11.02.2021
Kategori: 2021, BUSINESS, Christy Ng, industry

Digitalisasi Bantu Pereka Kasut Tempatan Tembusi Pasaran Luar Negara

Label kasut tempatan, Christy Ng kini dikenali sebagai jenama antarabangsa. Namun demikian, tidak ramai yang tahu bahawa pemiliknya, Christina Ng sebenarnya mula menjual kasut rekaan sendiri di pasar lambak. Kini, wanita itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd. telah berjaya mencapai impian menembusi pasaran antarabangsa menerusi pendigitalan operasi di samping turut memasuki platform e-dagang.

Permulaan Christina dalam dunia perniagaan boleh dikatakan berlaku secara tidak sengaja dan serba sederhana. Faktor kesempitan hidup keluarga membuatkannya tekad melakukan sesuatu untuk membantu dengan menjual bunga jerami buatan ibunya di stesen LRT Kelana Jaya pada usia sembilan tahun. Christina meneruskan langkah dengan menjual pula ais krim ketika berumur 15 tahun untuk mendapatkan wang tambahan.

Hari ini, Christina boleh tersenyum lebar kerana produknya telah menjadi antara jenama yang paling diminati di negara ini. Beliau yang juga seorang pereka menghasilkan kasut unik dan menggunakan Facebook sebagai medium jualan dalam usaha mengejar impian menjadi usahawan berjaya sejak kecil. Langkah diteruskan dengan membuka kedai dan operasi perniagaan semakin berkembang maju. Hari ini syarikatnya menawarkan pelbagai barangan khusus untuk wanita dengan produk utama ialah kasut dan beg di beberapa lokasi strategik di Lembah Klang. Jenama ini juga melayani pelanggan menerusi laman web dan platform e-dagang yang berjaya menarik pembeli dari lebih 70 negara.

Namun seperti kebanyakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) lain, Christy Ng turut terkesan akibat pandemik COVID-19. Beliau kemudian memohon Geran Automasi Pintar (SAG) yang diperkenalkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan dan berjaya dipilih sebagai salah satu penerima. SAG merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu PKS dan syarikat pertengahan kategori perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan serta meringankan beban kewangan akibat wabak berkenaan.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan memberi peluang kepada perniagaan yang selama ini beroperasi secara tradisional serta tidak menggunakan pendekatan teknologi untuk beralih ke arah pendigitalan dan seterusnya menjadikan aspek itu sebagai kaedah baharu dalam operasi masing -masing.

Perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa menuntut operasi dalam talian Christy Ng supaya sentiasa cekap . Ujarnya, pengumuman dana PENJANA oleh kerajaan merupakan tindakan tepat pada masanya kerana membantu untuk menyokong pelbagai perniagaan berinovasi , automasi dan seterusnya ‘memasuki’ ekonomi digital yang semakin berkembang apabila berlaku peningkatan tabiat membeli-belah secara dalam talian oleh masyarakat.

“Sokongan yang diberikan kerajaan sangat diperlukan oleh perniagaan. Sebelum beralih ke platform baharu, kami menguruskan pesanan dalam dan luar talian menggunakan sistem yang berasingan,” kata Christina.

“Oleh itu, sebahagian besar masa dihabiskan untuk menguruskan pesanan pelanggan secara manual. Melalui inisiatif SAG, kami berjaya beralih ke sistem yang lebih bersepadu sekaligus membantu mengurangkan waktu bekerja apabila berlaku peningkatan kecekapan dalam sistem pengurusan dan pemprosesan pesanan. Oleh itu, syarikat berupaya memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan,”katanya.

Selain Christy Ng, sebanyak 65 PKS dan usahawan mikro lain kategori sama turut menerima geran padanan SAG. Beikutan penularan pandemik dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, pemberian geran ini boleh meringankan beban perniagaan sambil menawarkan bantuan kewangan tanpa faedah sehingga PKS dapat membangunkan kemampuan digital mereka.

“PKS adalah tulang belakang ekonomi kita. Ekonomi Malaysia terdiri daripada hampir 99 peratus PKS yang menyumbang sebanyak 38.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Saya berbesar hari apabila mendapati Christy Ng dan PKS lain menerima manfaat daripada geran padanan ini yang membolehkan mereka menyumbang kepada ekonomi negara. Kami berharap supaya dapat terus menyokong syarikat -syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka dengan memberi bantuan seperti platfrom dan bantuan kewangan yang diperlukan untuk membantu proses automasi dan pengembangan perniagaan mereka, ”kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

Pengerusi MDEC, Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff pula berkata, agensi ini berkongsi visi untuk memimpin ekonomi digital dan perniagaan di Malaysia. “Di MDEC, inisiatif yang dilaksanakan fokus kepada membolehkan perniagaan melaksanakan pendigitalan dengan membangunkan kemampuan digital. Ini merupakan sebahagian daripada tiga teras strategik MDEC iaitu pekerjaan berkemahiran digital, perniagaan diperkasa secara digital dan menarik pelaburan digital. Bagi mencapai visi ini termasuk mengutamakan rakyat , MDEC terus menjadi landasan untuk rakyat Malaysia berkembang maju pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan seterusnya menyokong usaha merealisasikan visi Malaysia 5.0 yang membawa kemakmuran kepada semua golongan rakyat,”katanya.

MDEC menjangkakan bahawa sektor perkhidmatan akan terus menyumbang kepada KDNK negara ketika Malaysia bergerak ke arah mencapai visi mengutamakan digital. MDEC turut mengambil langkah – langkah yang diperlukan untuk menyokong PKS dan usahawan mikro bergerak ke arah digitalisasi dan terus berdaya saing di pasaran.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai MDEC SAG dan geran yang akan datang, sila layari mdec.my/sag atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan (CliC) MDEC di 1-800-88-8338 / [email protected]

Muat turun PDF

– Tamat –

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara. Ditubuhkan pada 1996, mandat MDEC termasuk memacu penerapan mengguna pakai teknologi digital di kalangan rakyat, pembangunan bakat yang mampu memenuhi kehendak industri, merangka dasar-dasar ekonomi digital serta mewujudkan juara dalam bidang ekonomi digital di peringkat global.

Untuk memastikan masa depan Malaysia menghadapi era digital terjamin, MDEC akan bersandarkan rekod prestasinya yang kukuh, kredibiliti di kalangan industri dan kepimpinan yang berpengalaman untuk mengaitkan, memangkinkan dan mengkomersialkan inisiatif- inisiatif digital yang bertujuan untuk

menggiatkan kemajuan ekonomi digital yang sedang berkembang dengan pesat dan mampan serta menjadikan kepelbagaian dan keterangkuman sebagai terasnya.

MDEC juga akan terus memacu pertumbuhan ekonomi digital berimpak tinggi selaras dengan Wawasan Kemakmuran Negara 2030 dan mengukuhkan reputasi negara sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysia #DigitalvsCovid

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:

Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

For media enquiries, please contact:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Brand & Strategic Partnerships
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)