MAJLIS
OPERASI MDEC

TEMUI PASUKAN KAMI

Lembaga Pengarah disokong oleh Majlis Operasi MDEC yang diketuai oleh Mahadhir Aziz. Kumpulan ini membawa pengalaman luas dan pengetahuan industri dalam bidang masing-masing dan secara kolektif bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyampaikan objektif pembangunan industri dan transformasi digital. 

MAHADHIR AZIZ

Ketua Pegawai Eksekutif

Mahadhir telah mempengerusikan pelbagai jawatankuasa strategik dengan memberi fokus kepada pembangunan dan peraturan berkaitan Teknologi Masa Depan Malaysia, termasuk sebagai Panel Penasihat Kawal Selia Sandbox Negara (NRS).

Sebagai peneraju industri yang dikenali, Mahadhir mempunyai rekod cemerlang melebihi 20 tahun dalam pelbagai industri seperti Perkhidmatan Kewangan, Tenaga (Minyak dan Gas), Teknologi Maklumat dan Media, serta pernah berkhidmat di organisasi tempatan dan global seperti Deloitte Consulting, Kodak, PETRONAS dan AmInvestment Bank.

Sebelum pelantikan ini, Mahadhir Aziz adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise sejak ia ditubuhkan pada 2017. Futurise, anak syarikat Cyberview sepenuhnya, merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat untuk mengawal selia Sandbox Negara (National Regulatory Sandbox (NRS). Pada Mac 2020, Mahadhir dipilih sebagai ahli pengasas Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) di bawah Kementerian Kewangan.

Mahadhir telah dilantik sebagai Pengurus Besar di Cyberview pada 2015 dan memainkan peranan besar dalam pembangunan Blueprint Pusat Teknologi Global Cyberjaya dan pelaksanaannya. Antara projek transformasi teknologi dan digital penting di bawah seliaan beliau termasuklah Majlis Inovasi Bandar (City Innovation Council) yang dipertanggung jawabkan untuk melaksanakan fungsi Bandar Pintar termasuk program Cyberjaya Tanpa Tunai (cashless).

Mahadhir telah mempengerusikan pelbagai jawatankuasa strategik dengan memberi fokus kepada pembangunan dan peraturan berkaitan Teknologi Masa Depan Malaysia, termasuk sebagai Panel Penasihat Kawal Selia Sandbox Negara (NRS). Mahadhir juga terlibat dalam pelbagai jawatankuasa termasuklah

Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Panel Peraturan Industry4WRD Malaysia di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Di peringkat antarabangsa, Mahadhir telah mewakili Malaysia di Forum Ekonomi Krasnoyarsk (2015 – Forum Ekonomi Dunia cawangan Russia), Kongres Ekspo Bandar Pintar Dunia (2016–2018) di Barcelona (di mana beliau diperakui sebagai antara peneraju inisiatif bandar pintar dunia), Forum Transformasi Global (2017) dan Forum Urban Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2018), yang kemudiannya menyaksikan beliau dijemput sebagai ahli panel Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Mahadhir juga amat komited dalam pembangunan komuniti dan masyarakat secara amnya. Beliau telah menyumbang tenaga secara pro-bono untuk Institut Pengurusan Projek (PMI), di mana beliau merupakan Penyemak dan Penyumbang Kandungan Buku Projek Pengurusan Body of Knowledge (PMBOK). Buku berkenaan berperanan untuk memberi garis panduan kepada semua pengurus projek yang diiktiraf PMI (Pengurusan Projek Profesional – PMP) di seluruh dunia.

