga di Kg Selayang dan 35 keluarga lain di Lembah Klang. Keluarga-keluarga ini telah dikenalpasti dengan kerjasama Exabytes menerusi inisiatif perkongsian makanan, FoodBank Digital mereka.

Barangan keperluan asas telah disumbangkan secara terus kepada keluarga yang terlibat oleh Exabytes, MYKampung Fresh Mart dan pasukan sukarelawan MDEC.

Pengaktifan Digital

Apabila sekolah ditutup, kelas dan pembelajaran terpaksa dijalankan secara dalam talian. Tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, ianya sesuatu yang amat mustahil bagi ibubapa untuk menyediakan peranti seperti komputer riba dan peralatan pembelajaran untuk anak-anak mereka. MDEC telah bekerjasama dengan Rentwise dan SNS Network, menyumbang komputer riba yang dilengkapi 20 pautan e-pembelajaran kepada 50 pelajar dari peringkat tadika, sekolah rendah dan menengah.

Rentwise telah menyediakan 20 komputer riba terpakai manakala SNS Network pula menyumbang 30 komputer riba baharu kepada sekolah-sekolah berikut:

  • Calon-calon SPM di Kampung Orang Asli Desa Temuan
  • SJK (T) Kajang
  • SK Pendidikan Khas Shah Alam
  • Para pelajar dalam kumpulan B40 di SMK Dato’ Abu Bakar Baginda, Bangi
  • SJK (T) FES Serdang
  • SK Parit 6, Sg Besar
  • SJKC Khai Chee, Segambut

Komputer riba tersebut telah dihantar oleh Bungkusit, salah satu rakan dalam platform Perkongsian Ekonomi MDEC sejak tahun 2018, dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran segera dan bantuan peribadi.

Digital AgTech

Dalam fasa CSR seterusnya, MDEC menerusi inisiatif Digital AgTech dan Gerakan #SayaDigital akan memulakan projek rintis pertanian bandar yang dikuasakan oleh Urban Farm Tech Sdn. Bhd. (rakan AgTech) untuk memangkinkan penggunaan digital dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di Desa Temuan.

Projek ini akan berlangsung sehingga September 2021, dengan menyaksikan pelaksanaan teknologi 4IR seperti sistem kawalan automasi parameter kritikal, hab sensor pelbagai guna, aplikasi mudah alih/platform yang menggunapakai data dan banyak lagi, di samping latihan AgTech yang akan meningkatkan kemahiran digital kepada lebih 50 peserta program.

“Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja berkisar kepada krisis kesihatan. Impak sosial dan ekonomi yang hadir bersamanya telah menyebabkan ramai yang kehilangan nyawa, apatah lagi kehidupan masyarakat yang banyak terkesan olehnya. Walaupun krisis ini bersifat global, namun ia sangat memberi impak mendalam kepada ahli masyarakat, terutama yang berada dalam kumpulan rentan. Inilah masanya untuk kita saling membantu dan menjaga sesama kita,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Sebagai tambahan, #MDEC4Good juga turut menyumbang kepada:

  • Menyerahkan bantuan kewangan kepada 21 OKU kurang penglihatan yang kebanyakkannya tinggal di Lembah Klang, di mana kehidupan mereka amat terkesan akibat pandemik dan memerlukan bantuan keperluan asas di rumah mereka.
  • Menghulurkan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Shan Dai Selangor untuk membantu kelangsungan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan tempat berteduh. Dahulu pusat tersebut kerap menerima pelawat dan penyumbang, namun kini mereka bergelut untuk mendapatkan dana dan derma, menerusi bantuan yang disumbangkan oleh MDEC, sedikit-sebanyak dapat meneruskan usaha yang sangat bermakna mereka ini kepada masyarakat.

“Kita semua mempunyai peranan yang besar dalam membantu masyarakat setempat yang amat memerlukan ketika keadaan yang mendesak kini. Menerusi kempen #MDEC4Good, kami di MDEC dapat menyumbang bantuan yang praktikal, peralatan dan latihan yang diperlukan oleh mereka agar dapat bertahan ketika pandemik. Sesungguhnya, saya berharap kita akan saling menjaga satu sama lain dan membina negara agar berdaya tahan bersama-sama.  

“Setiap daripada kita sangat terkesan akibat pandemik COVID-19, terutamanya dalam kalangan kumpulan rentan masyarakat. Oleh kerana itu, MDEC sangat komited untuk memperluaskan aktiviti CSR kami menerusi program #MDEC4Good, dan diharapkan ia akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat kita yang terkesan olehnya,” tambah Surina.

Menyatakan rasa syukur terhadap bantuan yang diberikan, Mohd Nizar B Mohd Shahbi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung, Keselamatan Orang Asli (JPKKOA) dari Kg Orang Asli Desa Temuan mengucapkan terima kasih kepada MDEC. “Kami sangat bersyukur di atas bantuan yang diberikan menerusi program #MDEC4Good dan rakan-rakan mereka. Dalam keadaan getir sekarang, menerusi bantuan dan sokongan digital yang diberikan, dapat membantu masyarakat dan keluarga kami untuk terus bertahan ketika pandemik ini.”

Bantuan-bantuan penting dalam program #MDEC4Good telah dihantar dengan kerjasama penyedia perkhidmatan teknologi tempatan seperti Exabytes, Rentwise dan SNS Network, yang juga merupakan ahli GAIN MDEC. Untuk maklumat lanjut mengenainya, sila klik di sini.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]