Dianjurkan Oleh:

SERLAHKAN KUASA PENSTRIMAN LANGSUNG E-DAGANG

Rakan Strategik:

Rakan Sokongan:

Dianjurkan Oleh:

12 WEBINAR

23 penyampai

2 Jam

Karnival Jualan Langsung

MENGENAI
EXPO GO-ECOMMERCE

Berikutan kejayaan ekspo e-dagang (eDX) yang julung kalinya diadakan pada Mei 2020, Go-eCommerce Expo ialah usaha berterusan untuk mendidik perniagaan tempatan mengenai kepentingan menjual secara dalam talian dan seterusnya mendorong pendigitalan supaya menjadi sebahagian daripada ekosistem e-dagang.

Go-eCommerce Expo adalah program tiga hari secara dalam talian yang memberi fokus kepada semua aspek e-dagang dengan menampilkan rangkaian webinar yang disusun melalui penekanan khas kepada penstriman langsung e-dagang (live selling e-commerce). Tiga elemen penting yang akan dipertontonkan adalah jualan langsung, logistik dan pembayaran.

Acara ini akan diakhiri dengan Karnival Jualan Langsung yang akan menampilkan peserta dari Perkhidmatan e- Dagang Setempat (PeDAS) . Festival jualan selama dua jam ini akan dibahagikan kepada empat segmen dan penonton dapat membeli produk buatan tempatan dengan tawaran harga istimewa.

OBJEKTIF & MATLAMAT

Penstriman Langsung E-dagang

Untuk mempromosi dan mendorong penerapan penstriman langsung e-dagang sebagai satu saluran penjualan baharu untuk semua perniagaan di Malaysia.

Memperoleh Pengetahuan Baru

Untuk mempelajari kemahiran, teknik, amalan terbaik dan platform terkini yang menyokong penjualan langsung.

Mengenali Penyedia Penyelesaian

Untuk berkenalan dan bekerjasama dengan penyedia penyelesaian bagi membantu pengguna memahami platform dan perkhidmatan mereka dengan lebih baik.

Memanfaatkan Tawaran Istimewa

Rakan kongsi yang terpilih akan memberikan tawaran istimewa untuk meringankan kos langganan.

Tawaran Beli-belah Hebat

Peserta akan diberikan baucar khas untuk membeli-belah semasa sesi jualan langsung

 

Jadual Acara

8 Dis9 Dis10 Dis

10:00am – 11:15am

Rahsia FB Live : Dari 10 viewers kepada Jualan 5 Digit

oleh SHOPLINE

Anda ada cuba buat FB Live tapi tak dapat banyak sales? Jom join webinar ini di mana kami akan kongsikan pelbagai tips dan faktor kejayaan sesi Facebook Live sehingga anda boleh menjana hasil jualan 5 digit ke atas.

12:00pm – 1:15pm

MEMBINA JENAMA MELALUI IKON MEDIA & INFLUENCER PESTRIMAN LANGSUNG

oleh iLike

“Forum iLike” terbahagi kepada 3 segmen iaitu Penjenamaan, Pemasaran Digital dan Pemasaran “Influencer” dimana kesemua elemen ini diintegrasikan didalam platform e-dagang kami www.ilike.global (bakal dilancarkan pada bulan Disember 2020) dan bagaimana “live stream” boleh membantu melariskan jualan.

2:00pm – 3:15pm

GANDAKAN 3X JUALAN E-DAGANG ANDA MENGGUNAKAN KOL PENSTRIMAN LANGSUNG SECARA EFEKTIF

oleh MODEN KOL

Gunakan KOL Live Streaming dengan berkesan sehingga melipat gandakan penjualan e commerce anda sebanyak 3x. KOL Live Streaming telah menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini dan ia boleh dilakukan Oleh sesiapa sahaja! Sertai perkongsian kami untuk tahu lebih lanjut!

4:00pm – 5:15pm

Bual Bicara PeDAS : Mengungkap Permata Tersembunyi dari Produk Luar Bandar melalui Penjualan Langsung di Platfrom Digital Bersama PeDAS

oleh MDEC

Program bual bicara ini berkongsi mengenai inisiatif Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) untuk usahawan luar bandar berniaga di platform eCommerce dan membincangkan cara menerokai gelombang baru bagi usahawan menjual produk tempatan melalui Penjualan Langsung.

10:00am – 11:15am

Automatikkan Proses Penghantaran Anda & Tingkatkan Pembelian Berulang

oleh EasyParcel

Tahukah anda untuk naikkan jualan adalah lebih senang dengan pelanggan sedia ada berbanding pelanggan baru? Pada Webinar kali ini, saya akan kongsikan kaedah dan tips bagi perniaga atas talian terutamanya peniaga yang fokus menjual menggunakan Live untuk naikkan jualan anda dengan pelanggan sedia ada.

