PERNYATAAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
(Versi 3.0)
-
- Pengenalan
Pernyataan-pernyataan yang berikut menerangkan terma-terma oleh Malaysia Digital Ekonomi Corporation Sdn. Bhd. (“MDEC”) berkenaan dengan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh MDEC. MDEC komited kepada perlindungan data peribadi anda serta pematuhan segala undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai di Malaysia.
- Persetujuan Anda
Dengan memberikan data peribadi anda kepada MDEC, anda telah membaca dan menerima pernyataan-pernyataan ini serta telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh MDEC mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada MDEC, anda memberikan jaminan dan representasi kepada MDEC bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk pemprosesan data peribadi yang berkaitan oleh MDEC mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini. Sekiranya anda berada di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga anda sebelum anda memberikan data peribadi anda kepada MDEC.
- Pernyataan Prinsip Notis dan Pilihan
- MDEC mungkin akan dikehendaki mengumpulkan data peribadi daripada anda sepanjang anda berurusan dengan MDEC atau bagi tujuan kegiatan-kegiatan perniagaan MDEC. Data peribadi sedemikian mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama seperti dalam kad pengenalan, nama pilihan, nombor pengenalan/pasport, umur, gambar, imej, nombor telefon, alamat kediaman, alamat emel, tarikh lahir, jantina, bangsa, kewarganegaraan, pekerjaan, jawatan, butiran akaun bank, butiran kad kredit, maklumat pasangan/anak/ahli keluarga terdekat seperti nama dan tarikh lahir, maklumat syarikat atau perniagaan anada seperti nama, nombor pendaftaran dan alamat, maklumat pengarahan dalam syarikat-syarikat, pegangan saham dalam syarikat-syarikat, pemilikan dalam perniagaan-perniagaan, kepentingan peribadi, status kesolvenan dan kewangan, maklumat tentang kesihatan fizikal dan mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan dan lain-lain data sedemikian yang perlu bagi tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan.
- Data peribadi yang anda berikan kepada MDEC mungkin akan diproses oleh MDEC bagi tujuan-tujuan seperti yang berikut: –
- untuk memasuki, mentadbir dan/atau mengendalikan transaksi atau aktiviti perniagaan atau kontraktual antara MDEC dengan anda dan/atau syarikat anda;
- untuk memberi atau menghantar perkhidmatan kepada anda dan/atau syarikat anda;
- untuk berhubung dengan anda dan/atau syarikat anda;
- untuk mentadbir prosedur-prosedur pengurusan hubungan pelanggan;
- untuk memberikan anda maklumat tentang aktiviti-aktiviti, inisiatif-inisiatif, program-program, projek-projek, acara-acara, insentif-insentif, kemudahan-kemudahan, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin diatur, dikendalikan, ditadbir, dilaksanakan, difasilitasi, disediakan, ditaja dan/atau disertai oleh MDEC, kementerian-kementerian kerajaan, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan/atau rakan kongsi atau kolaborator MDEC;
- untuk memberikan anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang ditawarkan oleh pihak ketiga terpilih yang mungkin akan menarik minat anda;
- untuk memproses dan mentadbir pendaftaran anda bagi acara, persidangan atau bengkel, termasuk untuk menunjukkan kehadiran atau penyertaan anda di dalam mana-mana bahan publikasi atau penerbitan kami;
- untuk memudahkan pembayaran berhubung urusan perniagaan atau kontraktual antara MDEC dengan anda dan/atau syarikat anda;
- untuk menjalankan penyelidikan, kajian, penilaian, kaji selidik, pemprofilan, pemodelan, analisis, perancangan dan /atau penyediaan laporan/statistik untuk tujuan aktiviti-aktiviti perniagaan MDEC;
- untuk menjawab pertanyaan atau aduan anda;
- atas alasan keselamatan khususnya data peribadi yang dikumpulkan dari kamera pengawasan keselamatan litar dekat;
- untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang terpakai kepada MDEC, dan untuk membuat penzahiran di bawah keperluan sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada MDEC;
- untuk pengambilan pekerja-pekerja;
- untuk penyimpanan rekod dalaman MDEC; dan/atau
- lain-lain aktiviti perniagaan MDEC yang sah.
