GERAN PEMANGKIN 4IR (4ICG)

Memanfaatkan inovasi untuk masa depan

Memperkasa perjalanan Malaysia menuju Revolusi Perindustrian Keempat dan memacu kerjasama inovasi dalam ekosistem teknologi

UTAMA | Geran Pemangkin 4IR (4ICG)

Apakah itu Geran Pemangkin 4IR (4ICG)?

4ICG direka untuk memangkinkan penggunaan dan pembangunan teknologi IR4.0 dalam bidang perniagaan utama seperti yang dinyatakan di dalam Dasar 4IR Nasional.

Geran ini hanya digunakan untuk tujuan seperti pembuatan bersama, penyelesaian masalah dan pengkomersialan penyelesaian 4IR.

Objektif Kami

Bagi menyokong peningkatan skala syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia ke arena global menerusi pembuatan bersama, penyelesaian masalah dan pengkomersialan pengganggu atau inovasi produk atau perkhidmatan untuk pasaran global bagi melahirkan ikon global yang berpusat di Malaysia

Meningkatkan produktiviti, kualiti produk/perkhidmatan, tambah baik kualiti kehidupan dan memulihara integriti ekologi 10 sektor ekonomi utama dan 6 sektor ekonomi sokongan Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam Dasar 4IR Nasional

Jumlah Geran


Untuk Syarikat Tempatan

Sehingga lima puluh peratus (50%) daripada jumlah keseluruhan projek, tertakluk kepada had siling sebanyak RM2,000,000 atau mana lebih rendah

Tempoh Projek: Sehingga 1 Tahun

*Tempoh: Jumlah pembiayaan untuk tempoh projek sehingga satu (1) tahun


Untuk Syarikat Milik Asing

Sehingga tiga puluh peratus (30%) daripada jumlah keseluruhan projek, tertakluk kepada had siling sebanyak RM2,000,000 atau mana lebih rendah

Tempoh Projek: Sehingga 1 Tahun

*Tempoh: Jumlah pembiayaan untuk tempoh projek sehingga satu (1) tahun

Kriteria Kelayakan

Untuk Syarikat Tempatan

  1. Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
  2. Minimum terbitan dan modal berbayar sebanyak RM20,000.
  3. Minimum 51% kepentingan dimiliki oleh rakyat Malaysia. Bagi syarikat yang kepentingannya dimiliki oleh syarikat lain, peraturan sama akan terpakai. Semakan terhad kepada tiga peringkat pemegang saham.

Untuk Syarikat Milik Asing

  1. Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
  2. Minimum terbitan dan modal berbayar sehingga RM500,000.

Kriteria Lain

Beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun

Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / pengurusan kanan perlu menyatakan dan mendedahkan jika ada hubungan perniagaan / hubungan keluarga terdekat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC. director/ shareholder/ partner/ senior management to declare and disclose if there is any close business relationship/close family relationship with any of MDEC’s director or employee.

  1. Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / rakan kongsi luar perlu menyatakan jika mereka di bawah sebarang litigasi (tidak membabitkan untuk geran di bawah RM 50,000).
  2. Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / rakan luar perlu menyatakan sekiranya mereka di senarai hitam oleh BNM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) (tidak terpakai untuk geran di bawah RM 50,000).
  3. Syarikat yang mempunyai pemegang saham biasa hanya boleh mengemukakan permohonan untuk satu syarikat sahaja.

Sekiranya sebelum ini telah menerima apa-apa geran daripada MDEC / kerajaan, pemohon mesti menunjukkan penyelesaian dan kejayaan projek yang dibiayai.

SYARAT KHUSUS

  1. Projek di bawah permohonan mestilah baharu. Projek yang sedang dijalankan adalah tidak layak.
  2. Pemohon mesti menunjukkan bahawa pihaknya telah mendapat komitmen pengguna akhir (end-user) untuk membiayai bahagian mereka daripada kos projek pada masa permohonan. Pemohon yang berjaya menunjukkan syarat berkenaan boleh memohon untuk pembayaran mobilisasi tidak melebihi dua puluh peratus (20%) daripada jumlah geran semasa menandatangani surat tawaran yang dikeluarkan oleh MDEC
  3. Pemohon mesti mendapatkan kos barangan yang diluluskan dari organisasi yang diperbadankan di Malaysia untuk tujuan pembangunan ekosistem melainkan jika ada justifikasi yang sah seperti tidak ada pembekal tempatan atau tidak produktif.
  4. Sekiranya kos penyumberan luar terlibat, MDEC berhak melakukan pemeriksaan latar belakang kepada pihak luar untuk memastikan tidak ada konflik kepentingan.
  5. Pengguna akhir (end-user) mestilah daripada vertical berikut seperti yang dinyatakan dalam Dasar 4IR Nasional.

