Cloud First
Cloud First
Cloud First
LATAR BELAKANG
Strategi ‘Cloud First’ pertama kali diperkenalkan di Malaysia Digital Implementation Council Meeting (ICM) ke-29 pada 19 Oktober 2017. Strategi ini merupakan inisiatif antarabangsa yang menyarankan penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 50% penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam menjelang 2025.

LATAR BELAKANG
Strategi ‘Cloud First’ pertama kali diperkenalkan di Malaysia Digital Implementation Council Meeting (ICM) ke-29 pada 19 Oktober 2017. Strategi ini merupakan inisiatif antarabangsa yang menyarankan penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 50% penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam menjelang 2025.

LATAR BELAKANG
Strategi ‘Cloud First’ pertama kali diperkenalkan di Malaysia Digital Implementation Council Meeting (ICM) ke-29 pada 19 Oktober 2017. Strategi ini merupakan inisiatif antarabangsa yang menyarankan penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 50% penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam menjelang 2025.
MANDAT
Dasar ‘Cloud First’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 29 Januari 2020 melalui Memorandum kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai Kerangka Dasar Hab Perkhidmatan Awan dan Pusat Data Kebangsaan. Selaras dengan keputusan ini, sektor awam kini dikehendaki untuk mengutamakan penggunaan pengkomputeraan awan di bawah Dasar ‘Cloud First’.
Bagi merealisasikan 50% penggunaan pengkomputeraan awan di sektor awam, Cloud Computing Committee (C3) ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) oleh kerajaan pusat pada Ogos 2019.
INFO PENGKOMPUTERAAN AWAN
Kenali Pengkomputeran Awan bermula dari definisi , bagaimana ianya berfungsi, kelebihan Pengkomputeran Awan berbanding IT tradisional dan aspek sekuritinya. Klik pada soalan di bawah untuk ketahui maklumat lanjut:
Pengkomputeran Awan berfungsi melalui 2 model:
- Deployment model. Jenis-jenis perkhidmatan pengkomputeran awan didalam model ini adalah seperti berikut:
Public cloud
Awan Persendirian ini hanya ditujukan kepada pengguna atau organisasi yang tertentu sahaja. Pengguna luar tidak dapat mencapai data di dalam awan persendirian ini.
Private cloud
Awan Awam ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja . Di antara contoh awan awam ini adalah seperti Amazon Elastic Compute Cloud (EC2), IBM’s Blue Cloud, Sun Cloud, Google AppEngine dan Windows Azure Services Platform
Hybrid cloud
Awan Hibrid ini adalah kombinasi di antara awan persendirian dan awan awam dimana sesebuah organisasi menyimpan data yang penting di dalam storan awan persendirian dan selainnya dikekalkan di dalam storan awan awam.
Community Cloud
Awan Komuniti merupakan kombinasi di antara awan awam , persendirian dan hibrid. Ianya dikongsi oleh pelbagai organisasi diikuti dengan ketetapan seperti keselamatan,pematuhan dasar dan bidang kuasa. Awan Komuniti boleh diuruskan secara luaran, pihak ketiga atau in-house environment.
- Service Model, Jenis-jenis perkhidmatan pengkomputeran awan didalam model ini adalah seperti berikut;
IaaS – Infrastructure as a service
Menyediakan perkhidmatan perkakasan secara maya kepada pengguna bagi pemprosesan, storan, rangkaian dan sumber pengkomputeran yang lain
PaaS – Platform as a service
Menyediakan perkhidmatan platform kerja melalui intrenet bagi perkakasan dan perisian untuk membangunkan aplikasi
SaaS – Software as a service
Menyediakan perkhidmatan perisian melalui internet, dan biasanya ia melibatkan corak pembiayaan bulanan/pelbagai
Sekuriti Awan adalah tanggungjawab bersama pengguna dan pembekal perkhidmatan awan (CSP). Bergantung pada model langganan pengguna, sama ada IaaS, PaaS atau SaaS.
Seni bina (architecture) IT pengguna sekarang harus diambil kira dalam sekuriti awan. Pengguna harus pertimbangkan data klasifikasi dalam membuat reka bentuk yang selamat sekitar sekuriti awan anda.

PENGGUNA
- Menguruskan akses berdasarkan identiti pengguna
- Perlindungan rangkaian secara keseluruhan

APLIKASI
- Pendekatan keselamatan aplikasi yang mengimbas aplikasi secara dinamik sebelum deploy
- Sekuriti pada semua paras, termasuk paras container

DATA
- Penyulitan data secara menyeluruh untuk data-at-rest, data-in-motion dan data-in-use
- Pengguna boleh bawa kunci penyulitan data dan menyimpannya sendiri (Bring Your Own Key & Keep Your Own Key), lantas menjadi pemilik tunggal data

Jimat Kos
- Tiada kos perkakasan yang tinggi untuk pengkomputeraan awan
- Pengguna hanya bayar berdasarkan sumber IT yang dilanggan
- Boleh menambah atau mengurangkan sumber IT mengikut keperluan

Kebolehcapaian Luas & Stabil
- Ketersediaan 24/7 di mana hampir kesemuanya pembekal perkhidmatan awan mengekalkan masa operasi uptime 99.9%
- Akses dari mana sahaja dengan cepat menggunakan internet dan peranti pilihan pengguna

Mudah dikendali dan dikemaskini
- Pengkomputeraan awan menyediakan perkidmatan penyeliaan IT yang mudah dan keupayaan pengurusan IT
- Pembekal perkhidmatan awan mengemaskini perisian secara berkala, termasuk kemas kini sekuriti

Sekuriti awan
- Pengkomputeraan awan menyediakan aspek keselamatan yang sangat tinggi, antaranya:
- Tiada kos perkakasan yang tinggi untuk pengkomputeraan awan
- Pengguna hanya bayar berdasarkan sumber IT yang dilanggan
- Dengan itu, data pengguna, vitual IP, platform dan infrastruktur yang tersedia di dalamnya dikawal dan dilindungi

Kolaborasi dipertingkan
- Aplikasi awan mempertingkatkan kolaborasi dengan memberi kuasa kepada pelbagai kumpulan orang
- Mereka ini boleh bertemu virtually dan bertukar informasi dengan bantuan storan bersama
- Kawalan dokumen lebih teratur dan kandungan kerja yang tidak selari dapat dikurangkan
POLISI PENGKOMPUTERAAN AWAN

Hala tuju Kerajaan berkenaan Cloud dan sokongan Kerajaan pusat kepada agensi dalam melaksanakan Cloud

Pengurusan Rahsia Rasmi

Pengiktirafan pembekal (CSP)

Garis Panduan Pengkomputeraan Awan Sektor Awan

Kaedah perolehan
PANDUAN PELAKSANAAN
Ingin melaksanakan Pengkomputeran Awan di tempat kerja anda? Jom sama-sama kita fahami:
- Kriteria penilaian keperluan untuk berpindah ke Pengkomputeraan Awan dan aspek yang perlu diberi pertimbangan dalam proses pemindahan
- Pemilihan model Pengkomputeraan Awan yang bersesuaian dengan agensi, termasuk perancangan spesifikasi perkhidmatan dan keselamatannya
- Penilaian dan pemilihan Pembekal Perkhidmatan Awan, termasuk proses perolehan bagi langganan perkhidmatan awan
PAUTAN STRATEGIK











E-POSTER





