05.01.2022
Kategori: industry, investors

Ekspo Dubai 2020: Syarikat Malaysia Sedia Terokai Pasaran Teknologi Kewangan Islam Global

  • Malaysia bersiap sedia untuk menjadi peneraju global dalam Teknologi Kewangan Islam, dengan syarikat-syarikat di bawah akan menjadi pemangkinnya

Menurut Laporan Teknologi Kewangan Islam Global Dinar Standard 2021, pasaran Teknologi Kewangan Islam dijangka berkembang kepada US$128 bilion menjelang 2025.

Pada 2020, jumlah transaksi Teknologi Kewangan Islam di kalangan negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dijangka berjumlah US$49 bilion. Ekonomi halal ketika ini bernilai US$3.1 trilion dan dijangka meningkat kepada US$5 trilion pada 2030.

Pusat pertumbuhan ini ialah Malaysia, di mana ia berada di kedudukan pertama daripada segi kematangan pasaran dan berada di kedudukan lima terbaik berdasarkan jumlah transaksi pasaran Teknologi Kewangan Islam. Ketika negara sedang berusaha untuk menjadi peneraju dunia dalam Teknologi Kewangan Islam, ia perlu melihat untuk merapatkan jurang Teknologi Kewangan Islam di peringkat global.

Bermula 9 hingga 15 Januari 2022, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara, akan mengetuai delegasi seramai 20 buah syarikat Malaysia ke Ekspo Dubai 2020, sempena minggu Ekonomi Digital Malaysia. Ia merangkumi syarikat-syarikat yang memacu pertumbuhan industri Teknologi Kewangan Islam di Malaysia.

“Kewangan dan Teknologi Kewangan Islam dilihat menjadi teras penting dalam Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK12) yang bukan sahaja memacu masyarakat progresif, inklusif dan mampan, malah ke arah mengembangkan pasaran eksport negara. Ekspo Dubai 2020 akan memainkan peranan sebagai platform penting kepada penginovasi Teknologi Kewangan Islam tempatan untuk mencapai pasaran global, selaras dengan visi MDEC iaitu menjadikan Malaysia sebagai hab Teknologi Kewangan Islam,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC.

Berikut ialah penggiat Teknologi Kewangan Islam yang bersedia menerokai pasaran global:

 

microLEAP

 

microLEAP ialah platform pembiayaan mikro Peer-to-Peer (P2P) Islam dan Konvensional yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Platform berkenaan menyediakan alat pembiayaan alternatif yang membolehkan penerbit untuk mendapatkan pembiayaan daripada pelabur tanpa perlu melalui institusi kewangan. microLEAP merupakan pengendali P2P pertama di Malaysia yang menawarkan kedua-dua pembiayaan iaitu Islamik dan Konvensional dalam platform yang sama.

microLEAP telah berkembang dengan pesat dalam tempoh yang singkat. Selepas melancarkan pelaburan P2P Islamik mereka pada April 2020, nota pembiayaan mereka berkembang lebih 1,000 peratus dalam temph empat hingga lima bulan. Pada April 2021, platform berkenaan berjaya membantu membiayai lebih RM2 juta merangkumi 72 nota pembiayaan – 97 peratus daripadanya adalah Islamik.

Platform berkenaan pada 2021, berjaya menjana US$3.26 juta dalam ekuiti dan kaedah pembiayaan lain daripada syarikat pemegangan pelaburan Malaysia, MAA Group. Sejak itu, ia telah memulakan beberapa kerjasama penting, termasuk dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan MoneyMatch.

microLEAP juga bekerjasama dengan MDEC di bawah kempen eBerkat. Selain itu, microLEAP juga bekerjasama dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) untuk membiayaan program Digital AgTech MDEC.

 

TheNoor

 

Dicipta dan dilancarkan oleh pelakon dan usahawan berjaya iaitu Noor Neelofa Mohd Noor, TheNoor (bermaksud ‘Cahaya’ dalam Bahasa Arab), merupakan Aplikasi Gaya Hidup Muslim Terbaik. Aplikasi berkenaan membolehkan pengguna menyemak waktu solat dan mendengar bacaan Al-Quran. Selain itu, turut menyediakan arah Kiblat dengan pengesanan masa nyata dan berfungsi sebagai eDompet.

