06.09.2021
Kategori: industry, investors

Gergasi Teknologi Global Setuju Malaysia Kekal Sebagai Hab Perkhidmatan Perniagaan Digital Global

  • Semasa Malaysia Tech Month 2021, gergasi teknologi global termasuk DownUnder GeoSolutions, Roche Services, Jabil dan Dell Technologies, mengulangi kenyatan berkenaan kelebihan Malaysia sebagai hab pelaburan digital
  • Malaysia berada di kedudukan tiga terbaik di Indeks Lokasi Perkhidmatan Global AT Kearney, terima kasih kepada MDEC, PIKOM dan OM di atas sokongan yang diberikan

 

CYBERJAYA, 6 SEPTEMBER 2021: Semasa Minggu Pelaburan Digital di Malaysia Tech Month 2021 (MTM’21), gergasi teknologi global dalam industri Perkhidmatan Perniagaan Digital Global (DGBS) mengulangi keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai hab pelaburan yang menarik.

Industri DGBS merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi digital Malaysia. Syarikat GBS yang aktif dianggarkan menyumbang 20 peratus daripada jumlah syarikat MSC Malaysia yang aktif. Mereka adalah penyumbang terbesar kepada prestasi keseluruhan MSC Malaysia dengan menambah pelaburan sehingga 50 peratus, eksport sebanyak 66 peratus dan penciptaan pekerjaan sebanyak 61 peratus.

Terdapat 579 syarikat GBS di MSC Malaysia dengan 57 peratus daripadanya adalah syarikat pelaburan asing (FDI). Di samping itu, 30 peratus daripada syarikat GBS milik asing adalah syarikat berstatus Forbes Global 2000 dan Fortune500, termasuk HSBC Electronic Data Processing, Dassault Systèmes dan Jabil Global Business Services.

Industri DGBS telah berkembang selari dengan transformasi digital Malaysia. Pada pertengahan tahun 2000, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), mula memberi tumpuan kepada industri perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO), yang merupakan industri pendahuluan GBS. Pada 2006, Outsourcing Malaysia (OM) telah ditubuhkan untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab GBS.

“MDEC baru-baru ini melancarkan ‘Strategi Pelaburan Digital Future5 (DIF5)’, rancangan lima tahun yang memberi tumpuan kepada lima teras utama untuk menarik pelaburan dan memajukan ekonomi digital Malaysia selari dengan Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Selain menyasarkan untuk mewujudkan 50,000 pekerjaan bernilai tinggi, DIF5 memberi fokus kepada lima sektor industri dan merancang untuk menarik 50 buah syarikat teknologi Fortune500 untuk melabur dan membangun di Malaysia, yang mana industri DGBS menjadi salah satu industri utama. Pengesahan daripada syarikat teknologi global, telah menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang betul untuk menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Raymond Siva, Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Penjenamaan, MDEC.

Kerjasama awam-swasta telah memacu Malaysia menjadi lokasi utama GBS. Menurut Indeks Lokasi Perkhidmatan Global AT Kearney, Malaysia menduduki tangga ketiga di belakang India dan China sebagai lokasi GBS paling berdaya saing di dunia.

Semasa sesi ucap tama di MTM’21 bertajuk “Kebangkitan Perkhidmatan Perniagaan Digital Global”, Dr. Mohan V Avvari, Profesor Madya Strategi dan Inovasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Nottingham Malaysia berkata, kedudukan global Malaysia yang tinggi adalah hasil daripada kemajuan ekosistem GBS yang dibina oleh MDEC bersama dengan persatuan-persatuan seperti Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM).

Antara kelebihan utama Malaysia adalah infrastuktur digital dan pertumbuhan kumpulan bakatnya. Tambah Dr Mohan, bakat digital di Malaysia telah berkembang merangkumi bakat berkeupayaan, yang merupakan perkara yang penting kepada industri GBS.

Kelebihan ini turut dipersetujui oleh DGBS yang berpusat di Malaysia. Menerusi sesi perkongsian secara maya di MTM’21, Dr. Matthew Lamont, Pengarah Urusan, DownUnder GeoSolutions (DUG) berkata, mereka memilih Malaysia sebagai hab digital disebabkan mereka memperoleh peluang terbaik di sini. “Sangat mudah untuk kami mula bekerja di Malaysia – rakyatnya sangat peramah dan birokrasi di sini sangat jelas,” katanya.

