ATASI CABARAN COVID19 MELALUI TEKNOLOGI DIGITAL

MDEC bekerjasama dengan syarikat teknologi tempatan bagi membantu rakyat Malaysia mendepani situasi COVID-19 melalui pelbagai solusi dan initiatif digital.

INDIVIDU AWAM

Potensi dan peluang yang dipacu oleh keupayaan teknologi digital tidak hanya tertumpu kepada sesebuah kumpulan masyarakat. Ianya adalah bersifat inklusif dan sama rata untuk diterokai dan dikongsi untuk manfaat kesemua lapisan generasi, bangsa dan agama.

Malaysia mampu bersatu padu dalam mendepani cabaran yang mendatang akibat wabak COVID19. EKONOMI DIGITAL mampu memberikan seribu satu peluang yang lebih baik untuk dikongsi bersama.

Berikut adalah antara situasi yang boleh dimanfaatkan dengan Teknologi Digital:

  • Digital Memudahkan Kehidupan Seharian
  • Menjana pendapatan Digital
  • Memanfaatkan Teknologi E-Pembelajaran

Segalanya kini lebih mudah dan selamat

Ketahui pelbagai perkhidmatan digital dan tawaran khas dalam menggalakkan penggunaan aplikasi digital untuk kemudahan seharian rakyat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


  • NIKMATI PAKEJ DATA INTERNET PERCUMA SETIAP HARI
    Celcom
    Maxis
    digi
    UMobile
  • URUS TRANSAKSI KEWANGAN ANDA DENGAN LEBIH CEPAT DAN SELAMAT
    Generated by wpDataTables
  • TRANSAKSI TANPA TUNAI DENGAN APLIKASI ‘E-DOMPET’
    Generated by wpDataTables
  • GUNAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO ANDA
    Generated by wpDataTables
  • URUS PERPINDAHAN BARANGAN ANDA DENGAN CEPAT DAN SELAMAT
    Generated by wpDataTables
  • PENJAGAAN KESIHATAN KINI LEBIH MUDAH DI HUJUNG JARI
    Generated by wpDataTables
  • PLATFORM BELI BELAH DALAM TALIAN

    Platform beli belah dalam talian

    Generated by wpDataTables
  • BELI BARANGAN RUNCIT DALAM TALIAN DAN PENGHANTARAN DI DEPAN RUMAH ANDA
    Generated by wpDataTables

  • Terokai pengalaman dunia pembelajaran secara digital yang lebih interaktif!

    Terdapat pelbagai akses aplikasi e-pembelajaran untuk pelajar sekolah, guru, siswazah dan masyarakat awam seperti modul akademik dan latihan mempelajari kemahiran baru, yang boleh dimanfaatkan semasa duduk di rumah.


    • Para guru dan pelajar boleh terus berinteraksi di dalam pelabagai platform e-pembelajaran dan Kelas Maya seperti Google Classroom.
      Generated by wpDataTables
      Sedang Dikemaskini
    • Sedia maklum, hampir keseluruhan operasi dan sesi kuliah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini sedang ditangguhkan secara fizikal.

      Pensyarah dan Siswa Universiti

      Generated by wpDataTables
      Sedang Dikemaskini
    • Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini boleh digunakan sebaiknya untuk individu-individu professional mempelajari kemahiran baru menerusi pelbagai tawaran latihan peningkatan kemahiran menerusi pelbagai platform digital.
      Generated by wpDataTables
      SEDANG DIKEMASKINI
    • Terdapat banyak organisasi yang sebelum ini sudah melanggan pakej pembangunan bakat pekerja melalui kaedah e-Pembelajaran. Ini adalah masa yang sesuai untuk menyarankan kepada para pekerja untuk menghadiri pelbagai pilihan latihan yang fleksibel mengikut kesesuaian masa pekerja.
      Sedang Dikemaskini

    Kini semua orang boleh mendapat manfaat daripada ekonomi digital.

    Rakyat Malaysia terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah boleh menjana pendapatan dengan melakukan pelbagai tugasan digital ataupun menjalankan perniagaan secara dalam talian.