Sejak dilancarkan pada 2020, TheNoor telah meraih lebih lima juta pengguna. Terdapat pelbagai fungsi sedang dibangunkan seperti pelbagai bahasa untuk suara terjemahan Al-Quran. Terbaharu, TheNoor bekerjasama dengan Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd untuk menawarkan perkhidmatan perjalanan dan percutian patuh Syariah.

Kerjasama berkenaan akan menghubungkan perniagaan mereka kepada industri pelancongan halal, dengan menawarkan pakej umrah dan haji menerusi aplikasi tersebut. Ia membolehkan pengguna mengendalikan segalanya bermula daripada peringkat awal pendaftaran sehingga selesai menunaikan ibadah haji.

Pada Julai 2021, TheNoor bekerjasama dengan penyedia insurans Zurich untuk menawarkan pelindungan kemalangan peribadi percuma kepada pengguna aplikasinya.

 

Global Sadaqah

 

Global Sadaqah ialah platform pengurusan zakat dan wakaf yang pernah memenangi anugerah. Ia bekerjasama dengan pemegang taruh daripada badan dan yayasan agama untuk bank, korporat dan awam, untuk meningkatkan keberkesanan, kemampanan dan impak kepada kewangan sosial.

Platform pendanaan awam (crowdfunding) Islamik berkenaan, terbuka kepada pelanggan awam dan korporat untuk menyumbang kepada kempen zakat dan wakaf, yang mana telah disahkan dan diluluskan oleh pasukan Syariah dalaman mereka. Kesemua kempen terdiri daripada rakan yang dipercayai dan disahkan, dengan kajian mendalam yang dipertingkatkan dan LYC (Kenali Pelanggan Anda) telah dilaksanakan.

Global Sadaqah juga menyediakan pembiayaan padanan menerusi rakan korporat untuk kempen yang layak dan menjanjikan sifar kompromi standard keselamatan dan sekuriti. Sumbangan disalurkan melalui 11 saluran, termasuklah penyedia eDompet di Malaysia, Bitcoin dan emas digital.

Platform ini meraih populariti yang pantas, di mana telah berkembang lebih dua kali ganda pada setiap tahun sejak dua tahun lalu. Pada Februari 2021, Global Sadaqah menjana RM450,000 (US$106,000) melalui platfrom pendanaan awam Ethis Malaysia, menarik pelabur daripada 10 negara termasuk pelabur utama strategik.

 

WAHED Technologies

 

WAHED Technologies ialah syarikat pengurusan pelaburan digital yang menyediakan akses kepada rakyat Malaysia kepada portfolio penasihat-robo patuh Syariah yang telus dan tidak berat sebelah. Mereka disokong oleh peneraju pelabur dan penasihat yang membawa pengurusan kewangan yang beretika dan halal kepada komuniti global.

Platform berkenaan ketika ini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 200,000 pelanggan di 100 buah negara pelanggan. WAHED memiliki 11 buah pejabat dan sembilan lesen pengawalseliaan. Portfolio platform terdiri daripada kumpulan sekuriti terutamanya merentasi saham dan sukuk, yang mana mereka akan melabur secara automatik mengikut profil risiko khusus pelanggan.

WAHED telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Best Islamic Robo-Advisory Platform di World Islamic FinTech Awards 2020.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran Malaysia di Ekspo Dubai 2020 dan menjadualkan temu janji dengan MDEC, sila layari heartofdigitalasean.my

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Matlamat MDEC adalah untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.  

MDEC akan terus menerajui pembangunan ekonomi Malaysia memasuki era masa hadapan ke arah menjadi sebuah negara digital yang kompetitif di peringkat dunia dengan berpaksikan kepada inovasi, kemampanan serta kemakmuran bersama dan seterusnya menjadi Hab Digital ASEAN.

#SayaDigital

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]

Hazel Hassan – [email protected]