19.03.2021
Kategori: 2021, CIMB, industry, people

MDEC dan CIMB Bank Tingkatkan Keupayaan Digital Petani melalui Automasi, IoT dan Kemudahan Kewangan

  • Inisiatif mencari fakta untuk mengukur sokongan yang diperlukan bagi petani untuk terus mendigitalkan operasi mereka dan memungkinkan mereka menggunakan sepenuhnya teknologi terkini
  • Ini termasuk mencari tahu apa keperluan petani untuk mempercepat dan meningkatkan usaha digital mereka dan berinovasi untuk pertumbuhan jangka panjang

Banting, 19 Mac 2021: Bagi meneruskan usaha mendorong inovasi teknologi digital dalam sektor pertanian, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan CIMB Bank Group (CIMB) bekerjasama melaksanakan program latihan terperinci bersama kumpulan petani digital di Kuala
Langat, Selangor. Hari ini berlangsung program lawatan oleh kepimpinan tertinggi kedua-dua syarikat yang meluangkan masa untuk bertemu dengan ahli -ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKKL). Lawatan ini juga bertujuan untuk mengetahui pencapaian kumpulan petani berkenaan yang telah menggunapakai pendekatan teknologi dalam aktiviti perladangan mereka sejak program ini dilancarkan pada 2018.

Lawatan ini akan membolehkan MDEC dan CIMB untuk lebih memahami keperluan semasa kumpulan petani ini serta pada masa sama turut berkongsi trend terkini teknologi yang dapat meningkatkan perjalanan digital mereka secara berterusan. Ini termasuk menilai kemampuan teknologi terkini, memahami usaha yang telah dilakukan oleh petani ini dengan bantuan MDEC, CIMB dan rakan strategij yang lain untuk mengubah industri pertanian.

Sejak berkembang teknologi pertanian dan diaplikasikan di ladang terpilih di Kuala Langat serta sokongan dan kerjasama dengan PPKKL (melalui projek perintis cili yang diperkenalkan empat tahun lalu), para petani ini telah berjaya meningkatkan kualiti hasil tanaman.

Program Pertanian Digital memainkan peranan penting dalam membantu petani Malaysia menggunakan penyelesaian pertanian digital untuk meningkatkan kecekapan dan hasil tanaman. Inisiatif program ini menyaksikan para petani mengadaptasi sistem fertigasi yang diaktifkan oleh teknologi Internet Kebendaan (IoT) yang telah membantu mengurangkan penggunaan baja bulanan sebanyak 20 peratus selain menjimatkan tenaga kerja sehingga 50 peratus. Pada masa sama, kaedah yang digunakan turut berhasil meningkatkan kualiti hasil (cili Gred A) sehingga hingga 90
peratus.

“Tujuan lawatan ini juga bertujuan untuk melihat bagaimana MDEC dapat mengembangkan kemampuan petani dengan menggunakan teknologi pertanian dan penyelesaian lain yang dipacu IoT. Sektor pertanian merupakan asas kepada ekonomi negara dan MDEC telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memastikan petani menikmati peningkatan hasil dan mentransformasikan kaedah pertanian. Usaha MDEC selaras dengan perincian oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan
Ekonomi (PEMERKASA) semalam terutama di bawah Inisiatif ke-11 (Automasi dan Digitalisasi) dan ke-12 (Mengurangkan Jurang Digital). MDEC akan terus berusaha menjayakan agenda nasional dan Malaysia 5.0 sebagai kenyataan, “kata Pengerusi MDEC, YBhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin
Mohamed Ariff.

Beliau menambah, MDEC akan terus membawa inovasi dan penyelesaian kepada petani dan sedang berusaha untuk melonjakkan sektor meningkatkan agro pertanian berasaskan teknologi di Malaysia untuk manfaat golongan petani selain menyokong inisiatif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) untuk berkongsi kemakmuran bersama untuk semua golongan rakyat. Lawatan ini memperlihatkan penggunaan platform digital untuk fertigasi dan pengesanan tanah di dua ladang di PPKKL dan bagaimana kaedah berkenaan membantu dalam meningkatkan hasil tanaman.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, berdasarkan pengamatannya, sebelum pandemik COVID-19 melanda sehingga sekarang, beliau melihat perkembangan memberangsangkan apabila pendekatan teknologi yang digunakan dalam sektor pertanian di Malaysia semakin meningkat. Ujarnya lagi, golongan belia kini lebih terbuka terhadap idea mendigitalkan sektor pertanian serta kembali berminat untuk terlibat dengan lebih aktif. “Saya berasa kagum dengan semangat yang ditunjukan oleh anak muda terhadap bidang ini. Sebenarnya, sebelum COVID-19 melanda, jumlah belia yang bekerja atau mengusahakan ladang-ladang pertanian yang diperkasa secara teknologi sudah ramai dan MDEC telah melihat hasil melalui idea inovatif mereka. Saya percaya mereka menceburkan diri kerana percaya mampu memberi sumbangan positif untuk mentransformasikan sektor ini,” katanya.

“Ketika kami melancarkan program ini bersama MDEC, ia bertujuan untuk memastikan supaya teknologi lebih mudah untuk diakses oleh petani PPKKL. Empat tahun kemudian, kita menyaksikan pelbagai kemajuan telah dicapai peserta dengan penerapan inovasi baharu. Pada masa sama, golongan belia semakin ramai memasuki industri ini kerana mereka melihat peluang dan potensi pertumbuhan. Sudah jelas bahawa digitalisasi pertanian membawa maksud yang lebih meluas termasuk meningkatkan proses operasi, pengembangan kemampuan digital ekosistem dan mengemas kini pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerja,” kata Ketua PPKL, Dr Hj. Abdul Razak Kasbollah.

Dengan bantuan MDEC dan rakan kewangannya seperti CIMB, PPKKL dapat menggunakan teknologi baharu ini untuk meningkatkan hasil tanaman serta pengurusan kitaran pertumbuhan selain turut menjadi pengguna digital baharu membabitkan dompet digital dan perbankan, pengurusan
peranti dan pengurusan jarak jauh.

Bagi Surina, ini merupakan langkah progresif untuk rakyat Malaysia kerana mereka dengan cepat bergerak untuk merangkul peluang yang ditawarkan pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) mula menggunakan inovasi digital terkini secara lebih kerap. “Penggunaan peranti dan perkhidmatan IoT, kecerdasan buatan, pengesanan sensor aktif dan proses automatik telah memantapkan teknologi pertanian sebagai sektor yang mempunyai potensi besar untuk terus mencatatkan pertumbuhan dan perubahan,” tambahnya.

Mengetahui bagaimana terdapat banyak potensi ‘tersembunyi’ dalam bidang bini, MDEC yakin usaha berterusannya akan memungkinkannya anjakan paradigma untuk sektor pertanian. Selain itu, petani dan bakat digital yang ingin berada di ruang ini sekarang mencari teknologi untuk mendigitalkan aktiviti pertanian, meningkatkan hasil tanaman dan penjimatan kos melalui gerak kerja yang lebih
bersistematik dan cekap.

Muat Turun PDF

– Tamat –

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara ke hadapan.

Ditubuhkan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan menarik pelaburan digital di Malaysia.
MDEC fokus untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di seluruh negara yang selaras dengan Wawasan Kemakmuran 2030 dan dengan tegas menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKehadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC
sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan, sila hubungi :
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]