Beliau juga aktif dalam sistem pendidikan Malaysia di peringkat universiti dan sekolah menengah, merangkumi kerja-kerja kesukarelawanan hingga ke kesenian dan STEM. Mahadhir merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Lakehead University dengan Minor dalam Perniagaan dan beliau berdaftar sebagai ahli teknologis dengan Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Mahadhir telah mempengerusikan pelbagai jawatankuasa strategik dengan memberi fokus kepada pembangunan dan peraturan berkaitan Teknologi Masa Depan Malaysia, termasuk sebagai Panel Penasihat Kawal Selia Sandbox Negara (NRS). Mahadhir juga terlibat dalam pelbagai jawatankuasa termasuklah Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Panel Peraturan Industry4WRD Malaysia di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Di peringkat antarabangsa, Mahadhir telah mewakili Malaysia di Forum Ekonomi Krasnoyarsk (2015 – Forum Ekonomi Dunia cawangan Russia), Kongres Ekspo Bandar Pintar Dunia (2016–2018) di Barcelona (di mana beliau diperakui sebagai antara peneraju inisiatif bandar pintar dunia), Forum Transformasi Global (2017) dan Forum Urban Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2018), yang kemudiannya menyaksikan beliau dijemput sebagai ahli panel Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Mahadhir juga amat komited dalam pembangunan komuniti dan masyarakat secara amnya. Beliau telah menyumbang tenaga secara pro-bono untuk Institut Pengurusan Projek (PMI), di mana beliau merupakan Penyemak dan Penyumbang Kandungan Buku Projek Pengurusan Body of Knowledge (PMBOK). Buku berkenaan berperanan untuk memberi garis panduan kepada semua pengurus projek yang diiktiraf PMI (Pengurusan Projek Profesional – PMP) di seluruh dunia.

Beliau juga aktif dalam sistem pendidikan Malaysia di peringkat universiti dan sekolah menengah, merangkumi kerja-kerja kesukarelawanan hingga ke kesenian dan STEM. Mahadhir merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Lakehead University dengan Minor dalam Perniagaan dan beliau berdaftar sebagai ahli teknologis dengan Malaysia Board of Technologists (MBOT).

DATUK FADZLI ABDUL WAHIT

Strategi

Sebelum menyertai MDEC, Datuk Fadzli adalah Rakan Niaga / Pengarah Eksekutif untuk Amalan Perundingan Pengurusan KPMG Business Advisory (Ketua Sektor Kerajaan), KPMG Malaysia

Datuk Fadzli Abdul Wahit kini merupakan Ketua Pegawai Strategi MDEC. Sebelum menyertai MDEC, Datuk Fadzli merupakan Rakan Niaga/Pengarah Eksekutif untuk Perkhidmatan Perundingan Pengurusan dalam Khidmat Runding KPMG (Ketua Sektor Kerajaan), KPMG Malaysia.

Datuk Fadzli memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam menasihati badan-badan kerajaan dan separa kerajaan Malaysia, dengan pengkhususan dalam bidang Pembangunan Dasar, Kajian Pelaksanaan dan Ekonomi, Perancangan dan Khidmat Nasihat Strategi, Penyusunan Semula Korporat serta Penswastaan industri utiliti awam. Kepakarannya yang meluas telah membantu pelbagai pihak berkepentingan dan perkongsian antara sektor kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Beliau juga telah menerajui beberapa projek berkaitan dengan Teknologi Maklumat, Pengurusan Projek, Strategi & Proses Perniagaan dan Sumber Manusia dengan jayanya.
Pengalaman profesional Datuk Fadzli merangkumi tugasan di Coopers & Lybrand Management Consulting, Arthur Andersen Business Consulting, RHB Sakura Merchant Bank & MIMOS Berhad. Pada tahun 2014, Datuk Fadzli telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) /Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh dua penggal (empat tahun) dan beliau juga merupakan Profesor Sementara kepada DRB Hi-Com University, di mana beliau membantu Institut Pendidikan TInggi ini dengan menerusi seminar dan ceramah tentang bidang pengurusan strategik & operasi.

Datuk Fadzli telah mendapat pendidikannya di Malaysia dan United Kingdom. Beliau memulakan pendidikan tingginya di Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang Perakaunan, dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di University of Aberdeen, Scotland, di mana beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Perakaunan.

RAYMOND SIVA

Pelaburan dan Jenama

Dia adalah Pakar Strategi Reputasi dan Pengaruh yang sangat dicari untuk jenama antarabangsa, konglomerat dan CEO tempatan.

