Realisasikan impian anda dan melonjak lebih tinggi bersama kami!

Program Inkubasi Digital |
Kandungan Kreatif Digital

Mengenai Program Inkubasi Digital

Program Inkubasi Digital | Kandungan Kreatif Digital atau dikenali sebagai DCC INC adalah sebuah program inkubasi digital untuk animasi, permainan digital dan studio kandungan kreatif digital dengan tujuan untuk memupuk studio yang berpusat di Malaysia menjadi pemaju kandungan digital dan syarikat teknologi kreatif kompetitif setaraf dengan syarikat-syarikat lain di pentas antarabangsa

Apakah Skim Geran Teknologi Global (SGTG)?

SGTG adalah untuk memupuk juara global, mendorong pelaburan dan menjadi pemangkin ekosistem inovasi digital.

 

Pemberian ini akan digunakan semata-mata untuk tujuan inovasi teknologi, pengembangan dan pengkomersialan produk atau perkhidmatan yang didorong oleh komersial yang inovatif

OBJEKTIF KAMI

Untuk memangkin dan memupuk pembangunan IP animasi & permainan digital bagi tujuan pengkomersialan ke pasaran tempatan, serantau dan global.

Untuk menyediakan program dan sokongan secara holistik kepada ahli seperti bimbingan, bengkel dan latihan serta rangkaian perniagaan.

Sebagai pusat komuniti industri animasi & permainan digital di Malaysia melalui acara dan aktiviti bagi semua pihak.

Untuk memangkin dan memupuk pembangunan IP animasi & permainan digital bagi tujuan pengkomersialan ke pasaran tempatan, serantau dan global.
Untuk menyediakan program dan sokongan secara holistik kepada ahli seperti bimbingan, bengkel dan latihan serta rangkaian perniagaan.
Sebagai pusat komuniti industri animasi & permainan digital di Malaysia melalui acara dan aktiviti bagi semua pihak.

Mengapa sertai kami

Sertai salah satu dari 2 trek tertera di bawah bagi memenuhi keperluan syarikat anda

PERINGKAT

ASAS

PESERTA BARU

Bagi syarikat yang baru mempunyai harta intelek (IP) yang pertama, pemenang pertandingan dan geran, berminat untuk membina kerjasama dan meningkatkan kecekapan pasukan

PRA-PELANCARAN DAN PENGUJIAN

Prototaip Pra-pelancaran dan Pengujian IP yang belum mempunyai jualan. Bersedia untuk mendapatkan pengesahan komersial bagi IP

KEJAYAAN AWAL KOMERSIAL

Studio yang mempunyai kejayaan awal komersial dengan beberapa IP yang mempunyai nilai jualan sederhana dan masih di peringkat pertumbuhan awal dan memerlukan panduan akhir bagi IP / organisasi

PERINGKAT

PECUTAN

TELAH DIUJI DAN TERBUKTI BERJAYA

Studio yang telah terbukti mempunyai beberapa hasil jualan , mempunyai penjualan eksport dan / atau beberapa tawaran dalam negeri

BERPOTENSI TINGGI & CEMERLANG

Syarikat yang berpotensi tinggi dan terbukti dengan IP unik dan / atau penyelesaian teknologi kreatif. Syarikat baru tetapi mempunyai kandungan IP / teknologi kreatif yang menunjukkan pertumbuhan yang memberansangkan

PEMBAHARUAN

Studio yang telah berjaya pada masa lalu tetapi memerlukan bantuan bagi mengatur semula pendekatan mereka dan memulakan pengurusan syarikat dengan sistem baru.

