STUDIO PENCIPTA KANDUNGAN KREATIF DIGITAL

Latihan Amali Bagi Kandungan Kreatif Digital

Sebuah program penghubung industri

*Tarikh Tutup: 31 Ogos 2022

Apakah Studio Pencipta Kandungan Kreatif Digital?

Studio Pencipta Kandungan Kreatif Digital merupakan sebuah program yang menggalakkan perkongsian antara MDEC dan studio global/tempatan untuk saling memanfaatkan ekosistem kandungan kreatif digital, khususnya kumpulan bakat & studio kreatif di Malaysia.

 

Program ini memberi peluang kepada studio untuk memberi latihan pekerjaan kepada belia Malaysia yang berkemahiran serta menjadi laluan kerjaya untuk masuk ke industri dan turut membantu kekurangan bakat yang dialami di seluruh dunia.

Apa yang Ditawarkan?

Insentif elaun latihan untuk studio melatih pelatih

Latihan Projek Sebenar berkaitan pembangunan kandungan kreatif digital

Peluang latihan pekerjaan

Jadilah rakan kongsi kami untuk memupuk bakat pelatih anda!

Latihan Projek Sebenar 3 - 6 bulan!

Dapatkan elaun bulanan RM1,200.00 seorang dengan komitmen pembiayaan dari MDEC! Ketahui maklumat lanjut dalam Soalan Lazim.

*Tarikh Tutup: 31 Ogos 2022

Faedah Rakan Kongsi: Studio

Faedah bagi Studio yang bekerjasama dalam Program ini:

  • Peluang pemasaran dan penjenamaan bersama MDEC bagi latihan amali studio dan program pengambilan pelatih melalui rangkaian sedia ada
  • Mengakses ke rangkaian MDEC yang terdiri dari > 50 institut pengajian tinggi (IPT) dan lebih dari 350 studio kreatif yang aktif

  • Modul latihan yang mengikut kesesuaian studio (rakan kongsi digalakkan untuk menyesuaikan modul dan perlaksanaan pembelajaran)
  • Modul ditentukan oleh proses dalaman pengambilan pekerja dan latihan amali studio dengan syarat penglibatan kepada projek sebenar
  • Peluang bimbingan untuk kakitangan
  • Memupuk kemahiran kepimpinan bagi pekerja sedia ada
  • Tenaga kerja tambahan untuk membantu dalam pembangunan produk atau perkhidmatan
  • Peluang untuk pengambilan pekerja peringkat awal
  • Membentuk pemimpin pemikiran dan penceramah dalam kandungan kreatif digital Malaysia

Kriteria Kelayakan

  • *Studio kandungan kreatif digital diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia di bawah:
    • Akta Syarikat 2016
    • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
    • Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
    • Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah)
    • Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan (Sarawak)

*Rakan kongsi pilihan adalah studio kandungan kreatif digital yang terdiri dari animasi harta intelek (IP), perkhidmatan animasi, pembangunan permainan digital, perkhidmatan pembangunan permainan digital

 

  • Tidak menjadi subjek pembubaran/penggulungan/tidak aktif
  • Bukan majikan sektor awam, badan berkanun persekutuan & negeri dan pihak berkuasa tempatan
  • Menawarkan latihan Projek Sebenar yang berkaitan dengan kandungan kreatif digital sekurang-kurangnya tiga (3) bulan hingga enam (6) bulan
  • Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / pengurus kanan perlu mengisytihar dan mendedahkan jika terdapat sebarang hubungan perniagaan yang rapat / hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC
  • Graduan baru, menganggur & individu yang diberhentikan kerja – seorang warganegara Malaysia; berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
  • Bukan ahli keluarga terdekat [pasangan, ibu bapa, anak (termasuk anak angkat atau anak tiri), abang atau kakak, pasangan anak, abang atau kakak] pengarah/pemegang saham/pengurusan tertinggi studio pengambilan pekerja
  • Bukan penerima manfaat semasa mana-mana insentif MyDigitalWorkforce Work In Tech (MYWIT) dalam mana-mana syarikat
  • Bukan sebahagian dari program Penjana Kerjaya 2.0 dan Penjana KPT-CAP

Proses Permohonan dan Pembayaran Balik

Langkah 1

Senarai pendek dan lantik pelatih (5 hingga 20 orang pelatih)

Langkah 2

Hantar permohonan secara dalam talian

Langkah 3

Terima maklumbalas permohonan dari MDEC

Langkah 4

Tandatangani perjanjian perkongsian bersama MDEC

Langkah 1

Daftar sistem eInvois MDEC

Langkah 2

Hantar tuntutan dan dokumen sokongan melalui sistem eInvois MDEC

Langkah 3

MDEC membuat pembayaran tuntutan melalui pindahan wang secara dalam talian

Step 1

Shortlist and Hire Trainess (5 to 20 trainees)

Step 2

Submit application online

Step 3

Receive notification from MDEC

Step 4

Sign the partnership agreement with MDEC

Step 1

Register with MDEC e-invoice system

Step 2

Submit claim & supporting documents via MDEC e-invoice system

Step 3

MDEC disburse claim via online bank transfer

HUBUNGI KAMI!

Sila hubungi kami jika anda memerlukan bantuan lanjut. Hanya dengan satu klik sahaja!

SOALAN LAZIM

Setiap studio kreatif harus mempunyai minat dan tanggungjawab bersama MDEC dalam melaksanakan program latihan amali dan kemahiran di tempat kerja. Kedua-dua pihak boleh berkongsi sumbangan (dalam bentuk tunai dan/atau barangan) dan terdapat pembayaran kewangan bagi kedua-dua pihak.​

Program latihan Projek Sebenar selama tiga (3) hingga enam (6) bulan.
Hasilnya adalah untuk melahirkan bakat yang berkelayakan tinggi dalam bidang kandungan kreatif digital dan meningkatkan daya tarikan Malaysia bagi pelaburan langsung asing dan pengembangan studio.

Latihan Projek Sebenar yang berkaitan pembangunan kandungan kreatif digital

  • MDEC akan membiayai bantuan kewangan sehingga maksimum RM1,200.00 sebulan setiap pelatih (maksimum enam bulan)
  • Rakan Kongsi Industri: Setiap rakan kongsi perlu membayar gaji bulanan minimum RM1,500.00 sebulan bagi setiap pelatih

Projek yang sedang diusahakan oleh Rakan Kongsi dalam skop Kandungan Kreatif Digital

Siswazah baru /individu yang diberhentikan kerja/penganggur* ; warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun bagi  peranan yang berkaitan dengan pembangunan kandungan kreatif digital (tidak mempunyai pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 2 bulan)

Program ini direka bentuk untuk menjadi penghubung antara IPT dan studio, oleh itu kumpulan umur ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan graduan IPT, belia, bakat baru dalam tenaga kerja

Tidak. Program ini hanya terbuka kepada calon warganegara Malaysia

Rakan Kongsi boleh melantik minima 5 pelatih dan maksimum 20 orang pelatih untuk menyertai program Studio Pencipta Kandungan Kreatif Digital

Rakan kongsi perlu memberi elaun bulanan minimum sebanyak RM1,500.00/pelatih dan MDEC akan memberi insentif bulanan sebanyak RM1,200.00 /pelatih

Insentif elaun latihan akan dibayar balik berdasarkan pencapaian setiap tiga (3) bulan

Rakan Kongsi diberi masa dua (2) bulan dari tempoh tamat program untuk mengemukakan tuntutan akhir dan laporan penutupan latihan