    • Tugasan yang mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang khusus atau tahap kemahiran yang tinggi. Terdapat beberapa tugasan yang juga memerlukan perserta menjalani latihan sebelum layak untuk melaksanakan tugasan tersebut.

      DAFTAR SEKARANG
    • Sebuah platform atas talian bagi “FREELANCER” untuk digaji dan dibayar. Individu, perusahaan atau syarikat sendirian berhad boleh mendaftar sebagai “freelancer” di dalam platform kami. Setelah mendaftar, anda boleh meletakkan tawaran ke atas projek / pekerjaan yang berpadanan dengan kemahiran anda.

      DAFTAR SEKARANG
    • Tugasan Atau Kerja Yang Tidak Memerlukan Kemahiran Teknikal ICT. Tugasan ini diberikan secara atas talian, tetapi tugasan itu perlu dilakukan di luar rangkuman atas talian. Contohnya seperti, Menjalankan Kaji Selidik Menggunakan Borang Pertanyaan, Menjalankan Tugasan Dan Perkhidmatan Domestik.

      DAFTAR SEKARANG
    • Go-eCommerce adalah sebuah platform keusahawan ‘online’ dengan ‘tool-tool’ untuk memajukan bisnes ‘online’ anda. Ianya menyediakan panduan komprehensif untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peniaga mikro yang berminat dan ingin meluaskan bisnes mereka melalui platform e-Dagang.

      DAFTAR SEKARANG


    Kandungan Kempen Kesedaran COVID19

    MDEC bersama-sama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan agensi berkaitan akan memainkan peranan utama dalam pelbagai kempen komunikasi dan kesedaran awam untuk menangani situasi COVID19.


    • Syarikat kandungan digital tempatan bertaraf MSC turut bersama-sama bergiat aktif membantu kerajaan dalam menyampaikan pesanan khidmat kesedaran awam melalui siri animasi mereka. Terutamanya dalam menyampaikan informasi kepada kanak-kanak tentang risiko COVID19 dalam bentuk kandungaan digital.

      LIHAT SETERUSNYA
    • MDEC melancarkan pergerakan #DIGITALVSCOVID bersama KKMM dan agensi kerajaan berkaitan untuk menyampaikan pelbagai potensi teknologi dan aplikasi digital yang boleh dimanfaatkan rakyat Malaysia dalam mendepani wabak pandemik global ini.

      LIHAT SETERUSNYA

    SERTAI KUTIPAN DERMA ‘CROWDFUNDING’ #DIGITALVSCOVID

    Warga Kerja MDEC dengan kerjasama Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau dikenali sebagai IMAM Response and Relief Team (IMARET) dan syarikat platform ‘Crowdfunding’ tempatan telah melancarkan kutipan dana bantuan bagi membantu mempersiapkan kelengkapan keselamatan kakitangan barisan hadapan negara yang bertungkus lumus menyekat penularan wabak COVID19.

    RM 17,705.00

    JUMLAH DANA SUMBANGAN DI SEMUA PLATFORM

    Data terkini sehingga 9.00am, 4 Apr 2020

    Sumbangan dana ikhlas anda boleh disalurkan melalui platform ‘Crowdfunding’ di bawah :

    IMARET ditubuhkan pada Disember 2014, IMARET yang berada di bawah seliaan IMAM, ia bertujuan untuk menggerakkan sukarelawan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan pada waktu kecemasan seperti bencana alam di Malaysia dan luar negara.
    LAYARI www.imamalaysia.org
    GlobalSadaqah merupakan platform mengumpul dana yang telah memenangi anugerah kebajikan Islam. Ia turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat selain terlibat dengan kutipan zakat, pengurusan wakaf untuk syarikat dan individu.

    Derma Sekarang
    PitchIN yang berperanan sebagai platform mengumpul dana sejak 2012, diiktiraf sebagai badan yang paling berjaya di Asia Tenggara.

    Derma Sekarang
    SimplyGiving ditubuhkan pada 2011 yang berpengkalan di Kuala Lumpur merupakan platform yang diiktiraf dengan lebih 2,000 rakan kongsi serta 130,000 penyumbang dana di seluruh Asia untuk memaksimumkan kutipan dana.

    Derma Sekarang


    IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI #DIGITALVSCOVID