06.05.2021
Kategori: 2021, Australia, industry, investors

MDEC dan Austrade Jemput Syarikat Teknologi Sertai Bursa Teknologi Australia-Malaysia (AMTX)

  • Susulan MoU yang ditandatangani pada Januari 2021, inisiatif AMTX akan membuka jalan kepada syarikat yang berminat untuk perdagangan dan pelaburan digital dua hala.

  • Inisiatif melibatkan kerjasama Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (Austrade) serta disokong oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan bermula dengan acara maya pada 6 Mei 2021 .

CYBERJAYA, 6 MEI 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama yang diberi mandat untuk transformasi ekonomi digital negara mengumumkan kerjasama dengan Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (Austrade) bagi melaksanakan Bursa Teknologi Australia – Malaysia (AMTX) iaitu inisiatif untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan digital dua hala. Sehubungan itu, syarikat -syarikat teknologi dari kedua – dua negara dijemput menyertai sesi webinar yang berlangsung pada 6 Mei 2021.

Perkembangan ini menyusul selepas kedua – dua negara pada Januari lalu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan hubungan diplomatik dan perdagangan menerusi Rakan Kerjasama Komprehensif-Strategik (CSP).

“Australia merupakan rakan dagang penting kepada Malaysia dan MDEC berharap dapat membina hubungan yang lebih erat dalam bidang perdagangan dan pelaburan digital melalui program ini. MDEC turut komited untuk memberikan sokongan terbaik bagi mengukuhkan ekosistem teknologi di kedua-dua negara dan seterusnya mencapai kejayaan bersama. Kerjasama yang berkesan akan meningkatkan inovasi ketika negara dan MDEC berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), ”kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

“Austrade melihat AMTX sebagai platform perniagaan untuk menyokong dan meningkatkan perkongsian awam dan swasta serta penyedia perkhidmatan teknologi dan syarikat besar dengan sokongan dari kerajaan Australia dan Malaysia.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan MDEC untuk memulakan dan menjayakan perjalanan yang menarik ini. Kami yakin bahawa AMTX akan memberi peluang perdagangan dan pelaburan yang besar bagi penyedia perkhidmatan teknologi dan menghasilkan peningkatan faedah kepada ekonomi masing-masing,” kata Paul Sanda, Pesuruhjaya Kanan Austrade.

Dalam usaha menarik dan memudahkan syarikat teknologi Australia untuk beroperasi di Malaysia, MDEC menawarkan Program Usahawan Teknologi Malaysia (MTEP) yang memberikan pas selama setahun kepada usahawan baharu dan pas lima tahun kepada syarikat yang sudah mapan. Di samping itu, program Hab Digital Malaysia (MDH) juga bersedia untuk menyokong ruang kerja bersama yang memudahkan lagi kemasukan ke Malaysia untuk syarikat teknologi Australia.

MDEC dan Austrade juga telah menyediakan platform sehenti untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepada syarikat teknologi yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pangkalan pengembangannya di rantau Asia Tenggara dan kawasan sekitarnya. Syarikat yang berminat hanya perlu mengisi borang menerusi pautan disediakan di bawah dan MDEC akan memberikan bantuan yang diperlukan.

“MDEC gembira kerana dapat memperluaskan program pertukaran teknologi dengan Austrade. Pelbagai kisah kejayaan telah dicapai membabitkan hubungan perdagangan dua hala ini. MDEC yakin kerjasama ini akan memberikan faedah dan mengembangkan ekonomi digital di Malaysia dan Australia ketika kita terus berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang adil, inklusif dan terintegrasi dengan teknologi sejajar dengan Malaysia 5.0,” kata Gopi Ganesalingam , Naib Presiden Bahagian Perniagaan Bertenaga Digital MDEC.

Sebelum ini, syarikat teknologi Malaysia, Aerodyne telah meraih kejayaan di Australia menerusi penglibatan dalam teknologi dron, teknologi data dan transformasi digital malahan peranan dalam teknologi pertanian telah memberi impak di negara berkenaan. Syarikat Malaysia lain yang turut memberikan impak di pasaran Australia termasuk Soft Space, MoneyMatch dan LGMS.

AMTX diperkenalkan untuk mendorong kerjasama digital membabitkan syarikat -syarikat teknologi dari kedua-dua negara untuk merintis kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala dalam ekonomi digital. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan platform dan menyokong kerjasama serta inovasi dalam ekonomi digital termasuk berusaha untuk mengurangkan halangan perdagangan digital dan mempromosikan peraturan perdagangan digital yang konsisten dan terbuka di rantau ini.

Usaha ini adalah sebahagian daripada CSP yang diumumkan pada bagi menyokong kerjasama membabitkan tiga bidang iaitu kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi dan pertahanan dan keselamatan wilayah.

