08.11.2021
Kategori: industry, investors

Hab Perniagaan Perkhidmatan Global Huntsman di Kuala Lumpur Tawar Peluang Pekerjaan dan Manfaat Ekonomi

  • Pembuat global dalam bahan kimia dibezakan dan khusus akan mengembangkan pejabat perkongsian perkhidmatannya di Kuala Lumpur, menjadi hab GBS global dan rantau Asia Pasifik
  • Hab berkenaan dijangka mewujudkan 100 pekerjaan untuk pekerja berpengetahuan dan berpengalaman dalam kemahiran automasi, analisis data dan pengimejan

 

CYBERJAYA, 8 NOVEMBER 2021: Huntsman Corporation, pembuat dan pemasar bahan kimia dibezakan global, sedang mengembangkan kehadiran perkhidmatan perkongsian di Kuala Lumpur, di mana syarikat berkenaan akan menjadikannya sebagai hab Perniagaan Perkhidmatan Global (GBS) untuk pasaran global dan rantau Asia Pasifik.

Organisasi GBS baharu berkenaan akan menyediakan sokongan bernilai tinggi kepada perniagaan Huntsman di seluruh dunia, untuk membolehkan mereka mengimbangi kos, perkhidmatan, nilai dan kepantasan yang lebih baik, dalam usaha untuk terus melakukan penambahbaikan dalam setiap aspek perniagaan.

Pengembangan berkenaan juga akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan di Malaysia dan dijangka memberi manfaat ekonomi sekitar RM12 juta hingga RM15 juta setiap tahun.

Perancangan Huntsman ini mendapat sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara. Ia juga sebahagian daripada Strategi Pelaburan Masa Depan5 (DIF5), iaitu bermatlamat untuk mengembang dan menarik pelaburan untuk memajukan ekonomi digital Malaysia selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Malaysia merupakan lokasi utama industri GBS. Menurut kedudukan Indeks Lokasi Perkhidmatan Global AT Kearney, Malaysia menduduki tangga ketiga di belakang India dan China sebagai lokasi GBS paling kompetitif di dunia. Syarikat GBS merupakan penyumbang terbesar kepada prestasi keseluruhan MSC Malaysia, iaitu meliputi sehingga 50 peratus pelaburan, 66 peratus eksport dan 61 peratus penciptaan pekerjaan.

Menurut Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), sektor perkhidmatan global dijangka mencapai nilai RM89 bilion menjelang 2025.

“Selaras dengan MyDIGITAL dan RMK12, DIF5 menyasarkan untuk menarik pelaburan tambahan sebanyak RM50 bilion dalam ekonomi digital dan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi.

“Kami merancang untuk bekerjasama dengan industri untuk memastikan sasaran ini dicapai. Kerjasama dengan Huntsman ini telah membantu kami untuk berada di landasan yang betul dalam menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN. Kami berterima kasih kepada Huntsman kerana sudi bersama kami dalam perjalanan ini,” kata Raymond Siva, Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Jenama dan Ketua Pegawai Pemasaran, MDEC.

Pembangunan hab GBS baharu Huntsman akan dijalankan secara berfasa dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

“Keupayaan pasukan kami telah berkembang untuk menjalankan aktiviti global dan serantau yang lebih kompleks yang akan membantu perancangan operasi global kami direalisasikan,” kata Sunil Rajamony, Ketua Hab dan Pengarah Perkhidmatan Perkongsian Perakaunan Asia Pasifik (APAC).

“Kami melabur untuk pasukan sedia ada di Kuala Lumpur, mengembangkan pasukan perkhidmatan dan fokus kepada sokongan bernilai tinggi untuk fungsi tambahan seperti Sumber Manusia, Kredit dan Pembelian.”

