Home | LEVEL UP KL | (ENG) Indie Pitch
PENGENALAN
Adakah anda merupakan studio permainan vide di Asia Tenggara yang sedang mencari penerbit ataupun pelaburan projek anda? Anda berada di tempat yang betul! Bentangkan projek permainan video anda secara langsung kepada penerbit dan pelabur dalam acara LEVEL UP KL Indie Pitch secara dalam talian.
PROSES PEMBENTANGAN
Penyerahan
2 Jul – 27 Ogos
Projek permainan perlu dihantar dalam tarikh yang diberikan.
Penilaian & Senarai Pendek
31 Ogos – 14 Sept
Penilai akan memberikan komen serta maklum balas kepada pembangun dan akan menyediakan soalan untuk sesi soal jawab secara langsung
Hebahan Senarai Pendek
15 Sept
Projek yang dihantar akan disenarai pendekkan.
Indie Pitch
23 Sept
Pembentangan secara langsung kepada setiap penilai, diikuti dengan 10 minit sesi soal jawab secara langsung
KRITERIA KELAYAKAN
- Syarikat indie
- Permainan digital untuk semua jenis platform (Telefon Pintar, komputer, konsol)
- Keutamaan diberikan kepada permainan digital yang belum diterbitkan, walau bagaimanapun permainan video yang telah diterbitkan juga sangat dialu-alukan!
DOKUMEN DIPERLUKAN
- Slaid Pembentangan (Kalendar Projek, Prototaip/Permainan)
- Video Pra-Rakaman berdurasi 15 minit (Resolusi Video: 1920×1080, format fail: .mp4)
- Binaan permainan yang boleh dimainkan/pautan prototaip untuk penilai LEVEL UP KL Pitch (menerusi penyerahan pada acara SEA Game Awards) – (jika berkenaan)
Cadangan untuk kandungan video
Kami mencadangkan video berdurasi 15 minit untuk merangkumi beberapa kandungan di bawah:
- Tentang diri anda/pasukan pembangun
- Tentang idea atau projek anda
- Penerangan ringkas tentang permainan video anda
- Penerangan tentang mekanik permainan video anda
- Konsep, visual & teras permainan
- Ciri-ciri utaman permainan/ keunikan permainan
- Sasaran pemain/konsumer
- Jurang pasaran dan peluang
- Perbandingan dengan permainan video yang lain
- Unjuran dan kos
- Pelan kemajuan projek terkini
- Pembangungan projek dan garis masa
- Rancangan penjualan
- Pelantar sasaran
- Jenis khidmat penerbitan/ dana pelaburan yang diperlukan
- Plan Perencanaan
- Rancangan pemasaran