MEDIA CENTRE

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed semper neque purus, ut vulputate enim tempus id.

NEWS & PRESS RELEASES

10.08.2022

ADVANCING ESG TO ESTABLISH A SUSTAINABLE DIGITAL ECONOMY

There is increasing regulatory and stakeholder demand for businesses to disclose non-financial metrics of the environmental and social impact of their operations

27.07.2022

| Industry | people

MDEC ANNOUNCES GLOW ASPIRASI TO FORTIFY SHARING ECONOMY AND SUPPORT FOR DIGITAL FREELANCERS

21.07.2022

| Industry | people

MDEC CALLS FOR PARTNERSHIPS FOR THE PROGRAM PERDAGANGAN DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (DE DAGANG)


OPINIONS AND EDITORIALS

TEACHERS HELPING OTHER TEACHERS TO GO DIGITAL

Landskap pekerjaan masa hadapan kini terletak sepenuhnya pada kita. Dalam norma baharu, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah keperluan utama untuk mana-mana kerjaya dalam era digital.

Berikutan penggunaan komputer yang meluas dalam semua bidang dan kehidupan seharian kita, konsensus global menunjukkan bahawa kemahiran penting ini harus digabungkan dengan konsep sains komputer. Gabungan kemahiran ini dikenali sebagai Computational Thinking (CT).

MDEC telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengintegrasikan kemahiran CT ke dalam kurikulum sekolah dan latihan perguruan sejak 2017. Dari tahun 2017 hingga 2020, seramai 88,000 guru telah dilatih dalam bidang CT melalui kerjasama antara KPM dan universiti awam terpilih di seluruh negara.

Daripada jumlah ini, MDEC telah mengenal pasti 56 guru yang mempunyai potensi dalam kemahiran CT dan digital, dan yang juga bersemangat untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan guru-guru lain.

Guru-guru ini telah diberi gelaran “Cikgu Juara Digital”, atau #CJD, dan menjelang 2025, MDEC, bercadang untuk mengenal pasti 250 CJD, atau 2 CJD bagi setiap daerah pendidikan. #CJD akan memainkan peranan mereka sebagai sumber inspirasi dalam kemahiran CT dan digital serta membimbing guru-guru di daerah masing-masing.

#CJD juga akan terus meningkatkan kemahiran mereka melalui kursus pembangunan profesional berterusan yang disediakan oleh MDEC dan rakan kongsi industrinya. Dengan cara ini, #CJD akan memainkan peranan penting dalam perkongsian kemahiran digital kepada guru di peringkat akar umbi.

Bagi menyokong #CJD dalam perkongsian pengetahuan mereka dengan guru lain, MDEC telah membantu penubuhan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang menjadi platform #CJD serta guru-guru lain untuk berkongsi kepakaran dan berkolaborasi dalam membimbing guru mengintegrasikan kemahiran CT dan digital ke dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menerusi PLC ini juga, MDEC dan 56 #CikguJuaraDigital (#CJD) telah mengadakan webinar yang memberi fokus kepada kemahiran CT pada Oktober 2021. Sesi interaktif ini merangkumi enam konsep CT – Abstraksi, Penguraian, Pencorakan, Algoritma, Penaakulan Logik (Logical Reasoning) dan Penilaian, dan bagaimana kemahiran CT boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Lima siri webinar telah dijalankan mengikut Kawasan – Utara, Tengah, Sabah dan Sarawak, Pantai Timur dan keseluruhan Semenanjung, di mana komuniti #CJD di setiap zon mengambil bahagian sebagai jawatankuasa penganjur dan mengetuai sesi perkongsian.

Secara keseluruhan, lima webinar ini telah disertai lebih daripada 6,000 pendidik yang terdiri daripada guru-guru sekolah kebangsaan, pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru-guru pra-perkhidmatan serta guru sekolah swasta.

Guru-guru dari kawasan luar bandar juga mengalu-alukan webinar ini. Sebagai contoh, Puan Mary Ann Serdina, pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis di Sarawak, mengucapkan terima kasih kepada MDEC dan #CJD kerana menganjurkan webinar yang telah membantunya memahami tentang kemahiran CT.

Puan Mary mengalu-alukan lebih banyak sesi PLC yang akan memberi manfaat kepada guru-guru luar bandar seperti di kawasan Subis.

#CJD yang mengetuai sesi perkongsian itu juga disambut baik oleh juara #CJD tahun 2020, Cikgu Abdul Rahman Ali Bashah dari SMK Jenjarom, Selangor. Katanya, beliau berasa gembira kerana sesinya mendapat 2,300 tontonan menerusi YouTube.

Bagi memantapkan lagi hasil pembelajaran webinar tersebut, MDEC turut menganjurkan pertandingan Computational Thinking Educator Champion (CTeC) yang berakhir pada 5 Disember 2021. Format pertandingan ini memerlukan guru dari zon yang sama membentuk kumpulan terdiri daripada lima orang ahli dan setiap kumpulan perlu membuat rancangan pengajaran harian dengan aktiviti yang menyokong mana-mana daripada enam konsep CT.

Juara kumpulan akan memenangi dron Tello bernilai RM700 setiap satu, trofi dan sijil penyertaan. Untuk tahun hadapan, MDEC dan #CJD menyasarkan untuk membimbing 6,000 guru.

Untuk maklumat lanjut tentang usaha MDEC dalam membimbing pendidik dengan kemahiran digital, sila lawat https://mdec.my/mydigitalmaker/cikgu-juara-digital/.

*Dr Sumitra merupakan bekas Ketua Pegawai Kemahiran Digital dan Kerjaya di MDEC dan kini memegang jawatan sebagai Ketua dan Naib Presiden Kanan Strategi & Dasar


Dr Sumitra Nair

Dr Sumitra Nair

PUBLICATIONS

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed semper neque purus, ut

What's Happening

EVENTS

20

Jul 2021

MALAYSIA TECH MONTH 2021

+ Learn More

5

Nov 2020

MALAYSIA TECH MONTH 2020

+ Learn More

19

May 2021

TOP 11 FINALIST ALPHA STARTUPS DIGITAL ACCELERATOR (ASDA) 2021

+ Learn More