Sektor Utama

Sektor Sampingan
Construction
Arts, Entertainment & Recreation
Real Estate
Administrative & Support Services
Information & Communication Services
Mining & Quarrying
Sektor Sampingan
Artificial Intelligence
Internet of Things
Cloud Computing
Blockchain
Big Data Analytics

Dokumen Permohonan Yang Diperlukan

Dokumen wajib untuk permohonan:

  1. Borang permohonan lengkap diisi dan ditandatangani.
  2. Profil Syarikat.
  3. Diperbadankan lebih dari 1 tahun: Penyata kewangan syarikat (1 salinan Akaun Beraudit tahunan terbaharu dan Akaun Pengurusan terkini). Salinan mesti bertarikh dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Setiausaha Syarikat atau juruaudit syarikat. Jika anda gagal berbuat demikian, sila sediakan justifikasi. (contoh: baru diperbadankan, sebelum ini adalah domain).
  4. Resolusi Lembaga Pengarah berkenaan pelantikan penandatangan yang diberi kuasa mengikut contoh yang diberikan.
  5. Kertas Kerja Projek.
  6. Menyediakan bukti penyelesaian projek (contoh: surat penutupan dari kementerian/agensi). Untuk pemohon yang telah memohon atau menerima geran sebelum ini.
  7. Dokumen sokongan yang membuktikan penyumberan luar / bahagian kerjasama projek mengikut Kos projek.
  8. MDEC berhak untuk meminta maklumat tambahan dari pemohon pada bila-bila masa.

Poses Permohonan


Langkah 1

Daftar dan Log masuk dengan pengesahan ada di GAIN Awards Platform


Langkah 2

Klik “Mula Permohonan” di bawah My Permohonan


Langkah 3

Pilih Bahagian “Geran dan Pembiayaan”


Langkah 4

Pilih Program “Geran Pemangkin 4IR”

Langkah 5

Sediakan butiran syarikat anda dan muat naik borang permohonan dan dokumen sokongan


Contoh Borang Permohonan


Langkah 6

Klik “Hantar Permohonan” apabila selesai (Tarikh Tutup pada 14 Oktober – 5 November 2021)


Langkah 7

Pemeriksaan Kelengkapan dan Pematuhan oleh MDEC


Langkah 8

Sesi Pembentangan (Pitching) oleh Pemohon


Langkah 9

Proses Kelulusan


Langkah 10

Keputusan Permohonan

Membina Ekonomi Digital Yang berinovasi dan Progresif

Dapatkan Geran Padanan sehingga RM 2,000,000 menerusi Geran Pemangkin 4IR

Soalan Lazim

1. Apakah Skim Geran Pemangkin 4IR (4ICG)?
4ICG adalah satu program yang dibuat untuk menjadi pemangkin bagi penggunaan dan pengembangan teknologi 4IR di dalam bidang perniagaan utama seperti yang digariskan di dalam Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara.

Ketahui Lebih Lanjut tentang Geran Pemangkin 4IR (4ICG)

2. Apakah fungsi 4ICG?
Geran ini akan digunakan untuk tujuan penciptaan bersama (co-creation), penyelesaian masalah dan pengkomersialan penyelesaian (solution) 4IR.

3. Apakah faedah-faedah boleh diperolehi daripada 4ICG?

  • Peningkatan produktiviti dan/atau kualiti produk / perkhidmatan, meningkatkan kualiti hidup, pemeliharaan integrity ekologi hasilan daripada penggunaan teknologi 4IR;
  • “Visibility” syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia;
  • Pertumbuhan pendapatan dan eksport dari syarikat teknologi 4IR yang berpusat in Malaysia.

4. Siapa yang boleh memohon geran 4ICG?
Pemohon hendaklah merupakan sebuah syarikat di mana aktiviti peniagaan berdaftar yang utamanya adalah terdiri daripada aktiviti pembangunan dan/atau pelaksanaan teknologi.