En. Raymond Siva memiliki pengalaman lebih daripada 23 tahun dalam bidang kewartawanan, pemasaran strategik dan respons terhadap isu dan krisis. Beliau merupakan penasihat Strategis Reputasi dan Pengaruh yang sering digunakan oleh jenama antarabangsa, konglomerat tempatan dan Ketua Pegawai Eksekutif. Raymond telah menjalankan lebih daripada 100 latihan jurucakap dan krisis, bengkel serta ceramah tentang pemesejan di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Beliau telah dilantik sebagai CMO (Ketua Pegawai Pemasaran) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia

(MDEC) pada Oktober 2019 dan sebagai Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Penjenamaan pada bulan Disember 2020 dan bertanggungjawab mengendalikan pasukan yang terdiri daripada 110 orang. Ini termasuk Bahagian Pembangunan Promosi dan Pelaburan, Perkhidmatan Perniagaan MSC, Pemasaran Jenama dan Komunikasi Strategik.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang LLB dari University of London dan Diploma Profesional dalam Perhubungan Awam dari Institut Perhubungan Awam Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai CMO (Ketua Pegawai Pemasaran) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Oktober 2019 dan sebagai Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Penjenamaan pada bulan Disember 2020 dan bertanggungjawab mengendalikan pasukan yang terdiri daripada 110 orang. Ini termasuk Bahagian Pembangunan Promosi dan Pelaburan, Perkhidmatan Perniagaan MSC, Pemasaran Jenama dan Komunikasi Strategik.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang LLB dari University of London dan Diploma Profesional dalam Perhubungan Awam dari Institut Perhubungan Awam Malaysia.

AIZA AZREEN AHMAD

Adaptasi

Dia bekerja di pelbagai industri dalam pengembangan strategi dan pelaksanaan transformasi perniagaan berskala besar.

Ms. Aiza Azreen Ahmad Ketua Pegawai Perniagaan Digital (CDBO) MDEC dan membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dan kepakaran untuk mengukuhkan azam MDEC dalam menerajui ekonomi digital Malaysia ke hadapan. Dalam tugasnya, beliau mengawasi dan menerajui Ekosistem Adaptasi Digital dalam E-dagang, Penerimagunaan Digital dalam Perniagaan, Pembangunan Ekosistem Data dan Infrastruktur Digital serta bertanggungjawab untuk mengenal pasti peluang-peluang inovasi luaran, bertujuan untuk meluaskan dan melaksanakan strategistrategi komersial baharu dalam MDEC manakala membina sayap perniagaan dan inovasi korporat.

Kerjaya Aiza selama 20 tahun dengan permulaan dalam khidmat pelaburan dan korporat sebelum beliau meningkat kepada jawatan-jawatan kepimpinan termasuk eksekutif pengurusan kanan dalam syarikat-syarikat antarabangsa dan serantau dalam bidang-bidang teknologi kewangan, telekomunikasi, perkhidmatan perbankan dan kewangan, konglomerat (perniagaan-perniagaan perladangan, permotoran, perindustrian dan hartanah), media dan komunikasi, perunding pengurusan dan pembangunan perisian.

Pencapaian penting beliau termasuk merintis ekosistem tanpa tunai Malaysia bagi sebuah syarikat serantau, menginovasi model-model perniagaan organisasi di mana beliau pernah bertugas bagi tujuan kesiapsiagaan digital termasuk bank-bank Islam dan syarikat media terintegrasi di Malaysia, mewujudkan tonggak pertumbuhan baharu dengan teknologi baharu muncul untuk menukarkan bahan buangan kepada produk bernilai tinggi, mendorong transformasi dalam syarikat perbadanan antarabangsa dan mendorong kepada pelbagai urus janji penggabungan dan pengambilalihan di Australia di mana beliau bermastautin selama beberapa tahun. Seorang pemanfaat (evangelist) teknologi, Aiza memberi nasihat kadang kala secara pro bono kepada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pemula serantau tentang strategy “masuk ke pasaran”, teknologi sempadan, transformasi digital dan aspek-aspek operasi lain yang bersesuaian dengan kepakaran beliau.

Kerjaya Aiza selama 20 tahun dengan permulaan dalam khidmat pelaburan dan korporat sebelum beliau meningkat kepada jawatan-jawatan kepimpinan termasuk eksekutif pengurusan kanan dalam syarikat-syarikat antarabangsa dan serantau dalam bidang-bidang teknologi kewangan, telekomunikasi, perkhidmatan perbankan dan kewangan, konglomerat (perniagaan-perniagaan perladangan, permotoran, perindustrian dan hartanah), media dan komunikasi, perunding pengurusan dan pembangunan perisian.

