REVOLUSI MASA DEPAN KANDUNGAN DIGITAL MALAYSIA

Geran Kandungan Digital MDEC adalah pembiayaan Kerajaan yang direka dan dicipta untuk menyokong syarikat kreatif digital tempatan untuk membangun, memproduksi, memproduksi bersama dan memasarkan kandungan digital dalam bentuk animasi, permainan digital, dan kandungan media interaktif.

Tiga objektif utama adalah :

Membangunkan ekosistem yang mampan untuk mencipta peluang pekerjaan, perancangan perniagaan, dan pengembangan pasaran.
Membangun dan meningkatkan kecekapan kreatif, teknikal, dan modal insan tempatan dengan memanfaatkan rakan kongsi antarabangsa.
Mencipta harta intelek yang dimiliki atau dimiliki bersama rakyat Malaysia

SENARAI GERAN YANG DITAWARKAN



GERAN PEMBANGUNAN

Geran Pembangunan memberi fokus kepada peringkat pembangunan sesuatu Projek, iaitu peringkat yang melibatkan penjanaan idea, reka bentuk pengeluaran, penyelidikan pasaran, dan analisa pasaran. Peringkat pembangunan didefinisikan sebagai fasa perancangan Projek

Ini termasuk pembangunan idea kepada skrip kerja, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sesuatu konsep, pelan perniagaan, dan penyediaan dokumen mesra pelabur. Pemohon dengan projek/IP/idea baharu yang termasuk dalam Kategori Projek yang layak adalah digalakkan untuk memohon pembiayaan di bawah Geran Pembangunan.


KRITERIA KELAYAKAN


  1. Pemohon adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia
  2. Lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial Pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia
  3. Pemohon bukan subjek dalam perintah penggulungan dan tidak ada masalah dan sekiranya pemohon mempunyai masalah berterusan (seperti dilaporkan dalam laporan audit terkini), pemohon hendaklah mendapatkan surat ikrar dan/penyataan bertulis daripada pemegang saham syarikat dan/atau pengarah untuk bertanggungjawab ke atas kewangan syarikat.
  4. Sekiranya pemohon telah menerima geran daripada MDEC dan/atau lain-lain Kementerian atau Agensi di bawah Kerajaan Malaysia dengan jumlah melebihi RM150,000 (dalam suatu kes):):
    1. Kesemua geran telah digunakan sepenuhnya; dan
    2. Kesemua projek dibawahnya sudah selesai iaitu kesemua pencapaian telah memenuhi kepuasan pemberi geran tersebut seperti yang diakui dan disahkan oleh pemberi geran tersebut.
  5. TPemohon dapat memenuhi sekurang-kurangya satu (1) daripada yang berikut:
    1. Pemohon menpunyai rekod sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam pembangunan konsep kerja kreatif sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli; atau
    2. Sekiranya pemohon telah beroperasi kurang daripada dua (2) tahun, pemohon hendaklah mempunyai minima dua (2) pekerja [di mana sekurang-kurangnya satu (2) daripada pekerja tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun rekod penyampaian projek (sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli)] dalam pekerjaannya.

TEMPOH PROJEK DIBENARKAN


Sehingga 8 bulan.


SCOPE OF PROJECTS


SKOP PROJEKKategori Projek Yang Layak
ANIMASI
Siri Animasi
Filem Bercirikan Animasi
Beyond Entertainment
(a) Laporan R&D
(b) skrip
(c)  (c) reka bentuk watak dan persekitaran;
(d) ujian animasi atau klip ujian visual;
(e) pengeluaran bahan pitching.
MEDIA INTERAKTIF
Permainan Digital
Gamifikasi
Extended Reality
Beyond Entertainment
(a) Laporan R&D mengenai permainan.
(b) reka bentuk konsep permainan.
(c) ujian prototaip permainan
(d) pengeluaran bahan pitching.
INOVASI DALAM TEKNOLOGI KREATIF (a) Laporan R&D mengenai reka bentuk kandungan;
(b) reka bentuk prototaip;
(c)  ujian prototaip; dan/atau
(d) pengeluaran bahan pitchingmaterials.



GERAN PRODUKSI

Geran Produksi memfokus kepada tahap produksi sesuatu projek yang melibatkan aktiviti mencipta, mengumpul, mengagregatkan dan secara amnya menghasilkan atau menjana kandungan..