5. Apakah kriteria kelayakan?
Pemohon perlu memenuhi kriteria berikut pada setiap waktu dan sepanjang tempoh projek:

  1. Syarikat tempatan
    • Ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016;
    • Jumlah minima modal berbayar sebanyak RM20,000;
    • Minima 51% ekuiti yang dipegang oleh warganegara Malaysia
  2. Syarikat asing berdaftar
    • Syarikat ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016
    • Jumlah minima modal yang dikeluarkan atau modal berbayar sebanyak RM500,000.
  3. Sudah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
  4. Bukan subjek di dalam perintah penggulungan dan tidak mempunyai masalah berterusan dalam pengurusan*. (* Jika Pemohon mengalami masalah (seperti yang dilaporkan dalam akaun terbaru mereka yang diaudit, Pemohon perlu mengemukakan surat akujanji dari pemegang saham dan / atau pengarah untuk berakujanji bahawa sekiranya permohonan mereka diluluskan, Pemohon akan melaksanakan kewajipannya di bawah terma & syarat yang akan dikeluarkan oleh MDEC dan akan memberikan sokongan kewangan kepada Pemohon untuk membolehkan Pemohon memenuhi tanggungjawab dan / atau liabiliti di bawah terma & syarat tersebut.)
  5. Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / pengurusan kanan untuk menyatakan dan mendedahkan jika mempunyai hubungan perniagaan / merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC.
  6. Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / rakan kongsi luar untuk menyatakan jika mereka terlibat di dalam sebarang litigasi (tidak membabitkan untuk geran di bawah RM 50,000).
  7. Pengarah syarikat / pemegang saham / rakan kongsi / rakan luar untuk menyatakan sekiranya mereka disenarai hitam oleh BNM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) (tidak terpakai untuk geran di bawah RM 50,000).
  8. Syarikat yang mempunyai pemegang saham biasa hanya boleh mengemukakan permohonan untuk satu syarikat sahaja.
  9. Sekiranya sebelum ini telah menerima apa-apa geran daripada MDEC / kerajaan, pemohon mesti menunjukkan bahawa geran itu telah selesai dan kejayaan projek yang dibiayai.
  10. Jenis perniagaan syarikat – Perkhidmatan berkaitan teknologi.

6. Apakah perbelanjaan yang layak yang boleh dibiayai di bawah 4IGC?

Geran 4IGC hendaklah digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti berikut:
  • Buat Bersama (Co-Create), penyelesaian masalah, berinovasi dan menggunakan penyelesaian revolusi perindustrian keempat hasil kerjasama dengan pengguna akhir (end user); Perbelanjaan yang tidak layak:
Perbelanjaan yang layak sebagai Kos yang Boleh Dituntut adalah kos projek yang diluluskan serta “kritikal” untuk kejayaan projek seperti berikut: Perbelanjaan merangkumi:
  • Gaji.
  • Kos perkakasan IT dan atau peralatan IT.
  • Kos perisian yang berkaitan.
  • Bayaran lesen.
  • Proses reka bentuk semula.
  • Kos ujian dan pensijilan dikaitkan dengan pembangunan projek.
  • Pemfailan IP.
  • Penentukuran (sebagai sebahagian daripada pelaksanaan projek perintis (“pilot project”).
  • Kos latihan (sebagai sebahagian daripada pelaksanaan projek perintis (“pilot project”).
Berikut adalah perbelanjaan yang tidak layak untuk dituntut di bawah Kos Yang Boleh Dituntut: Perbelanjaan yang tidak layak:
  • Penyumberan luar di luar Malaysia.
  • Sebarang bentuk cukai.
  • Perbelanjaan untuk mendapatkan sijil & pentauliahan.
  • Penyelenggaraan loji / peralatan.
  • Telefon bimbit.
  • Tablet, komputer riba dan komputer peribadi.
  • Kamera.
  • Perabot atau bahan dalaman pejabat.
  • Perbelanjaan perjalanan.
  • Bimbingan.
  • Utiliti.
  • Penyewaan Pejabat.
  • Yuran audit.
  • Yuran kesetiausahaan.

7. Berapakah jumlah geran?

Syarikat Tempatan: Sehingga 50% dari jumlah kos projek atau sehingga RM2 Juta, yang mana lebih rendah. Syarikat Milik Asing: Sehingga 30% daripada jumlah kos projek atau sehingga RM2 Juta, yang mana lebih rendah.