Pencapaian penting beliau termasuk merintis ekosistem tanpa tunai Malaysia bagi sebuah syarikat serantau, menginovasi model-model perniagaan organisasi di mana beliau pernah bertugas bagi tujuan kesiapsiagaan digital termasuk bank-bank Islam dan syarikat media terintegrasi di Malaysia, mewujudkan tonggak pertumbuhan baharu dengan teknologi baharu muncul untuk menukarkan bahan buangan kepada produk bernilai tinggi, mendorong transformasi dalam syarikat perbadanan antarabangsa dan mendorong kepada pelbagai urus janji penggabungan dan pengambilalihan di Australia di mana beliau bermastautin selama beberapa tahun.

Seorang pemanfaat (evangelist) teknologi, Aiza memberi nasihat kadang kala secara pro bono kepada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pemula serantau tentang strategy “masuk ke pasaran”, teknologi sempadan, transformasi digital dan aspek-aspek operasi lain yang bersesuaian dengan kepakaran beliau.

Richard Loh

Digital MDEC

Beliau bertanggungjawab menerajui dan membangunkan Strategi, Pelan dan Transformasi Teknologi Maklumat Digital MDEC.

En. Richard Loh Tian Hu dilantik sebagai Ketua Pegawai Inovasi dan Teknologi pada 6 Ogos, 2021. Beliau mempunyai lebih daripada 24 tahun pengalaman dalam AI, data dan teknologi maklumat.

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1997 di Siemens Malaysia akhirnya beliau naik pangkat untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Maklumat di Nokia Siemens Networks pada tahun 2006. Beliau juga pernah bekhidmat sebagai Ketua Pegawai Maklumat AIG Insurance Malaysia serta Ketua Negara, bagi Perkhidmatan IT di Zurich Insurance Malaysia. Sebelum pelantikan beliau di MDEC, beliau pernah berkhidmat di AXA Partners (Rantau Asia) sebagai Ketua Pegawai Maklumat.

Beliau bertanggungjawab menerajui dan membangunkan Strategi, Pelan dan Transformasi Teknologi Maklumat Digital MDEC. Beliau juga menggalas tugas untuk meninjau, menyusun semula dan mengintegrasikan fungsi-fungsi dan infrastruktur teknologi untuk memaksimumkan keupayaan MDEC dan memastikan bahawa hal ini adalah selaras bagi menyediakan perkhidmatan inovasi dan teknologi digital berkualiti tinggi yang dinamik dan responsif kepada pelanggan-pelanggan dalaman dan luaran.

DR SUMITRA NAIR

Kemahiran & Pekerjaan

Amanat utamanya adalah untuk memastikan bahawa belia Malaysia dilengkapi dengan kecekapan digital yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan.

Dr. Sumitra merupakan Senior Naib Presiden dan Ketua Kemahiran Digital dan Pekerjaan di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Mandatnya adalah untuk menerajui pembangunan bakat digital MDEC dan strategi keterangkuman dengan cara yang memperkasa rakyat Malaysia memanfaatkan teknologi digital untuk peluang kerjaya dan pendapatan.

Sehingga kini, kerjanya telah memberi kesan kepada lebih daripada dua juta rakyat Malaysia. Sumitra juga telah memulakan dan mengetuai inisiatif bagi memperkasakan perniagaan kecil dan oleh perniagaan usahawan muda dengan kemahiran pemasaran digital yang memanfaatkan lebih daripada 300,000 perniagaan mikro di Malaysia.

Peranannya beliau sebelum ini termasuklah memegang peranan penasihat dan kepimpinan dalam portfolio kelestarian dan tanggungjawab korporat di DiGi Telecommunications and Telenor ASA. Sumitra juga memegang PhD (Ijazah Kedoktoran Falsafah) dalam Ekonomi Perniagaan dari University Monash di Malaysia, Diploma Lepasan Sarjana dalam Perakaunan dan Kewangan daripada Persatuan Akauntan Bertauliah Berpiagam (ACCA), Sijil Pengurusan Eksekutif dalam Pemasaran Antarabangsa dari Universiti INSEAD serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Malaya. Peranannya yang paling penting adalah sebagai ibu kepada dua orang anak yang minat dalam digital.

