26.10.2021
Kategori: industry, people

Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 Bakal Menyatukan dan Memperkukuh Industri Kreatif Asia Tenggara

  • Sepanjang November 2021, MYDCF akan menampilkan pelbagai program untuk mengukuhkan industri animasi dan permainan video di rantau ini, termasuk pameran kerjaya, Anugerah Permainan Asia Tenggara dan kejohanan e-sukan
  • MYDCF akan menampilkan pra-pelancaran Malaysian Game Store, platform penerbitan digital untuk permainan buatan Malaysia

 

CYBERJAYA, 26 OKTOBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, bakal melangsungkan Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 sepanjang bulan November 2021.

Dengan matlamat untuk mengukuhkan industri kreatif sepenuhnya, MYDCF bakal menjadi asas dalam mempertingkatkan kesedaran orang ramai dan mengangkat agenda digitalisasi negara.

“Dengan pasaran global bernilai AS$432 bilion pada tahun 2020, industri kreatif digital memainkan peranan penting bukan sahaja dalam fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19 selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), tetapi juga ke arah pembangunan ekonomi digital Malaysia seperti dirangka dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

“MYDCF adalah satu lanjutan daripada pelbagai program MDEC demi menyokong industri dan menggalakkan penyertaan belia dalam sektor pertumbuhan tinggi ini. Kami bukan sahaja berhasrat untuk mengukuhkan lagi ekosistem kreatif digital di Malaysia, malah untuk mempromosikan kerjasama serantau dan untuk meraikan tawaran terbaik kami. Malaysia mempunyai aspirasi besar untuk menjadi Nadi Digital ASEAN dan hab kandungan kreatif – MYDCF bakal menjadi langkah penting ke arah itu,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Menurut Gopi Ganesalingam, Ketua Pegawai Industri Digital (CDIO) MDEC, “Di sebalik mandat kami untuk memajukan ekonomi digital yang mampan dan memperkukuh industri, MYDCF juga berfungsi sebagai sandbox untuk memupuk kemampanan, inovasi dan sokongan berterusan dalam ruang kandungan digital dengan meluaskan ruang ini kepada pencipta dan pengguna untuk berhubung dan memupuk antara satu sama lain.”

Pelbagai program interaktif dan menghiburkan akan diadakan sepanjang bulan ini dan sebahagian daripada tumpuan utama ekspo ini adalah:

  • Pameran Kerjaya

MYDCF bakal menampilkan lebih daripada 200 jawatan kosong dan lebih 50 syarikat yang aktif mengambil pekerja. Selain peluang pekerjaan, ACESTAR juga bakal mengadakan sesi bimbingan kerjaya dengan pemain industri baru yang ingin berkembang dengan studio-studio sedia ada, manakala PlayStation Studios, Bandai Namco, Streamline dan Codemaster akan mengadakan ceramah kerjaya.

  • Anugerah Permainan Asia Tenggara

Meraikan studio permainan indie dan pemaju permainan dari rantau Asia Tenggara. Dengan kerjasama EGGNETWORK, acara ini difokuskan bagi mengetengahkan tawaran terbaik oleh industri permainan rantau Asia Tenggara kepada dunia.

  • Anugerah Kre8tif!

Anugerah Kre8tif! Asia Tenggara dianjurkan oleh MDEC untuk mencari dan mengiktiraf pencipta animasi yang berbakat dan memberi penganugerahan kepada karya luar biasa mereka. Penganjuran anugerah ini disertai oleh lebih 65 negara termasuk Hungary, Sweden, Amerika Syarikat dan Brazil. Antara juri hakim anugerah ini ialah Carlene Tan dari Cartoon Network, Eka Chandra dari Asosiasi Industri Animasi Indonesia, Nop Dharmavanich dari Thai Animation and Computer Graphics Association dan Nohadznita Hj Mohammad Ilham dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

  • Kejohanan e-sukan

Kejohanan ini akan diadakan bersama-sama dengan kerjasama bersama penganjur e-sukan seperti Rev Media Group, ESDK Services, Gamesbond, Flash Vision, Kitamen, Malaysia Esports Arena dan Axis Esports untuk menarik pemain dari PUBG Mobile, Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Apex Legends, Free Fire, Valorant, Wild Rift, Ejen Ali : Agents Arena, FIFA22, Street Fighter V, Tekken 7, King of Fighter 14 dan Guilty Gears. Para pemenang bakal membawa pulang hadiah keseluruhan sehingga RM70,000.00. Terdapat juga Masterclass yang akan diadakan untuk DOTA2, MLBB dan e-sports shoutcasting.