Manfaat Program

PERINGKAT ASAS PERINGKAT PECUTAN
Akses bimbingan dalam pelbagai kemahiran / disiplin

Kepimpinan dan bimbingan keusahawanan untuk mempromosikan perniagaan lestari

Bimbingan berstruktur dalam bidang animasi & permainan digital

Pendedahan kepada pengesahan idea, panduan dan halatuju bagi Cabaran Kandungan Kreatif Digital (DC3)

Panduan untuk mempercepat pelancaran IP & pertumbuhan perusahaan melalui sesi bimbingan yang berfokus

Akses ke Penciptaan Kandungan Digital antarabangsa dan tempatan: Termasuk pelabur berprofil-tinggi, peneraju perniagaan dan pemimpin yang berpihak kepada pelanggan

Bimbingan yang lebih fokus dan berstruktur oleh pakar industri

Buletin dan maklumat pasaran Digital Kandungan Kreatif

Akses bimbingan dalam pelbagai kemahiran / disiplin

ASAS

PECUTAN

Kepimpinan dan bimbingan keusahawanan untuk mempromosikan perniagaan lestari

ASAS

PECUTAN

Bimbingan berstruktur dalam bidang animasi & permainan digital

ASAS

PECUTAN

Pendedahan kepada pengesahan idea, panduan dan halatuju bagi Cabaran Kandungan Kreatif Digital (DC3)

ASAS

PECUTAN

Panduan untuk mempercepat pelancaran IP & pertumbuhan perusahaan melalui sesi bimbingan yang berfokus

ASAS

PECUTAN

Akses ke Penciptaan Kandungan Digital antarabangsa dan tempatan: Termasuk pelabur berprofil-tinggi, peneraju perniagaan dan pemimpin yang berpihak kepada pelanggan

ASAS

PECUTAN

Bimbingan yang lebih fokus dan berstruktur oleh pakar industri

ASAS

PECUTAN

Buletin dan maklumat pasaran Digital Kandungan Kreatif

ASAS

PECUTAN

Program DCC INC 2021

Rangkaian Mentor

Akses ke platform bimbingan yang mempunyai pakar dalam bidang animasi dan permainan digital Kandungan Kreatif Digital dan terdapat lebih dari 100 mentor dari seluruh syarikat permulaan.

Rangkaian mentor membolehkan anda membincangkan keseluruhan penjanaan idea bagi IP, memahami bagaimana penubuhan studio, tips produksi dan banyak lagi perkara yang melibatkan produksi, artis dan usahawan yang berpengalaman. Walaubagaipun, bilangan sesi bimbingan adalah berdasarkan pada ketersediaan pembimbing yang dipilih dan juga akan dibincangkan sebelum dan semasa sesi bimbingan.

Bimbingan Perniagaan Berstruktur

Program ini menawarkan sesi bimbingan berstruktur mengenai topik tertentu (produksi, pengurusan studio, dan lain-lain) dalam bidang animasi, kesan visual, pembangunan permainan digital dan yang berkaitan.

Sekiranya anda seorang pencipta kandungan digital dan sedang membina IP dan studio anda, terdapat banyak perkara penting untuk dipertimbangkan bagi membina amalan penciptaan IP dan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk studio animasi, tips untuk memulakan projek rintis & prototaip akan dibincangkan manakala bagi studio permainan digital, tips bagi mengetengahkan idea kepada penerbit dan para pemain permainan digital.

Bank Pengetahuan

Bank Pengetahuan adalah repositori yang menyediakan akses ke persidangan DCC, kandungan bengkel, dan bahan-bahan lain. Ini adalah kemudahan layan diri dan berdasarkan permintaan.

Anda bolehmendapatkan maklumat dan trend terkini dalam industri kreatif, ianya boleh didapati melalui koleksi ceramah persidangan, bengkel khusus dan kursus pembelajaran atas talian. Memiliki akses ke Bank Pengetahuan membolehkan ahli menghargai kandungan global sekaligus berinspirasi untuk mencipta IP / studio yang berpotensi untuk terkenal di peringkat antarabangsa.

Bengkel Kepimpinan

Belajar mengenal pasti dan menyesuaikan diri dengan gaya kepimpinan dan komunikasi yang berbeza melalui memahami prinsip asas syarikat permulaan dan pengurusan organisasi. Ini merangkumi gaya kepemimpinan dan penampilan, mengembangkan pemahaman mengenai misi, visi dan hala tuju, mewujudkan nilai dan budaya kerja untuk organisasi, asas pemasaran dan analisis pesaing dan llain-lain.