GOPI GANESALINGAM

Industri

Gopi telah bekerja dengan jenama seperti Matsushita, American Express International, Lucent Technologies, Telstra Australia, Salesforce.com dan Google.

En. Gopi Ganesalingam adalah seorang usahawan dan profesional kewangan yang telah berkhidmat sebagai eksekutif dan ahli lembaga di seluruh Asia Pasifik selama lebih 30 tahun. Gopi telah bekerja dengan jenama seperti Matsushita, American Express International, Lucent Technologies, Telstra Australia, Deutsche Telecoms Consulting dan sebagai rakan kongsi pasaran untuk Salesforce.com dan Google (melalui syarikat yang ditubuhkannya, LAVA Protocols). Gopi kini memegang jawatan sebagai Senior Naib Presiden Tech Ecosystem & Globalisation (TEG) di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi kerajaan yang bertugas memperjuangkan dan menerajui Ekonomi Digital Malaysia.

Di MDEC, Gopi berperanan memperjuang para usahawan digital dan pengganggu berbakat sambil mengembang dan menghubungkan ekosistem teknologi tempatan agar mampu berdaya saing dan

jelas kelihatan di mata dunia, sekali gus memperkasakan syarikat dan pengusaha teknologi dan menjadikan visi perniagaan mereka kenyataan. Semangat beliau tidak pernah luntur dalam usahanya mengembangkan Ekonomi Digital Malaysia yang masih muda, demi mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang lestari dan inklusif. Matlamat akhir beliau adalah untuk menghubung dan memacu ekonomi digital sedunia melalui penglibatan kerajaan, inovasi/perkongsian bersama syarikat dan penyelarasan antara pelabur/penyumbang dana, kerajaan dan perniagaan yang semuanya akan menghubungkan ekonomi teknologi antarabangsa. Gopi juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dengan MCIS Life (Insurance) dan sebagai Pemegang Amanah dan ahli Lembaga Pengarah di Junior Achievement Worldwide, Malaysia.

Di MDEC, Gopi berperanan memperjuang para usahawan digital dan pengganggu berbakat sambil mengembang dan menghubungkan ekosistem teknologi tempatan agar mampu berdaya saing dan jelas kelihatan di mata dunia, sekali gus memperkasakan syarikat dan pengusaha teknologi dan menjadikan visi perniagaan mereka kenyataan. Semangat beliau tidak pernah luntur dalam usahanya mengembangkan Ekonomi Digital Malaysia yang masih muda, demi mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang lestari dan inklusif. Matlamat akhir beliau adalah untuk menghubung dan memacu ekonomi digital sedunia melalui penglibatan kerajaan, inovasi/perkongsian bersama syarikat dan penyelarasan antara pelabur/penyumbang dana, kerajaan dan perniagaan yang semuanya akan menghubungkan ekonomi teknologi antarabangsa. Gopi juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dengan MCIS Life (Insurance) dan sebagai Pemegang Amanah dan ahli Lembaga Pengarah di Junior Achievement Worldwide, Malaysia.

NORA JUNITA HUSAINI

Kewangan

Nora Junita Hussaini merupakan Felo Akauntan Bertauliah (FCA) dan Profesional Perniagaan dan Kewangan (BFP) dengan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Cik Nora Junita Hussaini ialah Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MDEC dengan pengalaman dan kepakaran lebih dua dekad, dan pelantikannya mencerminkan iltizam MDEC dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Beliau telah mengetuai fungsi kewangan, strategi, pengurusan rantai bekalan dan fungsi-fungsi korporat yang lain di organisasi-organisasi seperti Webe Digital Sdn Bhd. (unifi mobile) di bawah Telekom Malaysia Berhad; Packet One Networks Malaysia Sdn. Bhd., di bawah Green Packet Berhad dan Robi Axiata Limited (Bangladesh), di bawah Axiata Group Berhad. Pengalamannya yang luas juga meliputi M&A, perubahan perniagaan dan pengurusan perubahan, terutama dalam perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi dan digital.

Nora Junita adalah graduan Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science, Felo Akauntan Bertauliah (FCA) dan Profesional Perniagaan dan Kewangan (BFP) dengan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales dan ahli Institut Akauntan Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan syarikat-syarikat swasta dan awam yang disenaraikan dan merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) dan LeadWomen.