KRITERIA KELAYAKAN


  1. Pemohon adalah sebuah syarikat yang diberpadankan di Malaysia.
  2. Pemohon mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000.00.
  3. Lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia
  4. Pemohon bukan subjek dalam perintah penggulungan dan tidak ada masalah dan sekiranya pemohon mempunyai masalah berterusan (seperti dilaporkan dalam laporan audit terkini), pemohon hendaklah mendapatkan surat ikrar dan/penyataan bertulis daripada pemegang saham syarikat dan/atau pengarah untuk bertanggungjawab ke atas kewangan syarikat
  5. Sekiranya pemohon telah menerima geran daripada MDEC dan/atau lain-lain Kementerian atau Agensi di bawah Kerajaan Malaysia dengan jumlah melebihi RM250,000 (dalam suatu kes):
    1. Kesemua geran telah digunakan sepenuhnya; dan
    2. Kesemua projek dibawahnya sudah selesai iaitu kesemua pencapaian telah memenuhi kepuasan pemberi geran tersebut seperti yang diakui dan disahkan oleh pemberi geran tersebut.
  6. Pemohon dapat memenuhi sekurang-kurangya satu (1) daripada yang berikut:
    1. Pemohon menpunyai rekod sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam pembangunan konsep kerja kreatif sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli; atau
    2. Di mana pemohon telah beroperasi kurang daripada dua (2) tahun, pemohon hendaklah mempunyai minima dua (2) pekerja [di mana sekurang-kurangnya satu (2) daripada pekerja tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun rekod penyampaian projek (sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli)] dalam pekerjaannya.

TEMPOH PROJEK DIBENARKAN

Sehingga 24 bulan.


SKOP PROJEK


Kategori Projek Yang LayakOutput Yang Dibenarkan:
ANIMASI
Siri Animasi
Filem Bercirikan Animasi
Beyond Entertainment
Siri Animasi yang lengkap, filem tayangan atau kandungan beyond entertainment
MEDIA INTERAKTIF
Permainan Digital
Gamifikasi
Extended Reality
Beyond Entertainment
Permainan yang lengkap dan boleh dimainkan, extended reality atau kandungan beyond entertainment
INOVASI DALAM TEKNOLOGI KREATIFBukti dokumentari lengkap dalam projek inovasi dalam teknologi kreatif



GERAN PRODUKSI BERSAMA

Geran Produksi Bersama direka khusus untuk memberikan bantuan kewangan kepada sesuatu projek yang termasuk dalam Kategori Projek yang Layak untuk produksi bersama (co-production) oleh syarikat Malaysia dan satu atau lebih syarikat asing.

Setiap produksi bersama dibuat mengikut perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak di atas, di mana semua hak, tanggungjawab, keperluan khusus, dan pencapaian Projek dinyatakan dengan jelas.


KRITERIA KELAYAKAN

  1. Pemohon adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia
  2. Pemohon mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000.00.
  3. Lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial Pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia
  4. Pemohon bukan subjek dalam perintah penggulungan dan tidak ada masalah dan sekiranya pemohon mempunyai masalah berterusan (seperti dilaporkan dalam laporan audit terkini), pemohon hendaklah mendapatkan surat ikrar dan/penyataan bertulis daripada pemegang saham syarikat dan/atau pengarah untuk bertanggungjawab ke atas kewangan syarikat
  5. Pemohon telah memeterai kontrak bertulis ATAU pengaturan yang komited dengan syarikat produksi bersama (Rakan produksi bersama asing) untuk produksi bersama projek tersebut;
  6. Pemohon telah menerima pengesahan bertulis daripada:
    1. Rakan produksi bersama asing yang menunjukkan kemampuan kewangannya untuk menyelesaikan bahagian Projeknya; dan
    2. Sekurang-kurangnya satu (1) penyiar atau pengedar yang mempunyai niat pra-jualan/pengedaran (untuk Siri Animasi sahaja))
  7. Di mana pemohon telah menerima geran daripada MDEC dan/atau lain-lain Kementerian atau Agensi di bawah Kerajaan Malaysia dengan jumlah melebihi RM250,000 (dalam suatu kes):
    1. Kesemua geran telah digunakan sepenuhnya; dan
    2. Kesemua projek dibawahnya sudah selesai iaitu kesemua pencapaian telah memenuhi kepuasan pemberi geran tersebut seperti yang diakui dan disahkan oleh pemberi geran tersebut.
  8. Pemohon dapat memenuhi sekurang-kurangya satu (1) daripada yang berikut:
    1. Pemohon menpunyai rekod sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam pembangunan konsep kerja kreatif sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli; atau
    2. Di mana pemohon telah beroperasi kurang daripada dua (2) tahun, pemohon hendaklah mempunyai minima dua (2) pekerja [di mana sekurang-kurangnya satu (2) daripada pekerja tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun rekod penyampaian projek (sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli)] dalam pekerjaannya.