12:00pm – 1:15pm

Apakah Cara Terbaik Untuk Melengkapkan Pesanan Atas Talian (E-Fulfilment)?

oleh TresGo

Apakah yang berlaku setelah penjualan atas talian selesai? Barang yang dibeli daripada peniaga haruslah diberi kepada pembeli. Proses ini dinamakan e-fulfilment. Pemahaman dalam process e-fulfilment ini dapat membantu anda untuk memilih plaform e-niaga dan promosi (seperti jualan langsung) yang dapat membantu anda meningkatkan jualan. Ketahui cara terbaik untuk menguruskan prosess e-fulfilment dan logistik anda bagi memastikan kepuasan hati pelanggan anda.

2:00pm – 3:15pm

BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN KESEGARAN PRODUK SEGAR ANDA SEMASA PENGHANTARAN?

oleh GOLOG

Penghantaran produk hasil segar seperti buahan & sayuran boleh menjadi sesuatu yang amat mencabar. Belajar bagaimana untuk menggunakan GOLOG, iaitu sebuah platform logistik pintar untuk menghantar rangkaian produk-produk segar dan sejuk beku anda dengan cara yang betul.

4:00pm – 5:15pm

MEMUDAHKAN LOGISTIK ASIA TENGGARA

oleh Janio Asia

Terdapat beribu-ribu kombinasi bagi menjalankan sesebuah rantaian bekalan logistik di Asia Tenggara. Sama ada ianya B2C, penghantaran kargo (B2B), perlepasan kastam, penghantaran domestik (dalam negeri), atau sebarang gabungan servis kepada destinasi-destinasi utama di Asia Tenggara, servis Janio boleh melengkapkan rantaian logistik anda.

10:00am – 11:15am

PEMBAYARAN DIGITAL UNTUK E-DAGANG

oleh Visa

Webinar ini akan menampilkan Visa, pemimpin dunia dalam pembayaran digital, yang akan berkongsi maklumat seperti trend penting dalam persekitaran perdagangan dan pembayaran digital, dan bagaimana syarikat-syarikat boleh mendigitalkan kemudahan pembayaran dan kutipan untuk melaksanakan eDagang dengan berkesan.

12:00pm – 1:15pm

Jual Secara Live Stream: Asas Gerbang Pembayaran

oleh MPAY

Hubungkan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan anda secara mudah dengan mengintegrasikan gerbang pembayaran yang betul ke penjualan streaming langsung anda. Dalam sesi ini, Chia Wei akan membimbing peserta melalui asas integrasi gerbang pembayaran, kaedah yang digunakan untuk melakukan pembayaran dan demonstrasi secara langsung gerbang pembayaran dari perspektif pentadbiran dan para pelanggan.

2:00pm – 3:15pm

CARA MUDAH UNTUK MENERIMA PEMBAYARAN SEMASA PENSTRIMAN LANGSUNG

oleh Split

Satu masalah besar untuk livestreamers ialah cara menerima bayaran dari penonton. Dalam webinar ini, Dylan menerangkan bagaimana anda boleh guna Split untuk menjana pautan bayaran pada livestream supaya penonton boleh klik dan bayar sambil menyerahkan butir-butiran shipping.

4:00pm – 5:15pm

MEMBINA SISTEM PEMBAYARAN DIGITAL UNTUK MASA HADAPAN

oleh PayNet

Apakah Sistem ePembayaran Hari Esok? Untuk webinar ini, kami akan merungkai penyelesaian sistem ePembayaran yang menyokong infrastruktur digital bersepadu yang memudahkan dan mempercepatkan penerimaan dan penggunaan urusniaga tanpa tunai. Apabila anda mempunyai produk untuk dijual atau perkhidmatan untuk ditawarkan tetapi tidak pasti sistem yang bersesuaian untuk menerima pembayaran Atau apabila anda mempunyai sistem penerimaan bayaran sediada tetapi tidak membantu mempermudahkan urusan laporan pembayaran. Kami mempunyai jawapan untuk anda. Jom lihat!

Penyampai Utama

Nur Azre

SHOPLINE

Dato’ Norman Abdul Halim

iLike

Jerry Hang

MODEN KOL

Mohd Fazreen bin Maslan

MDEC

Kartini Ariffin

Dbilique Media

Mohd Zullutfi Abd Razak

Goldmind Evolution

Mastura Md Gaush

EasyParcel

Nadhra Fauzi

TresGo

Ivan Chin Wen Hau

GOLOG

Syed Ali Ridha Madihid

Janio Asia

Ms. Chavi Jafa

Visa

Mr Ng Kong Boon

Visa

Ms Carmen Looi

Visa

Mr Chong Nge Seng

Visa

Tan Chia Wei

MPAY

Dylan Tan

Split

Shi Kian Wee (Kiwi)

Split

Heliziana Madzin

PayNet

SOALAN LAZIM

Ada soalan? Lihat soalan lazim kami!

Lebih Lanjut

Langgan ke buletin kami

Ikuti perkembangan terkini dengan maklumat terkini!