TRANSLATE TO ENGLISH :

PELAJARI KEMAHIRAN YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI UNTUK MENGUBAH KERJAYA ANDA

MDEC dengan kerjasama Coursera melancarkan kempen “Mari Belajar Digital” yang menawarkan akses percuma membabitkan 3,800 kursus termasuk sijil profesional untuk rakyat tempatan yang tidak bekerja sehingga 31 Disember 2020.

Kempen yang merupakan sebahagian daripada inisiatif #MyDigitalWorkforce ini dianjurkan supaya tenaga kerja tempatan dapat meningkatkan kemahiran diri. Pada masa sama, ia bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus dalam talian dalam bidang kemahiran digital dan data terutama bagi mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19.



Akses PERCUMA untuk kursus dalam talian Coursera :

Inisiatif “Coursera Workforce Recovery” menawarkan akses percuma kepada 3,800 kursus termasuk sijil profesional secara dalam talian.




Tempoh Kempen “Let’s Learn Digital”

Kempen bermula dari 1 Mei 2020 hingga 30 September 2020.




Tempoh Akses Kursus Dalam Talian Coursera

Akses sehingga 31 Disember 2020




Siapa yang layak memohon?

Warga Malaysia yang tidak berkerja.




Soalan Lazim berkaitan Kempen “Let’s learn Digital” : Coursera

  • Siapakah yang layak?
  • Semua warga Malaysia yang tidak bekerja

     
  • Apa yang ditawarkan?
  • Akses percuma kepada 3,800 kursus termasuk sijil profesional secara dalam talian setelah anda mendaftar sehingga 31 Disember 2020.

     
  • Berapa lama tempoh kempen ini dijalankan?
  • Kempen bermula dari 1 Mei 2020 hingga 30 September 2020.

     
  • Bagaimana cara untuk mendaftar?
  • Peserta boleh mendaftar melalui pautan ini: Daftar

     
  • Apakah perbezaan jenis langganan dalam tempoh percubaan dan kempen ini?
  • Kos langganan biasa untuk platform Coursera bernilai USD399/tahunan.

     
  • Saya adalah seorang pelajar, bagaimana saya boleh menyertai kempen ini?
  • Pelajar universiti boleh melayari https://www.coursera.org/campus untuk tawaran kursus untuk peringkat Universiti .

     
  • Elaun latihan akan dikreditkan terus kepada Orang Berinsurans (OB) bagi OB yang sudah berdaftar dengan Portal EIS dan telah disahkan kehilangan pekerjaan (LOE).
  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai elaun Latihan PERKESO, sila hubungi Unit Latihan, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

    Alamat emel : [email protected]

     


KLIK UNTUK MENDAFTAR
DAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI KEMPEN INI

Akses PERCUMA ke atas 3800 kursus termasuk kursus pensijilan profesional. Apabila anda selesai mendaftar, anda akan menerima akses kepada kesemua kursus yang ditawarkan sehingga 31 Disember 2020.

Daftar Sekarang

Klik untuk mengetahui senarai Akses Pembelajaran Dalam Talian yang berkaitan di bawah inisiatif MDEC dan penyedia platform.

Ketahui Lebih Lanjut