Kedua-dua negara telah bekerjasama erat dalam perdagangan dan pelaburan digital selama beberapa dekad. Pelaburan Australia di Malaysia sejak 1997 hingga 2018 di Koridor Raya Multimedia (MSC) berjumlah RM2.53 bilion (AS $ 617 juta) dengan 41 syarikat aktif di pasaran. Syarikat teknologi Australia tertarik dengan iklim pelaburan Malaysia berdasarkan faktor lokasinya yang strategik, persekitaran perniagaan yang menarik dan kemudahan infrastruktur yang lengkap.

Australia juga merupakan pasaran utama bagi banyak syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dengan negara tersebut menjadi pasaran untuk menguji produk sebelum memasuki pasaran Eropah dan Amerika Utara. Sejak beberapa tahun lalu, sebanyak 11 syarikat teknologi Malaysia telah disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia (ASX) dan menjadikan negara ini sebagai alternatif yang ideal untuk pengumpulan modal.

Sejak dimulakan, program akses pasaran MDEC telah menjalin kerjasama dengan lebih dari 200 pihak di seluruh dunia dan menjalin lebih dari 800 peluang padanan perniagaan untuk syarikat. Usaha ini menyumbang pendapatan eksport digital lebih AS $ 1 billion. MoU baru ini pula diyakini akan meneruskan kejayaan yang dicapai dan mengeratkan lagi hubungan digital antara kedua-dua negara.

Sehingga kini, MSC Malaysia telah menarik pelaburan keseluruhan sebanyak RM345 bilion dan mewujudkan hampir 185,000 pekerjaan. Pelaburan yang diterima melibatkan pelbagai negara dan syarikat antarabangsa yang membuka perkhidmatan perniagaan global dan operasi serantau mereka di Malaysia. Malaysia juga menduduki tempat kedua di ASEAN dan ke-26 global dalam World Competitiveness Ranking 2020′ dikeluarkan Institut Pengurusan Pembangunan (IMD).

Mempunyai pelbagai kelebihan seperti tenaga kerja yang berkemahiran, kemampuan bertutur pelbagai bahasa dan berkemahiran digital serta faktor lain seperti kemudahan infrastruktur yang lengkap serta ekosistem ekonomi digital yang maju telah meletakkan Malaysia sebagai penggerak utama bagi perkhidmatan perniagaan digital bernilai tinggi di rantau ini.

AMTX kini dibuka untuk pendaftaran. Syarikat teknologi, syarikat dan rakan kongsi dari kedua-dua negara boleh melayari pautan https://mdec.my/amtx untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam acara maya ini.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

About Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) is a government agency under the purview of the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia entrusted to lead Malaysia’s digital economy forward.

Incorporated in 1996 to oversee the development of the MSC Malaysia initiative, MDEC’s primary mandate today is to accelerate the growth of digitally-skilled Malaysians, digitally-powered businesses and digital investments in Malaysia. MDEC is focused on creating inclusive, high-quality growth through the nationwide digitalisation initiatives that are in line with the Government’s Shared Prosperity Vision 2030 in line with Malaysia 5.0 and firmly establishing Malaysia as the Heart of Digital ASEAN.

#LetsBuildTogether #DigitalMalaysiaForward

To find out more about MDEC’s Digital Economy initiatives, please visit us at www.mdec.my or follow us on:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

For media queries, kindly contact:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]

About Australia Trade and Investment Commission (Austrade)
The Australian Trade and Investment Commission – Austrade – is Australia’s leading trade and investment agency. We are experts in connecting Australian businesses to the world and the world to Australian businesses.

We have a proud history of helping Australian businesses pursue their global ambitions and have the power to open doors, unlock opportunities and help Australian businesses go further, faster.
We help attract game-changing investment to Australia, to support new industries, enhance existing ones and bolster our world-class research and development – strengthening global supply chains, creating local jobs and boosting the economy.

With over 80 offices around the world, our experts in Australia and abroad collaborate to provide the best ‘in-country’ advice. Our diverse team, consisting of country experts, industry specialists, and trade and investment analysts, provides clients with actionable macro and micro insights.

From trade and investment processes to protocols and regulation – we help Australian businesses, big or small, navigate complex overseas markets and make it easier for them to go global. At the same time, our advice, contacts and support at every step, reduce the commercial risk of exporting to overseas markets.
And, our work continues. At a time of increasing global uncertainty, we are transforming our services, to help ensure Australia’s growth and a global future for all.

Twitter: @Austrade / @AustradeKL
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/australian-trade-commission/mycompany/
Website: https://www.austrade.gov.au/