30.08.2021
Kategori: #MalaysiaTechMonth, #MTM2021, 2021, industry, investors, Malaysia Tech Month, people

Temasya Teknologi Terbesar ASEAN – Malaysia Tech Month 2021 Lonjak Potensi Pelaburan

  • Dianjurkan untuk menyokong MyDIGITAL dan bersempena dengan ulang tahun ke-25 MDEC, festival selama sebulan ini merupakan pameran ekosistem digital dan teknologi Malaysia terbesar
  • Perjanjian pelaburan digital berjumlah RM163.24 juta telah dimeterai, lebih banyak dalam perancangan
  • MTM’21 mengukuhkan lagi Malaysia sebagai salah satu pusat pelaburan digital yang paling menarik dan berkembang pesat di rantau ini

CYBERJAYA, 30 OGOS 2021: Dianggap sebagai Temasya Teknologi Terbesar di ASEAN, Malaysia Tech Month 2021 (MTM’21) yang hampir melabuhkan tirainya hari ini, merekodkan kejayaan dalam penganjuran festival peluang digital dan teknologi yang cukup mengujakan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN dan peningkatkan pelaburan digitalnya.

Dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama yang menerajui agenda transformasi digital negara, MTM’21 bertujuan untuk menyokong Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan bersempena dengan dengan sambutan Ulang Tahun ke-25 Jubli Perak MDEC.  Festival selama sebulan ini dilaksanakan mengikut tema mingguan yang menekankan Teras Digital NADI MDEC iaitu Kemahiran Baharu, Penerimaan, Pengganggu dan Pelaburan.

“Saya yakin Malaysia Tech Month telah membawa peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat terkemuka dan juga bakat kita ke persada dunia, ini membolehkan semua pemegang taruh menerokai perspektif baharu berkenaan tren tempatan dan global dalam kecerdasan buatan, teknologi drone, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada MDEC di atas ulang tahun ke-25 bulan ini dan memuji usaha berterusan mereka untuk mendorong ekonomi digital ke hadapan. Saya berharap akan lebih banyak lagi usaha niaga dan idea terhasil daripada temasya selama sebulan ini,” kata Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“MTM’21 menjadi bukti bahawa ekonomi digital bukan sahaja penting dalam mengubah persekitaran sosioekonomi secara radikal tetapi juga menunjukkan kekuatan ekosistem teknologi Malaysia – korporat, pemimpin, penginovasi, bakat – yang telah ditetapkan sebagai Nadi Digital ASEAN,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

“Walaupun berdepan dengan pendemik, MTM’21 telah terbukti sebagai platform terbaik untuk menghubungkan ramai golongan cerdik dalam ekosistem digital dan teknologi kita ke rantau ini, selain menarik pelabur ke ekonomi digital kita, membincangkan penyelesaian yang akan membawa kita ke hadapan dan membantu kita kekal kukuh dalam waktu yang mencabar ini. Saya yakin MTM’21 akan membawa kita semakin dekat untuk merealisasikan matlamat yang ditetapkan dalam MyDIGITAL dan Visi Kemakmuran Bersama 2030,” kata Surina.

Pada minggu pertama MTM’21, MDEC bersama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah melancarkan portal Nadi Digital ASEAN – www.heartofdigitalasean.my. Ianya direka di bawah Pejabat Pelaburan Digital (DIO) untuk mengkoordinasi, menganggar dan menilai projek pelaburan digital, seterusnya menjadikan portal berkenaan sebagai pintu utama kepada semua pelabur dalam ekonomi digital.

Selain itu, lima perjanjian pelaburan digital berjumlah RM163.24 juta dari segi pelaburan telah berjaya dijalankan dan ianya mewujudkan 173 pekerjaan baharu.

Syarikat multinasional Jerman, Schott AG telah mengumumkan penubuhan pusat kecemerlangan IT antarabangsa terbaharu, Schott Asia IT Services (SAITS), di mana penubuhan ini telah mendapat sokongan penuh daripada MDEC. Pusat berkenaan ketika ini menempatkan 30 pekerja IT berkemahiran tinggi dengan perancangan untuk meningkatkannya kepada lebih 150 pekerja dalam tempoh dua hingga lima tahun.

Kumpulan Syarikat Angkasa-X telah mengumumkan pelan untuk mentransformasi Pulau Pinang kepada hab ekosistem teknologi angkasa serantau, yang seterusnya menggalakkan pemindahan inovasi dan teknologi tempatan selain mewujudkan peluang pekerjaan di seluruh negara.

MyDigitalWorkforce Week pula menekankan Ekspo Pekerjaan Digital dengan menawarkan libih 5,000 peluang pekerjaan dari lebih 100 buah syarikat. Minggu tersebut juga menyaksikan pelancaran Buku Panduan Latihan Kemahiran Digital yang telah ditambah baik, oleh MDEC.  MDEC dan LinkedIn memeterai kerjasama untuk membantu menambah baik kehadiran perniagaan secara digital dan membangunkan bakat digital di negara ini.

Semasa Minggu Pengganggu Digital, MDEC telah mengumumkan Geran Teknologi Global (GTG) yang menyediakan sokongan kepada syarikat pemula teknologi Malaysia ke pasaran global dengan mempercepatkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan dan mewujudkan produk dipacu-pasaran.

Berlangsung dari 29 Julai hingga 30 Ogos 2021, MTM’21 telah menyajikan lebih 40 acara merangkumi lebih 136 sesi dan lebih 468 panel industri serta pelabur dari dalam dan luar negara, dengan 124 daripada ahli panel berkenaan adalah wanita. Digabungkan dengan 28 program satelit, MTM’21 secara kolektif menawarkan lebih 176 jam sesi meliputi pandangan, perkongsian pengetahuan dan perbincangan yang eksklusif.

Sepanjang bulan berkenaan, MTM’21 telah menarik peserta dan pengunjung dari 77 buah negara merangkumi negara dari Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam Filipina dan dari negara Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Pada akhir acara Malaysia Tech Month 2020, kami menutupnya dengan menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada acara akan datang. Menerusi sokongan dan kerjasama ekosistem ekonomi digital negara, kami berjaya memberi impak menerui MTM’21 dan hasilnya adalah sangat memberangsangkan. Paling penting sekali, kami berjaya mencapai matlamat untuk mendemokrasikan aksek kepada kandungan digital berkualiti tinggi, pengetahuan teknologi berimpak dan perkongsian idea inovatif untuk memacu objektif MyDIGITAL untuk Malaysia,” rumus Surina.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mengintegrasikan negara dengan teknologi, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan sama rata kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan, selaras dengan agenda Malaysia 5.0.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]