  • LEVEL UP KL Junior Shoutcasting Challenge 2021

Kombinasi yang menggabungkan bengkel, sesi bimbingan dan juga pertandingan, pertandingan ini akan menampilkan lebih 200 pelajar sekolah dengan tujuan untuk membentuk kumpulan bakat yang kukuh dan mencungkil bakat dalam industri kreatif. Pemenang akan berpeluang untuk berganding bersama profesional di LEVEL UP KL Junior Cup 2021 dan MLBB Professional League MY 2022.

  • SIGGRAPH Asia @ MYDCF

MDEC telah bekerjasama dengan SIGGRAPH Asia bagi menjalankan promosi silang untuk komuniti penyelidikan teknologi grafik komputer. Dalam acara tersebut, SIGGRAPH akan berkongsi mengenai penerbitan Raya and the Last Dragon, Baymax Dreams dan teknologi/perisian /perkakasan terkini industri hiburan yangi digunakan dalam filem box office.

  • Pembentangan Kertas Akademik

Pembentangan oleh ahli akademik dari universiti yang turut mengambil bahagian seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Universiti Taylors, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Multimedia MMU mengenai penyelidikan mereka berkenaan industri yang mempromosikan penyelidikan dan perkembangan dalam teknologi grafik komputer. Beberapa topik yang akan dibincangkan adalah tentang elakkan dari memuliakan bunuh diri dan menyakiti diri sendiri dalam animasi, boneka stop motion 3D, token tidak mudah alih (NFT) dan penyakit siber dalam video VR 360 darjah.

  • Comic Art Festival

Comic Art Festival adalah acara yang berfokus kepada pencipta untuk meraikan kreativiti dan kepelbagaian di sebalik seni ilustrasi, pembuatan komik dan bidang visual yang berkaitan. Bersama Comic Fiesta dan Alliance Francaise de Kuala Lumpur, festival ini akan menyediakan ruang untuk pendidikan berkenaan komik dan pembuatan komik dan platform rangkaian sosial untuk pelukis dan peminat.

MYDCF 21 juga akan menyaksikan pra-pelancaran Malaysian Game Store, sebuah penerbitan digital pertama bagi permainan buatan Malaysia, satu platform kerjasama bersama MDEC bagi membuka jalan bagi studio di Malaysia untuk mengembangkan peluang perniagaan mereka.

Seiring dengan itu, Monsta Studio, pemenang anugerah dan pencipta pelbagai harta intelek mesra keluarga seperti Boboiboy, yang disokong oleh MDEC, juga akan melancarkan usaha baru mereka di festival ini.

MYDCF 2021 akan menampilkan ekspo gamified untuk para pengunjung. Melalui aplikasi web, orang ramai boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan peserta pameran; menonton kandungan pentas maya; membeli produk dan perkhidmatan; dan mencipta avatar unik mereka sendiri.

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi menangi barangan fizikal dan maya, termasuk Sony PlayStation 5.

“Industri kandungan kreatif digital yang progresif dan inklusif memerlukan sokongan semua pihak berkepentingan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami EGGNETWORK, ACESTAR, SIGGRAPH Asia, Comic Fiesta, Alliance Francaise de Kuala Lumpur, dan universiti yang mengambil bahagian untuk menjayakan MYDCF,” tambah Mahadhir.

Daftar untuk menyertai MYDCF 2021 melalui https://mydcf.my/.

 

#END#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

For media queries, kindly contact:

Simon Yap – [email protected]

Hazel Hassan – [email protected]