21.10.2021
Kategori: industry

MDEC Umum AI and Data Week 2021 untuk Terus Memangkinkan Adaptasi Teknologi

  • AIDW 2021 ialah acara maya selama seminggu yang menyasarkan untuk memupuk adaptasi teknologi data di kalangan perniagaan rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan pembangunan ekosistem data Malaysia
  • Acara utama adalah pada 26 Oktober yang bertemakan “AI di Malaysia – Bersaing Menuju Masa Depan”, dianjurkan bersama dengan Kearney

CYBERJAYA, 21 OKTOBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital, hari ini mengumumkan AI and Data Week 2021 (AIDW 2021), acara maya selama seminggu yang memberi tumpuan kepada Internet untuk Segalanya (IoT), Data dan Kecerdasan Buatan (AI).

Dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 29 Oktober 2021, AIDW 2021 menyasarkan untuk memangkinkan adaptasi data di kalangan perniagaan rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan pembangunan ekosistem data Malaysia.

AIDW 2021 akan menganjurkan bual bicara dan perbincangan oleh pakar data dan industri dengan tujuan untuk memupuk ekosistem data dan AI yang berkembang maju terutamanya daripada segi pemikiran, integrasi dan adaptasi IoT, Data dan AI di kalangan perusahaan, pekerja profesional, pegawai kerajaan dan orang awam.

Perbelanjaan dipacu data di Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang rancak. Kajian MDEC yang ditugaskan kepada IDC mendapati pasaran data raya dan analisis Malaysia dijangka berkembang dari US$1.1 bilion (RM4.5 bilion) pada 2021 kepada US$1.9 bilion (RM7.89 bilion)  pada 2025.

Selain itu, laporan Kearney berkenaan masa depan AI di Asia Tenggara mendapati walaupun adaptasi AI di rantau ini masih di peringkat awal, dengan penggunaan dan pelaksanaan AI yang betul akan menambah sekitar US$115 bilion kepada KDNK Malaysia menjelang 2030.

“Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang ketara dalam adaptasi dipacu data di kalangan organisasi dan perniagaan. MDEC dan kerajaan Malaysia telah menyedari kepentingan data bukan sahaja memacu keberkesanan dan menambah baik tadbir urus tetapi juga mengembangkan ekonomi digital Malaysia.

“AIDW 2021 berperanan sebagai salah satu platform utama kepada kami untuk mempercepatkan ketersediaan, kebolehcapaian dan kegunaan data dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia. Menerusi kejayaan mengadaptasi data dan AI, kami boleh memacu ekonomi digital yang produktif, progresif dan inklusif selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Selain menganjurkan bual bicara dan perbincangan topik berkenaan IoT, Data dan AI, AIDW 2021 akan menampilkan acara utama yang dianjurkan secara bersama dengan firma perunding pengurusan global, Kearney yang akan menawarkan perbincangan lebih mendalam berkenaan topik khususnya AI.

 

Acara tumpuan AIDW 2021 termasuklah:

  • Acara Utama: AI di Malaysia – Bersaing Menuju Masa Depan

Dianjurkan secara bersama antara Kearney dan MDEC, acara utama ini menawarkan dua rundingan meja bulat eksekutif yang bertujuan untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan Malaysia untuk merealisasikan potensi penuh AI.

(26 Oktober, 9.00am – 12.30pm)

  • Pengganggu Masa Depan: Terima, Adaptasi atau Gagal

IoT, Data dan AI telah mendorong industri ke arah masa depan dan mengganggu proses tradisional. Untuk terus bertahan, amat penting kepada industri dalam semua sektor untuk belajar dan memahami pelaksanaan teknologi data kepada perniagaan dan pengguna.

(25 Oktober, 10.00am – 5.00pm)  

  • Memperkasa Sektor Pertanian dengan Teknologi Digital

Dipupuk dengan kehadiran teknologi pertanian (AgTech), sesi panel yang bermakna ini akan menyaksikan petani digital berkongsi pengalaman mereka dalam mengekalkan dan meningkatkan penggunaan AgTech untuk menambah baik kesejahteraan orang ramai.

(27 Oktober, 2:30pm – 4:00pm)

Untuk menyertai AIDW 2021, sila layari https://mdec.my/aidw.

Bersempena dengan AIDW 2021, MDEC akan memperkenalkan DataKITA.Hub, iaitu platform yang direka untuk membantu perniagaan untuk memulakan dan mengembangkan perjalanan data mereka.

Berperanan sebagai pusat sehenti untuk segala perkara berkaitan AI dan data, platform ini menawarkan peta data tempatan dan penggiat ekosistem AI yang komprehensif. Platform ini juga akan ditambah kelak dengan katalog penyedia Data Produk serta Perkhidmatan  tempatan dan koleksi data berkaitan kes penggunaan serta kisah kejayaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DataKITA.Hub, sila layari https://mdec.my/datakita/datakita-hub/

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]