- Data peribadi yang anda berikan kepada MDEC mungkin akan, jika diperlukan, dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga seperti yang berikut: –
- Subsidiari-subsidiari MDEC di dalam atau di luar Malaysia;
- Pembekal, vendor, kontraktor, subkontraktor, penyedia perkhidmatan atau produk MDEC, mana-mana agensi rujukan kredit atau mana-mana pihak ketiga, di dalam atau di luar Malaysia, sebagaimana yang ditentukan oleh MDEC sebagai perlu atau wajar untuk melaksanakan atau menyokong MDEC aktiviti dan operasi perniagaan;
- institusi kewangan, pengeluar kad kredit, kad debit dan kad caj, penyedia atau pengendali sistem pembayaran atau pemerolehan pedagang, untuk tujuan memudahkan pembayaran dan/atau menyimpan rekod kewangan berkaitan dengan hubungan perniagaan atau kontraktual antara MDEC dan anda dan/atau syarikat anda;
- kementerian-kementerian kerajaan, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa dan pihak ketiga terpilih di dalam atau di luar Malaysia termasuk rakan strategik yang bekerjasama dengan MDEC berkaitan dengan aktiviti perniagaan atau sebarang acara atau program MDEC;
- ejen-ejen, juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, syarikat insurans, syarikat insurans yang dicadangkan, peguam-peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional untuk MDEC;
- agensi-agensi, badan-badan pelaksana, pengawalseliaan atau pihak berwajib, badan-badan kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa jika dikehendaki atau diberikan kuasa untuk berbuat sedemikian bagi melaksanakan fungsi pengawalseliaan di bawah apa-apa undang-undang atau berhubung apa-apa perintah atau penghakiman sesuatu mahkamah;
- mana-mana orang yang kepadanya MDEC dikehendaki berbuat sedemikian di bawah undang-undang; dan/atau
- pengarah atau pemegang-pemegang saham MDEC.
- Secara umumnya, data peribadi yang diproses oleh MDEC adalah dikumpulkan daripada anda atau diberikan oleh pihak ketiga kepada MDEC untuk tujuan tujuan-tujuan yang tersebut di atas tersebut atau oleh pihak ketiga yang mempunyai transaksi atau hubungan perniagaan atau kontraktual dengan MDEC.
- Sila ambil perhatian bahawa data peribadi anda diperlukan oleh MDEC untuk memenuhi tujuan-tujuan yang tersebut di atas. Kegagalan untuk memberikan data peribadi yang tersebut akan atau boleh menyebabkan: –
- MDEC tidak dapat mengendalikan transaksi perniagaan atau kontraktual antara MDEC dengan anda dan/atau syarikat anda;
- MDEC tidak dapat memberikan anda maklumat tentang aktiviti-aktiviti, inisiatif-inisiatif, program-program, projek-projek, acara-acara, insentif-insentif, kemudahan-kemudahan, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin diatur, dikendalikan, ditadbir, dilaksanakan, difasilitasi, disediakan, ditaja dan/atau disertai oleh MDEC; dan/atau
- MDEC tidak dapat memberikan anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang mungkin akan menarik minat anda.
- Anda berhak untuk meminta akses dan untuk membuat pembetulan kepada data peribadi anda. Anda juga boleh memilih untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Jika anda ingin membuat mana-mana permintaan tersebut, sila kemukakan permintaan anda secara bertulis kepada MDEC di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7 di bawah. Kami mungkin akan mengenakan bayaran pentadbiran untuk permintaan tersebut.
- Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi, sila hubungi MDEC secara bertulis di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7 di bawah.
- Keselamatan Data Peribadi Anda
MDEC telah melaksanakan dasar-dasar keselamatan dan langkah-langkah organisasi dan teknikal untuk melindungi data peribadi anda menurut keperluan-keperluan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai. Sekiranya kami mendapati adalah perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data, kami akan memindah data peribadi tersebut kepada pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia, berdasarkan tahap dasar-dasar keselamatan yang setara.
- Perubahan Kepada Pernyataan Ini
Pernyataan ini mungkin akan disemak dan dikemaskinikan dari masa ke masa. MDEC mengesyorkan agar anda melawat laman web ini untuk membaca versi terkini pernyataan ini setiap kali anda memberikan data peribadi anda kepada MDEC.
- Percanggahan
Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Melayu bagi pernyataan ini, versi bahasa Inggeris hendaklah mengatasi versi bahasa Melayu.
- Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang pernyataan ini, anda boleh menghubungi MDEC di: –
Malaysia Digital Ekonomi Corporation Sdn. Bhd.
2360 Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
U/P: Ketua, Pusat Hubungan Pelanggan (CliC)
Emel: clic@mdec.com.my
No. Telefon: 1-800-88-8338 (dalam Malaysia) ATAU
+6 03 8315 3000 (luar Malaysia)
No. Faksimili: +6 03 8315 3115
- Pengenalan