01.06.2021
Kategori: 2021, industry, investors, MCO 3.0, people

Permohonan sektor ICT dan e-Dagang beroperasi PKP menerusi portal CIMS 3.0

CYBERJAYA, 31 MEI 2021: Permohonan oleh syarikat sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-Dagang untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 Jun 2021 boleh dibuat menerusi portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Bagi syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar melalui CIMS 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan boleh memuat turun surat kebenaran beroperasi mulai jam 8:00 malam, 31 Mei 2021.

Bagi syarikat yang belum mendaftar, boleh berbuat demikian bermula pukul 8 pagi esok, 1 Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan di CIMS 3.0, sila layari www.miti.com.my

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, , sila hubungi 1-800-88-8338 / + 603-83153000 (untuk pemanggil dari luar Malaysia) atau hantarkan emel kepada MDEC di [email protected]

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]