Huntsman menjangkakan pasukan GBS akan meningkat sekurang-kurangnya 100 orang beberapa tahun akan datang dan akan meningkatkan keupayaan spesifik seperti automasi pintar, analisis data, pengimejan, Lean Six Sigma dan penambahbaikan berterusan. Ketika ini, Huntsman memiliki 160 orang pekerja di Kuala Lumpur.

“Kami menjangkakan majoriti pekerja baharu kami akan diambil di Malaysia,” kata Sunil. Kami akan terus melihat bakat berkualiti tinggi tempatan dalam Perakaunan, IT dan bidang lain menerusi operasi kami. Dengan kami meningkatkan GBS di Kuala Lumpur, akan terdapat permintaan tinggi dalam bakat berkenaan.

Selain itu, Sunil menekankan latihan pekerjaan akan menjadi faktor utama dalam proses transisi. Huntsman menawarkan pengalaman yang mencabar bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja termasuk latihan personaliti, pembangunan pelan serta hala tuju dan kamajuan kerjaya dengan teliti.

“Kami menawarkan peluang kerjaya yang telus dan mempromosikan mobiliti dalaman merentas bahagian, divisyen dan negara,” tambah Sunil.

Huntsman aktif dalam mengambil pekerja di hab GBS dan menggalakkan sesiapa yang berminat bekerja dalam pasukan yang berbilang budaya boleh layari huntsman.com/careers.

Syarikat berkenaan memilih Kuala Lumpur sebagai hab GBS disebabkan kedudukannya yang strategik di Asia Pasifik dan menyediakan akses mudah ke lokasi lain di dalam dan luar rantau ini. Tambahan pula, kumpulan bakat Malaysia yang berbilang bahasa membolehkan Huntsman untuk melaksanakan operasi serantau tanpa mengambil kira lokasi fizikal di negara tersebut.

Huntsman menghargai persekitaran perniagaan Malaysia atas pelbagai faktor. Negara ini memiliki infrastruktur yang cemerlang dan mantap, selain perkhidmatan telekomunikasi yang baik termasuklah perhubungan jalur lebar.

“Terdapat insetif cukai yang menarik,” tambah Sunil. “Ekosistem perniagaan di Malaysia sangat menguntungkan berikutan dasar mesra perniagaan, infrastruktur dan sambungan bersepadu. Ditambah dengan bakat berkualiti tinggi, telah menjadikan Kuala Lumpur sangat menarik

MDEC telah menyediakan sokongan kepada pusat perkhidmatan perkongsian Huntsman sedia ada sejak ditubuhkan pada 2010 merangkumi penyediaan sokongan perniagaan dalam Perakaunan, Audit Dalaman dan Teknologi Maklumat.

“Sokongan MDEC sangat bernilai sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Sunil. “Memperoleh insentif cukai menerusi pelaburan Huntsman di Malaysia adalah faktor utama. Kami merancang untuk berkembang untuk menyokong pelan pertumbuhan kami di rantau ini.

“Ketika kami sedang mentransformasikan operasi dengan teknologi dan automasi, kamu mengalu-alukan sokongan MDEC dalam mencipta ekonomi digital memandangkan kami berkongsi matkamat yang sama. Kami juga bergantung pada sokongan bakat berkaitan daripada MDEC dan kami akan terus membina pekerja berpengetahuan yang berkeupayaan tinggi di Malaysia,” rumus beliau.

#TAMAT#

Mengenai Huntsman:

Huntsman Corporation ialah pembuat dan pemasar bahan kimia dibezakan global dengan hasil kira-kira AS$6 bilion pada tahun 2020. Produk kimia kami dijual di seluruh dunia kepada pengeluar yang menyediakan rangkaian luas dan kepada pelbagai pasaran pengguna. Kami mengendalikan lebih daripada 70 kemudahan pembuatan, R&D dan operasi di lebih 30 negara dan menggaji lebih 9,000 syarikat bersekutu dalam empat bahagian perniagaan kami.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Huntsman, sila layari http://www.huntsman.com/.

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]