GERAN KANDUNGAN DIGITAL PRISMA (DCG PRISMA)

DCG PRISMA telah diperkenalkan pada 2021 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai sebahagian daripada program di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA). Ini merupakan program yang menawarkan geran yang dilaksanakan dalam tempoh 3 - 6 bulan untuk membantu pemain industri kreatif tempatan menghasilkan harta intelek baharu dan menarik, melaksanakan pemasaran digital dan aktiviti - aktiviti pengedaran harta intelek.

OBJEKTIF

Untuk mendorong penciptaan kandungan kreatif digital baharu yang ada supaya dapat diterima, dipasarkan dan dipamerkan di seluruh dunia

Untuk memberi peluang dan menyediakan platform kepada pencipta kandungan kreatif digital untuk mengembangkan dan menghasilkan kandungan kreatif digital

Untuk menyokong pencipta kandungan kreatif digital dalam pemasaran digital dan mempromosikan kandungan kreatif digital sedia ada

KATEGORI PROJEK

Harta Intelek Baharu / Sedia Ada

ANIMASI

RM 50 ribu untuk menghasilkan Filem Animasi Pendek / Episod Pilot / PSA / Sizzle Trailer dalam masa 6 bulan

MEDIA INTERAKTIF/PERMAINAN DIGITAL

RM 50 ribu untuk menghasilkan Permainan Digital atau Media Interaktif yang lengkap (Demo, Kandungan Yang Boleh Dimuat turun) dalam masa 6 bulan

digital COMIC

RM 15 ribu untuk menghasilkan Komik Digital atau Komik Motion lengkap (Minimum 44 halaman / 264 kolum komik digital) dalam masa 3 bulan

Harta Intelek Sedia Ada

Animasi • Media Interaktif / Permainan Digital • Komik Digital

RM50 ribu untuk menghantar bahan- bahan pemasaran dan melaksanakan pelan pemasaran dalam tempoh 6 bulan

Contoh aktiviti di bawah Pendedahan IP / Pemasaran Digital:

 

  • Pembangunan pembiayaan awam

  • Pembangunan sambungan IP seperti animasi, trailer, aplikasi permainan komik, buku seni, runut bunyi atau lagu yang dikembangkan sebagai alat pemasaran

  • Pendaftaran IP di Malaysia dan di luar negara – cap dagang dan hak cipta

  • Kos promosi media – waktu tayangan, iklan cetak, iklan digital, media sosial, penstriman langsung dan  influencer

  • Pembangunan garis panduan untuk gaya

 

PEMOHON YANG LAYAK

SYARIKAT

  • Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016; dan

  • Aktif dan minima 51% ekuiti dimiliki rakyat Malaysia


ENTERPRISE

  • Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956
  • Aktif dan minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia

  • PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

    • Didaftarkan di Malaysia di bawah Akata Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; dan
    • Aktif dan minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia

    • Tidak tertakluk kepada kepada perintah pembubaran, penggulungan dan muflis dan tidak mempunyai isu usaha berterusan

    • Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika terdapat sebarang hubungan perniagaan/hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC

    • Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika tersenarai sebagai pesalah rasuah di SPRM

    • Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan jika mereka berada di bawah sebarang litigasi

    • Syarikat yang mempunyai pemegang saham yang sama hanya boleh mengemukakan satu permohonan untuk geran yang dipohon dalam MDEC

    • Jika syarikat sebelum ini telah menerima sebarang geran MDEC/kerajaan, pemohon mesti:
      a)Mengemukakan bukti projek telah diselesaikan dan
      b)Mengisytiharkan sebarang notis ketidakpatuhan/pelanggaran yang direkodkan dalam tempoh projek yang dibiayai.

    • Bukan penyiar, rangkaian televisyen, platform OTT (over-the top) dan syarikat media

    • Perniagaan syarikat ialah perkhidmatan berkaitan teknologi

    GARIS MASA

    Jun-Jul 2022
    Ogos 2022
    Sept 2022
    Okt 2022
    Dis 2022
    Feb 2023

    TARIKH TUTUP

    29 Julai 2022, 6 Petang

    Kejayaan setiap permohonan adalah tertakluk kepada permohonan yang lengkap, dana yang sedia ada dan penilaian projek

    TAKLIMAT ATAS TALIAN

    Pendaftaran untuk sesi taklimat atas talian klik disini

    PEMBAYARAN & PENGHANTARAN PROJEK

    Pembangunan & Pengeluaran

    PERINGKAT PEMBANGUNAN

    50% JUMLAH YANG DILULUSKAN

     

    Dokumen reka bentuk projek seperti ;

    • Jalan cerita dan deraf skrip atau dokumen reka bentuk ; dan
    • Reka bentuk Latarbelakang atau reka bentuk konsep ; dan
    • Perwatakan (reka bentuk, profil, hubungan) atau
    • Konsep aset seni.

    Peringkat Produksi & Akhir

    50% daripada jumlah yang diluluskan

    -Filem Animasi Pendek atau Episod Pilot atau Treler Sizzle atau Kandungan Pesanan Khidmat Awam (PSA)  lengkap atau/dan;

    -Permainan Digital atau Media Interaktif lengkap (Demonstrasi atau Prototaip) atau/dan;

    -Komik Digital atau Komik Bergerak lengkap (Minimum 44 halaman atau  264 jalur komik digital) dan;

    • Laporan Akhir Projek ; dan
    • Penyata perbelanjaan disokong dengan bukti pembayaran yang berkaitan dengan semua kos yang dibenarkan ditanggung untuk projek dan dituntut di bawah geran.

    PENDEDAHAN IP DAN PEMASARAN Digital

    Peringkat perancangan

    50% daripada jumlah yang diluluskan

    • 6 bulan pelan perancangan eksploitasi dan pemasaran harta intelek.

    Peringkat Produksi & Akhir

    50% daripada jumlah yang diluluskan

    • Kandungan dokumentasi aktiviti eksploitasi IP dan pemasaran dan;
    • Laporan projek mengandungi daripada aktiviti eksploitasi IP dan pemasaran dan;
    • Penyata perbelanjaan disokong dengan bukti pembayaran yang berkaitan dengan semua kos yang dibenarkan ditanggung untuk projek dan dituntut di bawah geran

    KOS YANG DIBENARKAN

    Perbelanjan yang layak

    • Tenaga Kerja
    • Perisian & Perkakasan
    • Penyumberan Luar
    • Eksploitasi IP/Pemasaran Digital : Semua kos yang yang berkaitan dengan aktiviti – aktiviti Eksploitasi IP/Pemasaran Digital

     

    Perbelanjaan yang tidak layak

    • Sebarang bentuk cukai
    • Perbelanjaan operasi syarikat seperti utiliti (bil telefon, elektrik), percetakan, penyewaan pejabat, alat tulis, bayaran kesetiausahan, bayaran audit
    • Perbelanjaan perjalanan termasuk mileage, makanan, minuman dan penginapan
    • Perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek

    Baca soalan lazim yang kami lampirankan dalam dokumen di bawah