21.03.2021
Kategori: #SayaDigital, 2021, people

Memperluas Literasi dan Adaptasi Digital kepada Rakyat – MDEC anjurkan Gerakan #SayaDigital di penempatan Orang Asal

  • Menyasarkan kepada kumpulan sosioekonomi yang rentan,Gerakan #SayaDigital bertujuan untuk memberi kesedaran dan keupayaan melalui pengetahuan dan kemahiran digital
  • Dimulakan pada Ogos 2020, projek perintis telah melaksanakan tiga program dan sembilan inisiatif dalam talian, mencatatkan 1,515 pendaftaran dan memberi manfaat kepada 301 peserta dalam Latihan Literasi Digital Asas hingga kini

CYBERJAYA, 21 MAC 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) (MDEC) hari ini berjaya melaksanakan acara akhir program perintis #SayaDigital di perkampungan Orang Asli di Bukit Lanjan, Selangor. Bermatlamat sebagai kajian awal menjelang pelancaran pada peringkat kebangsaan #SayaDigital, tiga program secara fizikal dan sembilan secara dalam talian telah dilaksanakan yang manfaatkan 301 peserta membabitkan rakyat kumpulan rentan.

“Kejayaan kempen ini akan memungkinkan rakyat berkemampuan digital dan memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur dan faedah dalam ekonomi digital. Oleh itu, inisiatif memperkasa mereka dengan pengetahuan dan kemahiran digital untuk semua lapisan masyarakat akan membolehkan Malaysia terus berkembang dalam pada masa yang mencabar ini dan seterusnya mendorong untuk mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) untuk semua golongan rakyat selaras dengan penekanan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL),”kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

Projek perintis #SayaDigital yang merupakan sebahagian Gerakan #SayaDigital Movement) dianjurkan untuk memberi kesedaran dan kekuatan kepada rakyat kategori rentan sosio ekonomi untuk menerapkan digitalisasi sejajar dengan WKB 2030 dan MyDIGITAL yang dilancarkan oleh kerajaan baru -baru ini.

Gerakan #SayaDigital dilancarkan pada Ogos 2020 dan para peserta dilatih menerusi program Latihan Literasi Digital Asas.

“Ketika dunia mengalami perubahan drastik disebabkan pandemik, penerapan teknologi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) sangat penting.MDEC sentiasa bersemangat melaksanakan amanahnya dan tidak hanya membawa inovasi di tempat kerja dan perniagaan sebaliknya turut melengkapi rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran digital terutamanya kelompok sosio ekonomi yang rentan. Pengembangan literasi digital yang dilaksanakan MDEC tidak akan meminggirkan sesiapa sebaliknya akan membantu dalam mencapai Malaysia 5.0 dan seterusnya menjadikan negara ini sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Pengerusi MDEC, Ybhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff.

Gerakan #SayaDigital menyasarkan keluarga kategori B40, golongan tidak berpendapatan, warga emas dan belia. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti ini bahawa penggunaan digital mampu menjadikan kehidupan lebih mudah, membolehkan mereka mengembangkan perniagaan, membantu menjana pendapatan dan seterusnya memperkasakan kerjaya masa depan.

Pada program ini, ahli masyarakat setempat yang mengambil bahagian akan menjawab Penilaian Kesediaan Digital untuk mengukur tahap literasi digital di Kiosk #SayaDigital. Keputusan ujian berkenaan akan menentukan peringkat Modul Pembelajaran Literasi Digital Asas yang perlu dipelajari mereka.

Belia tempatan yang dilantik semasa projek perintis pula dikenali sebagai GENG #SayaDigital dan. latihan mereka merangkumi Program Literasi Asas Digital yang membabitkan e-Komunikasi, perbankan dalam talian, eWallet dan aplikasi perkhidmatan digital. Ini seterusnya menimbulkan impak besar apabila para belia ini dijangka memindahkan kemahiran mereka yang dipelajari kepada keluarga dan komuniti setempat. Setakat ini, seramai 25 anak muda telah dilatih menerusi inisiatif ini.

“Ini merupakan bengkel interaktif yang menyeronokkan kerana kami dibantu oleh para pelatih berwawasan dan bersemangat. Saya telah belajar banyak perkara pada hari ini dan yakin akan dapat memanfaatkan pengetahuan ini dalam norma dan cabaran baharu yang sedang kita jalani, ” kata Encik Dawit, 42, penduduk di Perkampungan Orang Asal Desa Temuan.

Layari: http://mdec.my/sayadigital

Muat Turun PDF

###

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara ke hadapan.

Ditubuhkan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan menarik pelaburan digital di Malaysia. MDEC fokus untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di seluruh negara yang selaras dengan Wawasan Kemakmuran 2030 dan dengan tegas menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKehadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan, sila hubungi :
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]