Whistleblowing
MDEC komited dalam menegakkan integriti, ketelusan dan governans terbaik dalam tatacara operasi kami. Atas tujuan ini, jika pekerja MDEC mahupun orang awam yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan yang salah, boleh mengajukan laporan atau pendedahan sepertimana pematuhan dalam Polisi Pemberian Maklumat MDEC. .
Perlakuan yang salah termasuk mana-mana kesalahan, penyalahgunaan kuasa, aktiviti tidak jujur yang dianggap tidak beretika atau melanggar peraturan, panduan, polisi dalaman dan prosedur MDEC yang meliputi:
Sepertimana yang termaktub dalam SPRM, semua pendedahan akan diuruskan oleh Jabatan Integriti dan Governans (IGD) MDEC menerusi proses pemberian maklumat. Kesemua maklumat yang didedahkan termasuk maklumat mengenai sifat sesuatu kelakukan yang tidak betul dan indentiti pemberi maklumat akan dirahsiakan melainkan sepertimana yang dikehendaki di bawah peruntukan mana-mana undang-undang dan mahkamah yang kompeten.
Pekerja MDEC atau orang awam boleh menghantar pendedahan mereka menerusi borang ini disertakan dengan bukti atau dokumen yang boleh menyokong pendedahan anda ke mana-mana saluran laporan berikut dan pendedahan anda akan dijamin kerahsiannya:
Sampul surat yang tertutup kemas dengan label “Untuk dibuka oleh Ketua, Jabatan Integriti dan Governans (IGD) sahaja”, di alamat:
Ketua, Jabatan Integriti dan Governans (IGD),
MDEC HQ, 2360, Persiaran APEC,
63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Anda juga boleh menghantar emel pemberian maklumat [email protected]
PERTANYAAN
Anda boleh berhubung mengenai Jabatan Integriti dan Governans (IGD) secara bersemuka, surat, telefon dan emel seperti maklumat di bawah:
Jabatan Integriti dan Governans
Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D)
2360, Persiaran APEC
63000, Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Talian Langsung :+603 8315 3293
Email: [email protected]