8. Apakah proses pembayaran geran?

  1. Pembayaran jumlah kos tuntutan yang diluluskan yang ditanggung oleh Penerima hanya akan dibuat oleh MDEC apabila MDEC berpuas hati bahawa Penerima telah menyelesaikan setiap keperluan projek dan menghantar dokumen sokongan yang relevan dalam tempoh masa yang ditentukan dalam terma dan syarat yang akan dikeluarkan oleh MDEC.
  2. Tuntutan pembayaran oleh Penerima hendaklah termasuk butir-butir kewangan yang berkaitan dengan projek (dalam format yang ditentukan oleh MDEC) yang telah disahkan oleh juruaudit luar bebas, yang akan dilantik dan dibiayai sendiri oleh Penerima, bersama dengan bukti yang boleh diterima oleh MDEC, yang mengesahkan antara lain, jumlah kos yang diluluskan yang ditanggung dan dipohon oleh Penerima.

9. Berapakah jangka masa projek di bawah geran?

Tempoh pembangunan projek: Sehingga dua belas (12) bulan.

10. Adakah terdapat syarat khusus untuk pemberian geran?

Ya, berikut adalah syarat khusus untuk geran 4ICG:

  1. Projek yang baharu. Projek yang sedang dijalankan adalah tidak layak.
  2. Pemohon mesti menunjukkan bahawa pihaknya telah mendapat komitmen pengguna akhir (end-user) untuk membiayai bahagian mereka bagi kos projek berkenaan semasa permohonan geran. Pemohon yang dapat menunjukkan syarat ini boleh meminta pembayaran mobilisasi tidak melebihi dua puluh peratus (20%) dari jumlah geran setelah menandatangani surat tawaran yang dikeluarkan oleh MDEC.
  3. Pemohon mesti mendapatkan kos barangan yang diluluskan dari organisasi yang diperbadankan di Malaysia untuk tujuan pembangunan ekosistem melainkan jika ada justifikasi yang sah seperti tidak ada pembekal tempatan atau tidak produktif.
  4. Sekiranya kos penyumberan luar terlibat, MDEC berhak melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap pihak luar tersebut untuk memastikan tidak ada konflik kepentingan.
  5. Pengguna akhir (end-user) hendaklah berdasarkan “vertical” seperti yang digariskan dalam Dasar Resolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara –
    • Sektor utama: Perdagangan borong dan runcit | pengangkutan dan logistik | pelancongan | kewangan dan insurans | perkhidmatan professional, saintifik dan teknikal | utiliti | pembuatan | penjagaan kesihatan | pertanian | pendidikan
    • Sektor sokongan: Pembinaan | harta tanah | perlombongan dan pengkuarian | perkhidmatan maklumat dan komunikasi | perkhidmatan kesenian, hiburan dan rekreasi | pentadbiran dan khidmat sokongan
    • penyelesaian teknologi yang dimasukkan teknologi asas berikut: Kecerdasan buatan | internet benda | blockchain | pengkomputeran awan dan analisis data raya

11. Cara-cara memohon?

MDEC akan mempromosikan geran 4ICG ini di laman web korporat dan platform media sosial MDEC dengan pautan ke borang permohonan dalam talian.
  1. Syarikat yang berminat boleh melayari laman web 4ICG untuk maklumat lebih lanjut https://mdec.my/4icg/
  2. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan 4ICG dan menghantar borang permohonan berserta dokumen sokongan yang diperlukan dan memuat naiknya di https://gainmdec.awardsplatform.com/

12. Apakah langkah-langkah untuk menghantar dan memuat naik borang permohonan dan dokumen sokongan?

  1. Daftar dan Log masuk ke GAIN Awards Platform https://gainmdec.awardsplatform.com/
  2. Klik “Start Application” di bawah Aplikasi Saya
  3. Pilih Jabatan “Funding Facilitation”
  4. Pilih Program “4IR Catalyst Grant”
  5. Berikan maklumat syarikat anda dan muat naik borang permohonan dan dokumen sokongan anda
  6. Klik “Submit Application” setelah selesai (Tarikh Akhir 05 November 2021)
13. Bilakah tarikh pembukaan dan penutupan geran?

Syarikat boleh memulakan permohonan dari 14 Oktober 2021 hingga 05 November 2021.

14. Apakah proses selepas penyerahan?

MDEC akan menyemak permohonan berdasarkan kriteria kelayakan dan akan memaklumkan pemohon melalui e-mel. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan tersebut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di 1-800-88-8338 atau [email protected]

15. Apakah mekanisme bagi pemberian geran?

Kelulusan yang diberikan adalah tertakluk kepada keperluan / jangka masa projek yang dipersetujui bersama dan yang akan dinyatakan dalam terma & syarat yang akan dikeluarkan oleh MDEC.