TEMPOH PROJEK DIBENARKAN

Sehingga 24 bulan.


SKOP PROJEK


Kategori Projek Yang LayakOutput Yang Dibenarkan:
ANIMASI
Siri Animasi
Filem Bercirikan Animasi
Beyond Entertainment
Siri Animasi yang lengkap, filem tayangan atau kandungan beyond entertainment
MEDIA INTERAKTIF
Permainan Digital
Gamifikasi
Extended Reality
Beyond Entertainment
Permainan yang lengkap dan boleh dimainkan, extended reality atau kandungan beyond entertainment
INOVASI DALAM TEKNOLOGI KREATIFBukti dokumentari lengkap dalam projek inovasi dalam teknologi kreatif



Pemecut Eksport Industri Kreatif dan Pembangunan Perusahaan (CREED)

Pemecut Eksport Industri Kreatif dan Pembangunan Perusahaan (Creative Industry Export Acceleration and Enterprise Development / CREED) merupakan dana menyeluruh untuk menyokong pertumbuhan dan kelestarian industri jangka panjang. CREED direka untuk menyokong syarikat kandungan kreatif yang ditubuhkan dengan sejarah kejayaan IP yang dibangunkan dan dikomersialkan.


KRITERIA KELAYAKAN

    1. Pemohon adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia

    2. Pemohon mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000.00.

    3. Lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial Pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia

    4. Pemohon bukan subjek dalam perintah penggulungan dan tidak ada masalah dan sekiranya pemohon mempunyai masalah berterusan (seperti dilaporkan dalam laporan audit terkini), pemohon hendaklah mendapatkan surat ikrar dan/penyataan bertulis daripada pemegang saham syarikat dan/atau pengarah untuk bertanggungjawab ke atas kewangan syarikat.

    5. Pemohon hendaklah mempunyai rakan tempatan, serantau, atau antarabangsa, pelabur, penyiar atau pengedar untuk menyokong Projek tersebut.

    6. Pemohon merupakan syarikat berstatus MSC Malaysia selama setahun ke atas dalam kluster Kandungan Kreatif Digital

    7. Pemohon telah mengkomersialkan IP secara tempatan atau global

    8. Pemohon pernah terlibat dalam aktivti Pelesenan & Barang Niaga bagi IP sebelumnya

    9. Projek yang dicadangkan merupakan projek :

      i. Dimiliki atau dimiliki bersama oleh pemohon atau pemohon mempunyai hak untuk mengeksploitasi projek;
      ii. Tidak pernah diterbitkan / disiarkan; 

      iii. Tidak pernah dihantar kepada atau dihasilkan dengan ada kaitan dengan pesaing lain atau program inisiatif kerajaan

    Sekiranya pemohon telah menerima geran daripada MDEC dan/atau lain-lain Kementerian atau Agensi di bawah Kerajaan Malaysia dengan jumlah melebihi RM500,000 (dalam suatu kes):

      i. Kesemua geran telah digunakan sepenuhnya; dan
      ii. Kesemua projek di bawahnya sudah selesai iaitu kesemua pencapaian telah memenuhi kepuasan pemberi geran tersebut seperti yang diakui dan disahkan oleh pemberi geran tersebut..

TEMPOH PROJEK DIBENARKAN


Sehingga 60 bulan.


