
PROGRAM PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KANDUNGAN DIGITAL (EDP)
Sebuah program pembangunan berterusan yang bertujuan untuk meminimumkan jurang kemahiran dalam industri kandungan kreatif digital yang meliputi komponen pengembangan teknikal, perniagaan dan pendidikan.



OBJEKTIF

Membantu mengurangkan kos syarikat untuk mengendalikan latihan pra-pekerjaan dan mempercepatkan proses latihan para pekerja

Menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam ekosistem kandungan digital

Meluas dan meningkatkan kemahiran berkaitan industri digital dan perniagaan seperti pengetahuan kreatif dan teknologi, penceritaan, kesenian, prinsip perniagaan dan pemasaran, perakaunan dan lain-lain
GARIS MASA
Panggilan Permohonan
-EDP 1 & 2
Panggilan Permohonan
-EDP 3, EDP 4 & EDP 5
Panggilan Permohonan
-EDP 6, EDP 7 & EDP 8
Panggilan Permohonan
-EDP 9 & EDP 10

- Perancangan & Persediaan EDP 2021

- Panggilan dan Pemilihan Permohonan
- Sesi EDP

- Perjumpaan Suku Tahunan

- Laporan post-mortem dan pencapaian
PEMOHON YANG LAYAK
- Pelajar IPT, graduan lepasan diploma atau sarjana muda
- Golongan bakat yang mengganggur
- Pekerja separa mahir / mahir
PROSES ALIRAN
1
Sesi EDP
Pendaftaran permohonan akan dibuka selama 2 minggu sebelum tarikh program, individu yang berminat boleh mendaftar di MDEC Platform
2
Saringan Permohonan
Semua permohonan yang diterima akan disaring berdasarkan kriteria program dan peserta yang berjaya akan menerima notifikasi dari MDEC
3
Sesi EDP
EDP akan dijalankan secara dalam talian / fizikal
4
Maklumbalas permohonan
Maklumbalas EDP akan dikumpul untuk laporan kemajuan / penambahbaikan
5
e-Sijil
Peserta boleh memuat turun e-sijil setelah tamat setiap sesi EDP
KALENDAR EDP 2022
1 & 2 APRIL 2022
Blender 3D Animation (Advanced)
by Asrul Nasirudin (Head Trainer, EXFCO Sdn Bhd)
1 & 2 July 2022
UI UX Design Essentials
by Hussin Khan, Adobe Certified Instructor
27 August 2022
Adobe Premiere Pro: Video Editing for Beginners
by John Prabakaran Solomon, Video Producer, Mashable Southeast Asia, REV Media Group
6-8 weeks online course starting October 2021
Unreal Authorized Instructor (UAI) Programme
by Epic Games
18 -19 & 25-26 SEPTEMBER 2021
Computer Graphic (CG) Creator Certification [Basic] Training
by Game Developers Association of the Philippines (GDAP)
FAQ
Frequently asked question
Inisiatif ini merupakan sebuah program pembangunan berterusan yang bertujuan untuk meminimumkan jurang kemahiran dalam industri kandungan kreatif digital dan ia meliputi komponen seperti pengembangan teknikal, perniagaan dan pendidikan.
- Membantu mengurangkan kos syarikat untuk mengendalikan latihan pra-pekerjaan dan mempercepatkan proses latihan para pekerja
- Menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam ekosistem kandungan digital
- Meluas serta meningkatkan kemahiran berkaitan industri digital dan perniagaan seperti pengetahuan kreatif dan teknologi, penceritaan, kesenian, prinsip perniagaan dan pemasaran, perakaunan dan lain-lain.
Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja yang mempunyai minat dalam bidang industri kreatif sama ada pelajar insitut pengajian tinggi (IPT), graduan lepasan diploma atau sarjana muda; golongan bakat yang mengganggur atau pekerja separa mahir / mahir
Pendaftaran EDP akan dibuka sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dari tarikh sesi bagi setiap sesi EDP. Pemohon yang berminat boleh mendaftar di laman web EDP.
Tiada sebarang yuran penyertaan bagi menyertai EDP.
EDP akan dijalan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
Ya, sijil akan diberikan kepada setiap peserta setelah tamat menyertai EDP.