Zon Perdagangan Bebas Digital atau DFTZ merupakan inisiatif strategik kebangsaan yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi menyokong perdagangan rentas sempadan . Menerusinya, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan didorong untuk melakukan pendigitalan operasi masing -masing bagi memudahkan akses ke pasaran global melalui e-dagang.

MENINGKATKAN PENYERTAAN MALAYSIA DALAM E-DAGANG RENTAS SEMPADAN

DFTZ diwujudkan menerusi kerjasama pelbagai kementerian, agensi dan pemain industri e-dagang. Inisiatif ini memfokuskan usaha dan sokongan kepada PKS tempatan memanfaatkan digitalisasi, mengeksport produk, memanfaatkan peluang dan seterusnya menarik pelaburan untuk menubuhkan hab e-dagang serantau di Malaysia.


BIDANG TUMPUAN



PKS tempatan dapat memanfaatkan program berikut untuk memudahkan akses ke pasaran serantau dan global.


  • Meningkatkan kemampuan PKS tempatan dalam e-dagang
  • Memperluas akses pasaran melalui pelbagai e-Marketplaces serantau dan global
  • Memacu permintaan produk Malaysia melalui promosi dan kempen yang berstruktur


  • MDEC bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi pendigitalan kemudahan perdagangan menerusi Platform eServices DFTZ. Kerjasama ini adalah untuk melancarkan urusan penyerahan, pemprosesan , perisytiharan untuk pelepasan sempadan dan mengurangkan risiko.


    Jabatan kastam di seluruh dunia perlu meningkatkan kecekapan membabitkan pengurusan perdagangan untuk memenuhi harapan pembeli yang inginkan transaksi e-dagang rentas sempadan dilaksanakan dengan pantas. Kerjasama antara MDEC dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) penting untuk melaksanakan kemudahan perdagangan digital, memastikan kepantasan dan kecekapan urusan sempadan berdasarkan serta perdagangan berasaskan data.


    Sebagai penghargaan, MDEC menerima anugerah Sijil Merit Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) ketika sambutan Hari Kastam Antarabangsa ke-38 (ICD) 2020 yang diadakan baru-baru ini.Anugerah dikurniakan kepada MDEC ini mewakili Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), adalah penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang diberikan kepada komuniti kastam antarabangsa dan pengiktirafan bagi kerjasama MDEC dengan JKDM untuk mendigitalkan pemudahan perdagangan di Malaysia


    MDEC menerima anugerah Sijil Merit Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) mewakili Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)


    Untuk meningkatkan daya saing eksport PKS tempatan ke e-Dagang, usaha berterusan sedang dilakukan oleh kementerian dan agensi yang berkaitan. Ini penting bagi memastikan pemain logistik dapat meningkatkan kecekapan dalam operasi pelabuhan dan pergerakan kargo.


    Syarikat asing dan tempatan didorong untuk membuat pelaburan untuk menubuhkan pusat eFulfilment e-Dagang serantau mereka di Malaysia. Pelaburan tersebut diharapkan dapat mewujudkan pekerjaan, mendorong pemindahan teknologi dan serta pertumbuhan rantaian bekalan e-dagang tempatan.


    INISIATIF PELBAGAI AGENSI

    Diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MDEC yang bekerjasama dengan kementerian -kementerian berkaitan

    Pembangunan PKS

    Pelepasan Sempadan

    Pelaburan

    Kemudahan Eksport

    Logistik


    TONGGAK UTAMA

    Pada akhir 2019, DFTZ telah memanfaatkan lebih 13,000 PKS tempatan yang mendapat akses ke
    pasaran e-dagang serantau dan global
    . Ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding hanya sekitar 2,000 pada hujung 2017.

    13,000+

    PKS

    60+

    PEMBOLEH UPAYA

    PEMBOLEH UPAYA

    MULAKAN PERJALANAN E-DAGANG RENTAS SEMPADAN ANDA SEKARANG NOW

    MASYARAKAT    PROGRAM