SKOP PROJEK


Kategori Projek Yang LayakOutput Yang Dibenarkan:
ANIMASI
Siri Animasi
Filem Bercirikan Animasi
Beyond Entertainment
(a)(a) Siri Animasi yang lengkap, Filem Bercirikan Animasi atau Kandungan Beyond Entertainment
(b) Pelan Pemasaran & promosi
(c) Pendapatan yang dijana
(d) Jualan Eskport
MEDIA INTERAKTIF
Permainan Digital
Gamifikasi
Extended Reality
Beyond Entertainment
(a) Permainan yang boleh dimainkan dengan lengkap, gamifikasi, extended reality atau kandungan beyond entertainment
(b) (b) Pelan Pemasaran & promosi
(c) Pendapatan yang dijana
(d) Jualan Eskport



GERAN PEMASARAN & PELESENAN IP

Geran Pemasaran & Pelesenan IP meruapakan bantuan kewangan yang disediakan untuk pencipta IP dengan produk siap pasaran. Ini termasuk sambungan IP, pendaftaran IP, pembangunan panduan gaya dan aktiviti lain yang berkaitan dengan pemasaran, promosi, penyetempatan, pengkomersialan, pelesenan atau pengedaran.


KRITERIA KELAYAKAN

  1. Pemohon adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia
  2. Lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial Pemohon terletak hak pada warganegara Malaysia
  3. Pemohon bukan subjek dalam perintah penggulungan dan tidak ada masalah dan sekiranya pemohon mempunyai masalah berterusan (seperti dilaporkan dalam laporan audit terkini), pemohon hendaklah mendapatkan surat ikrar dan/penyataan bertulis daripada pemegang saham syarikat dan/atau pengarah untuk bertanggungjawab ke atas kewangan syarikat.
  4. Sekiranya pemohon telah menerima geran daripada MDEC dan/atau lain-lain Kementerian atau Agensi di bawah Kerajaan Malaysia dengan jumlah melebihi RM150,000 (dalam suatu kes):
    • Kesemua geran telah digunakan sepenuhnya; dan
    • Kesemua projek dibawahnya sudah selesai iaitu kesemua pencapaian telah memenuhi kepuasan pemberi geran tersebut seperti yang diakui dan disahkan oleh pemberi geran tersebut.
  5. Pemohon dapat memenuhi sekurang-kurangya satu (1) daripada yang berikut:
    • Pemohon menpunyai rekod sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam pembangunan konsep kerja kreatif sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli; atau
    • Di mana pemohon telah beroperasi kurang daripada dua (2) tahun, pemohon hendaklah mempunyai minima dua (2) pekerja [di mana sekurang-kurangnya satu (2) daripada pekerja tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun rekod penyampaian projek (sama ada sebagai penyedia perkhidmatan penyumberan luar atau dalam penciptaan karya asli)] dalam pekerjaannya.
  6. Pemohon sudah mempunyai keluaran yang sedia ke pasaran dan dikomersialkan. Pemohon hendaklah mempunyai
    • Strategi pemasaran dan kemungkinan hasilnya dan
    • Treler / episode perintis / prototaip permainan atau
    • Kitab produksi atau
    • Series animasi lengkap atau ciri animasi atau
    • Permainan yang boleh dimainkan dengan lengkap

TEMPOH PROJEK DIBENARKAN


Sehingga 12 bulan.


SCOPE OF PROJECTS


Kategori Projek Yang LayakOutput Yang Dibenarkan:
ANIMASI
Siri Animasi
Filem Bercirikan Animasi
Beyond Entertainment
(a) Pelaksanaan pemasaran & promosi
(b)  Peluang berpotensi
(c)  Surat niat
(d) Sekurang-kurangnya dua (2) sesi pitching kepada pembeli / pelaburs
(e) Media coverage
MEDIA INTERAKTIF
Permainan Digital
Gamifikasi
Extended Reality
Beyond Entertainment
(a) Pelaksanaan pemasaran & promosi
(b) Peluang berpotensi
(c)  Aturan penerbit
(d) Sekurang-kurangnya dua (2) sesi pitching kepada pembeli / pelabur
(e) Liputan mediae


TERMA & SYARAT


  1. Setiap pemohon MESTI memenuhi Kriteria Kelayakan bagi setiap jenis geran
  2. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) projek bagi semua kategori (Animasi, Kandungan Interaktif dan Innovasi dalam Teknologi Kreatif)
  3. Bagi aplikasi Dana Pengeluaran, pemohon MESTI sudah mempunyai teaser/treler animasi, episod animasi, prototaip permainan/permainan yang telah dibangunkan atau demo permainan/produk


PENERIMA GERAN SEBELUMNYA


Generated by wpDataTables

PENDAFTARAN KINI DITUTUP