Kelebihan lain Malaysia adalah kedudukan geografinya yang strategik. Penubuhan DUG di Malaysia bukan sahaja membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan di seluruh Asia Tenggara tetapi juga di Jepun dan Korea. Zon waktu Malaysia juga bersesuaian dengan Australia, iaitu lokasi terletaknya ibu pejabat DUG.

DUG – yang berperanan dalam mereka, memiliki dan mengoperasikan rangkaian super komputer terbesar dunia, memiliki pusat data di Kuala Lumpur, Perth, Houston dan London – telah menghasilkan pelbagai kelengkapan mereka di Malaysia. Ini merangkumi alat penyimpanan dan pemindahan haba, yang masing-masing telah dihasilkan di Kuantan dan Selangor.

Ini jelas menunjukkan kemantapan ekosistem teknologi dan inovasi Malaysia yang telah membolehkan syarikat DGBS memperoleh sokongan dan kerjasama meliputi pelbagai aspek dalam aktiviti mereka.

Penyedia DGBS lain di Malaysia juga berkongsi pandangan yang sama. Semasa sesi panel bertajuk “Pertumbuhan Perkhidmatan Perniagaan Global di Malaysia – Perspektif Holistik,” Arno Kamm, Pengurus Besar, Roche Services (APAC) Sdn Bhd berkata, penubuhan pusat GBS mereka di Malaysia adalah disebabkan kedudukannya di rantau APAC dan kumpulan bakatnya yang memiliki kepelbagaian bahasa, yang terbukti penting untuk pasaran terbesar Roche iaitu di China.

Roche Services (APAC) memulakan operasinya di Malaysia pada 2016 dan sejak itu, telah berkembang dengan memiliki 800 pekerja, berjaya menambah 100 kedudukan pada tahun ini dan merancang menambah 100 lagi menjelang akhir 2021. Kamm berkata, mereka telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dalam tempoh lima tahun dan ianya dijangka berterusan.

Kim Chin Kuang, Ketua Pegawai Kewangan Bahagian & Naib Presiden Kewangan GBS Jabil berkata, Malaysia masih menunjukkan prestasi yang baik dari segi daya tarikan kewangan, persekitaran perniagaan yang kondusif hasil sokongan yang baik oleh kerajaan; dan gaya hidup yang cergas sekali gus membolehkan kami mengekalkan bakat utama.”

Operasi GBS Jabil bermula di Pulau Pinang pada 2009 dengan hanya 200 pekerja. Sekarang, mereka memiliki lebih 1,100 pekerja yang berkhidmat di 100 lokasi di seluruh dunia.

Sementara itu, TS Koay, Pengurus Besar, Pengarah Kanan, Dell Technologies Cyberjaya berkata, Malaysia masih menjadi lokasi yang bernilai untuk industri DGBS. “Dengan sokongan kepimpinan tertinggi, termasuk juga semua inovasi dan produk yang dimiliki tempatan, saya melihat kami boleh terus berkembang,” jelas beliau.

Minggu Pelaburan Digital di MTM’21 telah menunjukkan keyakinan yang berterusan oleh industri DGBS – dan secara meluas, industri teknologi global – terhadap Malaysia sebagai hab pelaburan dan inovasi. Kami kekal dengan komitmen untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama untuk DGBS. Strategi DIF5 merangkumi DGBS sebagai industri tumpuan dan menyediakan perancangan strategik yang jelas, komprehensif dan bersepadu untuk menarik, menyokong dan menggalakkan pelaburan teknologi masa depan,” tambah Raymond Siva.  

Minggu Pelaburan Digital merupakan sebahagian daripada Malaysia Tech Month 2021, yang merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan acara digital dan teknologi. Kandungan webinar dan bual bicara yang berlangsung sepanjang MTM2021 masih tersedia untuk tontonan sehingga 30 September 2021 menerusi: https://malaysiatechmonth.hubilo.com/. Pendaftaran adalah percuma.

Muat Turun PDF

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Tech Month 2021

Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mengintegrasikan negara dengan teknologi, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan sama rata kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]

Tan Jee Yee – [email protected]