Pesta Kerjaya

Want to be part in animation and games developement? Do what you love! Apply at these great companies!

Apakah dia Pesta Kerjaya @MYDCF 2021?

Pesta Kerjaya @ MYDCF melibatkan syarikat permainan digital dan animasi terkenal di Malaysia. Sesi perkongsian akan diadakan oleh syarikat kreatif digital berkaitan dengan kerjaya dalam industri, merangkumi perkongisian budaya kerja dan bagaimana lepasan univerisiti dapat menceburi kerjaya dalam bidang industri kreatif

OBJEKTIF

Tujuan utama adalah mendedahkan peluang pekerjaan dalam industri kreatif kepada graduan baru dan pencari kerja serta membantu studio kreatif mempromosikan kekosongan jawatan di studio mereka. Pesta Kerjaya @ MYDCF memberi tumpuan kepada industri kreatif seperti studio animasi dan permainan video.
Kerjasama dijalin dengan rakan platform pengambilan pekerja kami CareerBraves.com yang secara khususnya memberi tumpuan kepada pasaran pekerjaan industri kreatif. Ia merupakan platform sehenti bagi pencari kerja bidang kreatif dan studio kreatif untuk mencari dan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri kreatif.


Tujuan utama adalah mendedahkan peluang pekerjaan dalam industri kreatif kepada graduan baru dan pencari kerja serta membantu studio kreatif mempromosikan kekosongan jawatan di studio mereka. Pesta Kerjaya @ MYDCF memberi tumpuan kepada industri kreatif seperti studio animasi dan permainan video.


Kerjasama dijalin dengan rakan platform pengambilan pekerja kami CareerBraves.com yang secara khususnya memberi tumpuan kepada pasaran pekerjaan industri kreatif. Ia merupakan platform sehenti bagi pencari kerja bidang kreatif dan studio kreatif untuk mencari dan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri kreatif.

Mengapa kami melakukannya?


Bagi menyokong industri kandungan kreatif digital semasa musim pandemik ini. Kami memberi tumpuan untuk mempromosikan pekerjaan kandungan kreatif dan peluang pengambilan pekerja dengan berkongsi dan mendedahkan permintaan bakat tempatan industri kreatif digital untuk memenuhi keperluan industri. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kadar pekerjaan di kalangan siswazah baru dan bakat tempatan yang menganggur di samping memenuhi permintaan industri kreatif.

MYDCF Master Agenda

OVERVIEW EVENT HIGHLIGHT

  • FOR INDUSTRY
  • FOR PUBLIC

Loading...

Loading...

Apakah Skim Geran Teknologi Global (SGTG)?

SGTG adalah untuk memupuk juara global, mendorong pelaburan dan menjadi pemangkin ekosistem inovasi digital.

 

Pemberian ini akan digunakan semata-mata untuk tujuan inovasi teknologi, pengembangan dan pengkomersialan produk atau perkhidmatan yang didorong oleh komersial yang inovatif

Apa yang kami tawarkan?

Sertai salah satu dari 2 trek tertera di bawah bagi memenuhi keperluan syarikat anda

Untuk Pencari Kerja​

Terokai lebih daripada 200 peluang pekerjaan dan lebih daripada 50 syarikat kreatif yang sedia mengambil pekerja di platform rakan kongsi kami.

Kenali lebih banyak maklumat syarikat kreatif di pameran gerai mereka.

Untuk Syarikat / Studio​

Nikmati pakej eksklusif di platform rakan karier kami CareerBraves bersama dengan MYDCF. Sehingga 20 pekerjaan dapat diiklankan dan ketersediaan sehingga 90 hari di platform.

* Pakej Normal 5 pekerjaan dan 30 hari.

Aktiviti sepanjang Pesta Kerjaya @MYDCF

Pengambilan Pekerja

Bagi menyokong industri kandungan kreatif digital semasa musim pandemik ini. Kami memberi tumpuan untuk mempromosikan bidang pekerjaan industri kreatif dan peluang pekerjaan yang ada  dengan berkongsi dan mendedahkan ketersediaan bakat tempatan ysng msmpu memenuhi kehendak industri. Kerjasama dijalin dengan rakan platform padanan pekerja kami CareerBraves.com yang secara khususnya memberi tumpuan kepada pasaran pekerjaan industri kreatif.

Bicara Kerjaya

Bicara Kerjaya @ MYDCF'21 bakal berlansung pada bulan November menampilkan sesi perkongsian dan perbincangan dari studio permainan digital dan animasi di mana mereka akan]  mempromosikan studio , projek dan mengiklankan peluang pekerjaan kepada pencari kerja. Tujuan bicara kerjaya adalah untuk memberi peluang kepada graduan baru dan pencari kerja bagi memahami peluang kerjaya yang luas dalam bidang industri kreatif digital

Gerai Pameran Maya

Gerai Pameran Pesta Kerjaya @ MYDCF'21 adalah sebahagian daripada pameran maya  kami. Sertailah kami dalam persekitaran maya MYDCF di mana anda boleh mengubahsuai avatar anda sendiri dengan pelbagai ciri. Sepanjang perjalanan, anda dapat menjelajahi banyak gerai syarikat kreatif digital yang menwarkan pelbagai peluang pekerjaan dan  anda boleh terus memohom secara langsung di platform portal pekerjaan rakan kami!

Recruiters Companies

MYDCF Master Agenda

OVERVIEW EVENT HIGHLIGHT

  • FOR INDUSTRY
  • FOR PUBLIC

Loading...

Loading...

AKTIVITI LAIN

Check out our exciting public virtual events and activities planned out, a little something for everyone!