Program ini juga membantu anda untuk memahami fungsi syarikat melalui perspektif kepemimpinan, budaya, struktur, dan arah semasa menguruskan komunikasi dengan nilai yang betul yang diperlukan untuk menubuhkan perniagaan. Matlamat utama adalah untuk mewujudkan studio dengan asas yang kukuh sekaligus mempunyai ruang untuk berkembang dan menghadapi cabaran yang mungkin dihadapi di masa depan.

Garis Masa Program DCC INC 2021

Mengenai Program DCC INC

Bagaimana kami sampai di sini...

Program Inkubasi Digital Kandungan Kreatif Digital adalah inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia, dengan mandat untuk membangunkan industri kandungan digital di Malaysia

RAKAN KONGSI PROGRAM & PLATFORM

MY Digital Creativity Festival (MYDCF)

MY Digital Creativity Festival adalah acara selama sebulan, dipersembahkan kepada anda oleh LEVEL UP KL dan Kre8tif! untuk membawakan anda animasi dan permainan terkini dan terhebat dari rantau Asia Tenggara.

PRISMA dan Pemberian Kandungan Digital

Inisiatif untuk menyokong dan mendorong kesinambungan pengamal industri kreatif Malaysia sejajar dengan yang baru berikutan pandemi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

SEJARAH DAN LEGASI KAMI

LEVEL UP INC

Dilengkapi sepenuhnya dengan makmal permainan kelas atas dan menawarkan perkongsian serantau dan korporat yang mengagumkan termasuk Google, Sony Interactive Entertainment, Amazon Web Services (AWS), Unity Technologies, Discovery Nusantara Capital, Nitro.Live, Tokyo Contents Incubation Center dan Media Prima Labs .

KRE8TIF! INC

Dahulu dikenali sebagai Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia (MAC3). Kre8tif! Inc. adalah pemecut kandungan untuk permulaan animasi kecil dan sederhana untuk menyokong dan mempercepat perniagaan kandungan kreatif mereka.

Sertailah kami Hari Ini

Sertailah kami hari ini untuk menikmati Program DCC INC sepenuhnya!

Bagi pendaftaran 2021, anda akan mendapat keahlian percuma sehingga 31 Mei 2022.

Bermula tahun 2022 dan seterusnya, RM500/tahun setiap studio bagi keahlian setahun dengan akses penuh Program DCC INC. Dengan nilai keseluruhan keahlian berjumlah RM12,000 / tahun bagi setiap orang *, Program DCC INC memberi peluang daya saing di dunia bisnes dan kandungan kreatif digital yang anda mahukan.

* Nilai keseluruhan Program DCC INC adalah lebih tinggi dan tidak termasuk faedah untuk bimbingan, mentor, pendedahan dan program komuniti eksklusif yang berkaitan. Nilai RM12,000 hanya merangkumi program pembelajaran.

SOALAN LAZIM

Syarikat berdaftar di Malaysia atau warganegara Malaysia atau pemastautin Malaysia yang mempunyai perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kandungan kreatif digital.

Layak dengan penglibatan sekurang-kurangnya 1 daripada 2 industri utama seperti:


i. Animasi; dan / atau
ii. Permainan Digital

Syarikat anda mestilah berdaftar sebagai syarikat berdaftar di Malaysia yang mempunyai perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kandungan kreatif digital, seperti animasi dan / atau permainan digital.

Ya, anda boleh sertai program ini dengan syarat syarikat anda telah mendaftar sebagai ahli Program Inkubasi Digital DCC 

Program ini direka dan diselaraskan agar sesuai dengan kemajuan syarikat anda dalam pembangunan syarikat. Anda boleh memilih untuk memohon program dalam Percepatan ketika berada di peringkat asas jika anda memenuhi kriteria program. Manakala bagi pembimbing pula, kebarangkalian pembimbing adalah yang sama bagi kedua-dua peringkat, namun kaedah bimbingan mereka akan berbeza bergantung kepada peringkat.

Semua ahli akan mendapat keahlian percuma sehingga 31 Disember 2021. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2022 dan seterusnya, RM500/tahun setiap studio bagi keahlian setahun dengan akses penuh Program Inkubasi Digital. Keahlian mesti diperbaharui dengan pembayaran yuran keahlian tahunan.