Mempercepat Digitalisasi Negara

Bahagian penting untuk menguruskan Ekonomi Digital yang berdaya saing adalah dengan memastikan industri tempatan dapat menyesuaikan diri dengan gangguan digital global yang berlaku dengan pantas. Untuk itu, kami telah melancarkan Program Percepatan Transformasi Digital (DTAP) untuk membantu syarikat berkembang dan berdaya tahan.

Sebagai program berdasarkan hasil, DTAP bertujuan untuk menyediakan syarikat-syarikat Malaysia dengan alat yang diperlukan untuk membantu mereka memulakan perjalanan transformasi digital. Matlamat program ialah untuk membantu perniagaan mencapai matlamat transformasi digital mereka.

Objektif Kami

Menyesuaikan diri dengan gangguan digital boleh disifatkan sebagai cabaran getir terutama bagi syarikat yang mempunyai sumber yang terbatas. Untuk itu, DTAP dilancarkan dengan mempertimbangkan dua objektif utama:

  • Untuk memastikan syarikat -syarikat ini supaya mampu terus bersaing pada masa hadapan
  • Untuk menyediakan pendekatan berstruktur dan pakar global melalui Makmal Transformasi Digital kepada syarikat yang mengambil bahagian dalam perjalanan transformasi digital mereka.

Geran Perintis DTAP

Hasil kerjasama antara MDEC dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Geran Perintis DTAP diperkenalkan bertujuan untuk membantu syarikat memanfaatkan kepakaran dan bantuan Makmal Transformasi Digital dalam menangani gangguan perniagaan yang dialami atau memanfaatkan peluang di ruang digital, sserta mengadaptasi teknologi digital yang baharu.

Berikut merupakan cara syarikat anda boleh memohon geran tersebut.

Langkah 1:

Muat turun garis panduan program DTAP

Muat turun

Langkah 2

Kenal pasti permasalahan utama perniagaan anda

Langkah 3

Bertemu dengan Rakan Makmal Transformasi Digital kami

Langkah 4

Cari peluang di ruang digital

Cerita Kejayaan

Selama bertahun-tahun, banyak syarikat tempatan bergantung pada DTAP untuk mencapai objektif transformasi digital mereka. Berikut adalah beberapa syarikat yang mendapat keuntungan dari DTAP:

Makmal Transformasi Digital

Ketahui bagaimana Makmal Transformasi Digital kami dapat membantu syarikat dengan rancangan Transformasi Digital

Ketahui Lebih Lanjut

VIDEO TESTIMONI YANG BERJAYA

Berikut adalah beberapa syarikat yang berjaya menyelesaikan transformasi digital mereka dengan jayanya.

Ketahui Lebih Lanjut

TRANSFORMASI PERNIAGAAN ANDA HARI INI

Ketahui bagaimana Makmal Transformasi Digital kami dapat membantu syarikat dengan rancangan Transformasi Digital mereka

Ketahui Lebih Lanjut